KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 6 November 2010

insurans kawin lagi

ni semua gara2 aku dengar panggilan hangit yang AG buat kat Hot.Fm.. dia buat panggilan hangit kat sorang pompuan, claim yang dia adalah penjual insurans.. pastu dia nk pompuan tu beli 1 premium yang dinamakan Insurans kahwin lagi 1...

kononnya dengan bayaran RM20 sebulan, pompuan ni boleh menyokong kalau suami nak kawin lagi sebab laki tu xkan ada masalah sebab ada dana utk kahwin kali kedua..

APAKAH?

harus la pompuan tu marah kan? sapa la yg sanggup suami dia kawin lagi 1? kalau ada, tolong bagitau aku. aku nk ngorat laki dia kalau laki dia hensem, baik dan kaya.. wakaka!!

panggilan hangit AG tu bagi aku idea la pulak.. aku nk sarangkan agar syarikat insurans sediakan premium insurans.. pastu semua yang nak kawin kena mencarum.. oh, yang wajib mencarum hanyalah si suami.. isteri x perlu mencarum sebab isteri xkan kahwin lagi..

penerima of course la si isteri..

pendeknya lebih kurang camni la..
nama caruman: Insurans Kahwin 1 lagi dan simpanan
Pencarum: suami
Penerima: Isteri
bayaran: ikut la pilih premium cane.. RM50 ke.. RM100 ke.. pihak syarikat kena sediakan pakej
keadaan di mana penerima layak menerima pampasan:
apabila suami mengambil keputusan utk kawin lagi. isteri pertama boleh membawa surat nikah suami untuk menuntut pampasan dari pihak insurans. diharapkan dengan duit pampasan ini si isteri dapat membeli rumah atau kereta atau saving.. ye lakan.. mana tau tiba 1 hari nanti suami dia lupakan dia...
kalau suami x kawin lain sampai bila2:
masa suami dah meninggal, isteri berhak dapatkan balik wang yang dah dilaburkan oleh suami.. (ala.. mcm premium2 yang lain tu la..). kiranya, kalau apa2 terjadi pada suami, isteri x la sebatang kara..

amacam para wanita sekalian? setuju x? hehehe

trip to china day 4

setelah 1 tahun lebih aku tangguh cite aku, biar aku sambung balik, kisah lawatan aku ke Beijing pada Jun 2008..

sarapan hari ketiga mula dari polisterin (plastik sebenarnya), mengikut arah jam: ayam kungpao, bubur pulut hitam yang tawar, air soya, er.. lupa apa bnda tu, sos pedas (minyak yang digoreng dgn cili kering), kebab kering
kat atas ni adalah sarapan kami setelah 3 hari bersarapan di China. kononnya dah pandai pilih menu la.. ada cakoi yang besar dan sedap.. dicicah dengan air soya.. ada kebab kot.. yg sgt kering... ada air soya.. ada ayam kungpao yang x abis.. haha.. kami gi makan dgn uncle (driver) tanpa kehadiran Vivian (tourist guide kami)

sila kira betul2.. terdapat lebih 20 biji mutiara dalam 1 ekor tiram.. huhu.. kami curi2 amik konon nak buat gelang.. mana g mutiara tu ek
mula2, kami dibawa ke pusat mutiara. kami diberitahu la tentang penternakan tiram.. hasilnya.. di china, mutiara bukan sekadar dijadikan hiasan sebaliknya turut dijadikan krim kecantikan. orang tu siap bagi aku try lagi. malangnya disebabkan aku langsung x pakai krim sepanjang aku di china, muka aku kepedihan bila aku pakai losyen tu. cuak aku cari tempat nk cuci muka..  (cuaca di china agak kering, x perlu deodorant. bila x pakai krim, muka mengelupas)

kalau ikutkan, kami sepatutnya gi melawat Summer Palace. tapi, disebabkan sangat berminat dengan panda, kami mintak nk gi zoo beijing.. 1st sekali, of course tgk panda dulu.. hehe..

huhu.. comel giler kan??
antara hilight ataupun STAR kat zoo beijing ni ialah Giant Panda.. sangat Giant ok.. ada gak cita2 nak bergambar dengan dia tapi pengunjung ramai sangat. semua pun excited dengan Giant Panda ni.. sangat susah nk menyelit, so, kami tangkap gambar dari jauh je la.. huhuh.. Panda pon xde la usaha nk meraih perhatian orang ramai.. ala.. dia buat aksi mengantuk nak tido pon semua pakat excited..

nampak x? nampak x? tu yang kat hujung tu la giant panda.. besar giler.. ah!
zoo beijing sangat besar ok.. sempat la kami sakit kaki sampai kami buka bekal (sarapan yang kami tapau!), kaki aku melecet dan selipar aku putus. kami siap sesat nak cari jalan keluar.. huhu..

ni kat dinding yang ditanda tangan oleh pecinta alam (kak dila la ckp)

oh, kat zoo beijing ni ada bahagian untuk penguin, tapi kalau nk masuk kena bayar, so kitorang x gi la.. kitorang gi kat belah2 yg free je.. so, kami tgk la segala koleksi kambing yang mereka ada. sangat banyak variety ok?? ada la nak dekat 20 jenis kambing kot. dari sekecik2 kambing, hinggalah kepada kambing yang sebesar lembu.. walaweh!!
"hai, nama saya encik kambing.." kata yang di dalam sangkar.. 

x ingat la plak lunch kat mana.. yang pastinya, kami dibawa utk urut kaki (refleksologi).. jujur, best  lagi kak anita urut!! baru terasa. dorang urut x rasa apa.. pastu, kononnya dorang ada tabib yang leh check kita punya kesihatan dalamn (organ ye.. bukan kesihatan batin!). pas dia dah diagnos kitorang dengan penyakit yang pelbagai, mula la dia menghasut suruh kami beli mcm2 jenis herba..  aku x beli sebab aku tau aku xkan makan.. kak dila n kak syida beli.. huhu.. bior lah dema..

pas urut tu, kami dibawa pula ke kedai perhiasan. kononnya owner dia tu org Malaysia la.. kami lak shopping bagai nak rak. bila pikir2 balik.. hahaha... teruk kami kena tipu dengan china tu.. tah bape RM je la barang yang kami beli ni..

lepas membiarkan diri ditipu, kami berjalan kaki pergi ke stadium sarang burung.. huhu.. sesi bergambar sampai lebam!!! tapi gambar byk x sesuai utk tontonan umum..

lepas dah puas bergambar, kami makan malam kat restoran kat kedai barang kemas tadi.. kami dapat makan dalam bilik.. kat luar tu ada persembahan tarian segala bagai.. ada gak jual cenderamata segala bagai.. aku ada gak beli sikit.. tapi kak dila n kak syida la best borong beg berlabuci..

dinner hari ketiga.. untuk kami bertiga
macam biasa, menjelang malam, kami balik, solat, tgk rancangan mencari teh, dan tido.. sambung berjalan untuk hari esok... SHOPPING!!!

Rabu, 3 November 2010

aku kuat jeles

camane nak kurangkan tabiat buruk aku yg 1 ni? yang aku maksudkan ialah tabiat kuat cemburu (ke dengki?).

aku tgk gambar org gi jalan2, aku jeles, padahal bukannya aku x pernah g tempat tu.
aku tgk kwn2 aku cite pasal keje dorang, aku jeles. kalau cite pasal gaji, lagi la aku jeles. hahaha..
orang cerita dia dah buat loan beli rumah pon aku jeles.
tengok orang kurus pon aku jeles. orang tinggi lagi la aku jeles.
orang sambung belaja pon aku jeles.

xde ke org yg jeles dengan aku? mana tau, dengan mengetahui yang ada orang jeles dengan aku, maka akan kurang la sikap buruk aku ni..  kita try eh?

sape jeles dengan aku angkat tangan!

Selasa, 2 November 2010

berani untuk gagal!

aku pernah join pertandingan kuiz agama masa kat universiti dulu. pertandingan tu dalam group. tiap floor kat kolej aku wajib hantar wakil. kiranya, aku dan budak2 junior dlm team aku ni, wakil floor la..

soalan dia boleh tahan gak susah (huhu.. padahal..) jadi, pada pusingan kelayakan tu, ada 2 group confirm dapat masuk pusingan akhir. ada 1 tempat je lagi tinggal. masa tu, group aku antara yg perlu bersaing merebut tempat ke pusingan akhir.

soalan bonus diutarakan oleh pengerusi majlis. soalan senang je. aku tau jawapan dia. aku suruh junior aku gi sebut jawapan tu sbb aku segan. tp junior aku pon, xtau nape, x nak ke depan. 2 group lain yg turut bersaing xdapat nk jawab soalan tu. aku tau jawapan aku betul. tapi xtau nape, aku xde kekuatan utk g ke depan. segan mengatasi segalanya.

bila jawapan dibacakan, terbukti, jawpaan aku betul. kami 1 group sangat frust.. kalau la kami cuba ke depan.. kalau la kami cuba menjawab, pasti kami boleh jadi juara kuiz kerana soalan dalam pusingan akhir, semuanya kami boleh jawab ( dari tempat duduk penonton)

apa pengajaran cerita ni?
kalau korang dapat je peluang, terus grab peluang tu. jangan takut, jangan risau. kita xkan rugi apa2 dengan mencuba. kalau betul/berjaya, kita akan untung. kalau salah/gagal, kita belajar dari kegagalan/kesalahan kita tu..

tu juga yang aku sering cakap pada anak murid aku. memang tabiat aku suruh budak semua berdiri, sape yg dapat jawab dengan betul, baru boleh duduk. jadi, bila xde budak nak menjawab, aku akan kata, " awak mesti cuba jawab. kalau awak betul, awak dapat duduk. kalau awak salah, awak berdiri. tapi, kalau awak x cuba, awak tetap berdiri.. sama juga dalam exam. jangan biarkan kertas jawapan kosong. mesti cuba jawab. mana tau betul. tapi, kalau awk x jawab, memang confirm awak salah"

tapi, rasanya ayat aku terlalu berfalsafah untuk budak2 aku.. mereka masih x nak cuba menjawab soalan yang aku tanya..

oh, apa yg aku cakap ni bukan sekadar apply pada soalan exam atau kuiz.. boleh apply dalam semua hal.. dalam soal meluahkan isi hati.. dalam soal cari kerja.. dalam mengejar impian korang.. go for it! jangan risau akan gagal kerana kegagalan adalah antara guru terbaik untuk kita. bila gagal kita akan alert. bila salah, kita akan ingat silap kita tu lebih dari bila kita buat benda yng betul.

jangan serik untuk gagal. sebelum bayi boleh berjalan, banyak kali mereka jatuh. tapi mereka x pernah serik kan?

jom jadi macam bayi! go for it! jangan takut mengambil risiko. kalau gagal, cuba lagi. gagal lagi? bagitau aku, biar aku teman korang meluahkan perasaan sedih akibat gagal tu.. dan marah korang kalau korang berniat utk berhenti mencuba.

akhir kata, telitilah kata2 Homer Simpson nih..