KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 18 November 2009

senang giler jadi cikgu..

kerja guru sering dianggap mudah oleh org lain. maklumla, balik setengah hari. cuti banyak... kan? tapi, sedar x korang, keje ni pon lebih kurang sama je tension mcm keje2 lain. maybe lagi tension kot sebab kami mmg deal dengan manusia sahaja. kiranya, sama tahap la dengan pengurus artis.. bezanya, pengurus artis jaga sorang, kami jaga ramai org.

malah, kelemahan jawatan guru yg paling besar ialah walaupun kami adalah pegawai grd A(41 dan ke atas) kami x layak untuk sahkan sijil2 org. hanya pentadbir kami yg layak. ini berbeza berbanding dgn pegawai A di tempat lain.. punya la kami punya cop pengesahan ni xde nilai.

sekolah juga merupaka institusi yg mempunyai paling banyak pegawai berjawatn 41 dan ke atas tetapi paling banyak dikecam.. mungkin kerana kami xde lif kot?atau mungkin kerana bilangan komputer di sekolah tidak banyak seperti di pejabat lain. kami cikgu ada 80 org.. komputer 4.. semuanya digunakan untuk tujuan key in markah peperiksaan (hujung tahun) dan merancang serta membuat kertas kerja program.

tahukah korang, bahawa tugasku sebagai guru menuntutku:
1- menyiapkan buku rekod
2- masuk ke kelas. mengajar dan memastikan anak muridku menyiapkan segala kerja pentaksiran dan kemudian menandanya
3- menyediakan kertas soalan
4- menanda kertas soalan
5- memberi markah dan menentukan kedudukan pelajar dlm kelas
6- menyediakan analisis peperiksaan
7- sekarang, aku perlu menjaga peperiksaan SPM sehingga 9 Disember

oleh kerana aku adalah ketua panitia (panitia sebatang kara iaitu aku seorang). aku perlu:
1-menyediakan 12 buah fail pengurusan
2- menyediakan 4 minit mesyuarat setahun
3- menguruskan segala stok panitiaku (dan harta bengkel aku sgt banyak)
4- menguruskan perbelanjaan panitia
5- membuat kertas kerja bagi segala urusan baik pulih untuk bengkel
6- merancang segala program untuk tahun depan dan memberi alasan serta sebab musaba kejadia tahun semasa

itu belum ditambah dengan tugasku sebagai s/u 3K sekolah (inilah jawatan paling aku xlarat). di mana aku perlu:
1- memikirkan tentang ke'cun'an sekolahku
2- menjaga fail2 keceriaan

aku juga adalah guru kelab. aku perlu:
1- mengisi buku laporan koko kerana s/u kelab sekarang sgt hampeh.. nama je s/u tapi semua cikgu buat
2- merancang segala aktiviti kelab. tambahan lagi, waktu perjumpaan kelab adalah serentak dengan waktu amaliku
3- mengiring pelajar serta memastikan mereka selamat semasa mengikuti program sekolah

itu belum lagi dikira dengan khidmat pelanggan kami iaitu:
1- melayan kerenah ibu bapa yang terlalu percaya dengan kata2 anak mereka.
2- membentuk mereka yang bernama pelajar remaja (yg obviously berada dalam keadaan keliru) untuk menjadi insan berguna.

untuk cikgu2 lain yang menjaga kelas. mereka perlu:
1- menjadi akauntan kelas. semua bayaran yuran mereka yg kutip, tulis resit, rekodkan, kejar klu ada budak x bayar.. tu belum lagi jadi bendahari koperasi atau PIBG.. lagi la
2- menjadi pegawai HR. segala maklumat pelajar perlu di update. dah la budak suka auta no tepon mak ayah. takut dihubungi kalau buat hal.

aku yakin, ada cikgu lain yg mempunyai penglibatan yang lebih dahsyat dari aku.. tolong la jangan anggap keje kami ini mudah dan banyak waktu senggang.

aku tau keje lain pon susah.. (lagi susah la kot kan..? sebab tu gaji jauh lagi besar dr gaji cikgu)..sebab tu aku x pernah anggap mana2 jawatan yg dipegang oleh korang sebagai mudah.

selain daripada apa yg korang baca, paling utama tugas cikgu ialah menjadikan seseorang itu insan yg berguna.. tu yg paling besar.. bukan takat pandai je.. cikgu gak kena tolong mak ayah utk pastikan yg budak2 ni menjadi anak yg diharapkan.. senang cerita, bak kata Usman Awang, adanya semua org yg berjawatan grand arini, semuanya kerana seorang cikgu.

aku bukan nk korang sanjung giler2 jawatan cikgu ni.. cukup la sekadar korang buang2 jauh2 dari kepala otak korang tu anggapan yg kerja cikgu ni mudah. seriously, kalau aku dapat elak jawatan ni, mmg aku elak.. berat tanggungjawab cikgu ni.. aku xtau berapa byk yg aku hutang kat budak2 ni sebenarnye.. ye la.. kalau dorang xpandai, mmg sebahagiannya adalah salah aku. kalau dorang jahat, ada la silap aku tu..

kepada semua anak murid aku... GUDLAK SPM ye!

p/s: padan muka korang. hahaha.. baca la sampai bosan.

Selasa, 17 November 2009

masa kecederaan

haha.. xde kaitan dgn bola. tambah plak, aku mmg dah x minat nak ikut pasal bola sejak zidanne dah pencen ni.. hahah... apa yg aku suka pasal dia? jatuh cinta ppandang pertama beb tengok dia gelecek bola! aww....awww...

esok dah start dah mesyuarat/ taklimat mengawas SPM dan juga melawat kawasan (macam YB plak! haha..) kepada cikgu2 lain, aku jamin, dorang xnak dah jejak sekolah balik. tapi aku kena gak balik ke sekolah. kenapa? sebab....
1- mak aku balik kul 4.30 petang. so, mcm biasa, aku akan asar kat sekolah, baru amik mak
2- stok barang2 bengkel aku masih xsiap lagi. bayangkan la.. mangkuk ada 5 jenis... periuk 7 jenis kot... tepung.. gula.. garam.. baking powder.. bla..bla..bla..
3- fail2 panitia xsetel langsung.. walaupun anitia aku adalah panitia sebatang kara, aku tetap ada 12 eh 13 fail macam orang lain
4-kerja 3K.. hahaha.. kerja senang je.. taip usul dari semua org kalau ada idea nk tambah baik 3K sekolah..

lagipun, rasa mcm kekurangan plak kalau x pergi sekola.. yeehaaa!!!! kata2 dari rumaizah yg dah mula mengeluh melalui jalan yg sama setiap hari untuk balik ke rumah.

yela.. yela... meja aku x mcm meja.. biar la aku kemas dulu.. cikgu2 lain yg dh setel, xyah la dtg sekola.. aku ni byk lagi yg x siap.. biarla aku menikmati masa kecederaan aku ni... heheh

1 je.. tolong doa aku x tertinggal kunci kereta lagi boleh x? kang xpasal2 aku nangis lagi kang

Ahad, 15 November 2009

3 jam mencari pengalaman

hurmm..

jumaat lepas, aku bercadang untuk berjumpa dgn seorang kawan. well, klu ikut bahasa org lain, skandal la kot.. tapi aku x rasa ada skandal antara kami. kawan je.. dan aku harap kami akan kekal begitu.. insyaAllah..

tapi, xtau la apa yg Allah dah rencanakan utk aku. selepas solat asar, aku dapati, kunci kereta xde dalam beg.. arghh! lagi sekali! dulu dah kena dah mcm tu.. tension aku.

turun bawah, aku nampak nizam n pak akob.. aku tanya nizam, pejabat dah tutup ke? nizam jawab ye. aku mengeluh tapi xpe la.. dah memang silap aku.. cuma, hari isnin ni, nampak gaya, terpaksa la aku naik lrt dan bas.

jam menunjukkan pukul 4.45 petang. sambil berjalan ke perhentian bas, aku tepon kwn aku yg aku janji nk jumpa. aku pelik, nape dia xbalas 2 sms aku tadi. rupanya, mmg something wrong dgn no tu.. aku dail no dia lagi 1. dapat.. aku kabo kat dia yg xjadi jumpa sbb aku kena balik naik bas.. kunci kereta tertinggal kat dlm bilik guru..

kwn aku tu marah kot, sbb sebelum ni, klu call dia pasti akan tamatkan dgn, "ok.. take care.. assalamualaikum..." tapi petang tu dia jez "ok la.." aku x ingat dia bagi salam ke x..

aku tunggu bas.. dan aku bukan la seorang penunggu yg baik.. aku pernah togelkan cat di tangga pudu sementara tunggu ayah aku datang.. aku x suka menunggu.. nak hilangkan bosan, aku sms kwn aku tu minta maaf.. aku bagitau dia bas x sampai lagi.. x lama lepas tu, terus dia call

"awk kat mana sebenarnya?"
"tengah tunggu bas..."
"tunggu bas kat mana?"
"depan sekola la.."
"ada ke bas lalu?"
"ada kot.."
"saya ingatkan awak dah naik bas.."
"xde la.. saya gitau awak masa kat sekolah..sori la bagitau lambat..saya sms awk x balas..saya call takut awk dah sampai.."
"mmg dah sampai pon.."
"sori..xtau.."
"xpe la.. take care.. assalamualaikum"
"waalaikumsalam"

bas yang lau ada 4. 2 adalah bas ke maluri. 1 bas sekolah..x pon, bas rapid yg x terima org. aku niat, klu leps ni xde bas gak, aku naik je bas ke maluri.. naik lrt kat maluri.. last2 mmg aku naik bas ke maluri... masa tu dah pukul 5.30..

dalam bas, dapat sms dr kwn aku tu. 'jam teruk' katanya...'ok, kita lumba sape dulu sampai rumah' balas aku..

lumba hamende.. 6.30, aku x sampai lagi ke jln tun razak.. stuck kat jln yap kwan seng. huh.. dasat tul jem.. sempat la aku tido.. aku xtau la tah bape ramai yg merenung aku yg tido nyenyak dalam bas masa tu.

kul 7 lebih baru aku sampai ke stesen LRT maluri.. naik LRT, turun kat Cempaka, tunggu lak teksi penuh.. kul 7.30 agaknya baru kami gerak..

sampi umah, aku letak beg, amik wudhu terus maghrib. habis maghrib, dah kul 8.. so, aku bajet, aku sampai umah dalam kul 7.45 mlm...

cuba kira. aku kuar sekola 4.45 ptg.. aku sampi umah 7.45 mlm... 3 jam aku habihkan kat jalan semata2 kerana kecuaian aku.. rasa2nya mcm kena buat rantai la kat kunci tu lepas ni...

awk, saya minta maaf ye.. xde niat nk susahkan awk. lain kali, saya lak gi jumpa awak.. kalau awk berani la.. huhuhu

Khamis, 12 November 2009

rim bengkok.. maki hamun dan kawan baru

hurm.. benda ni dah lama.. masa aku dok kecoh rim aku bengkok buat kali kedua...

aku saje je nk lambat gi sekola. aku gi hantar keta aku kat bengkel pakcik Ahmad. bengkel ACT kat Pandan Indah..

disebabkan, masih lagi baru insiden aku membengkokkan rim dan membocorkan tayar aku, maka budak2 kat situ mmg la cam kat aku..aku jez sengih2 sikit.. "biasalah dik.. rim bengkok lagi.. aritu kiri.. kali ni kanan.. baru balance..."

pas aku bagi je tayar, aku terus blah. x terpikir pon nk masuk ke hapa ke.. sbb sebelum ni pon aku buat gitu.. ye.. buat mcm kedai bapak aku sendiri...

petang tu, aku gi la amik rim aku..aku try buat muka sedih tapi comel aku sehabis baik.. sebelum ni, dgn pakcik ahmad, aku dapat diskaun RM5.. hehe... tapi kali ni, bukan pakcik ahmad yg jaga.. bukan gak si syawwil.. org baru.. ni kali ke2 aku nmpk dia kat bengkel tu.. tapi ok la.. kena RM100.. kalau kat tempat lain.. kena lagi mahal..

pastu, dengan peliknye, budak baru tu sgt la peramahnye.. aku confuse..(mcm x biasa la kan) tapi mulut aku yg peramah ni mengalahkan confuse aku. huhu.. dapat tau, dia kenal dgn budak 1 fakulti dgn aku..byk gak soal mamat ni.. peramah tul... kalah la budak2 bengkel tu yg lain..

dipendekkan cerita, kitorang bertukar2 no fon.. alasannya ialah kereta kami sama, kalau ada pape, tanya je kat dia. nama dia? nazim..(adoi.. mcm nama budak sekolah aku la plak..)

lepas tu, aku ada gak terpikir nk kacau si nazim ni... tiap kali aku drive dan aku terdengar bunyi pintu kereta aku yg mcm mainan je bunyinya... tapi, tiap kali turun kereta, aku lupa.. hehe... sehingga la hari ni..ke semalam ek?

aku baru je lepas mkn.. waktu tu kul 7.30.. telefon aku berdering. aik?? nazim? huhu... soalan pertama dia," awak dah solat?"..
"erk?? lom.. baru pas mkn.. pasni la.."...
"ok la.. gi la solat dulu.. saya stuck kat jam ni..saya pon nak cari surau.. pasni saya call"

mlm tu, pas isya' dia call.. haha.. silap la.. aku la penggayut terulung di muka bumi ni.. mudah2 je aku buat kami bergayut selama hampir 1 jam. aku dapat tau yg kami sebaya n dia kenal Dalila.. adoi.. kebetulan.. dan dalam masa bergayut tu la dia bagitau aku 1 cerita....

"awak tau x, pada hari awk hantar rim awak tu, kan awak blah gitu je kan? awk x jumpa saya kat dlm pon kan? ha.. teruk saya kena mrh dgn en. Ahmad.. dia marah saya x amik no fon awk.. dah la pagi tu dia yg layan awak, saya kat dalam.. tapi saya lak yg kena marah.. dah la saya x tau nombor keta awak semua.. no fon lagi la..adoi.. sebakul saya kena marah dengan dia"

erkk??.. siyes aku rasa bersalah.. haha... mesti dia maki aku masa tu.. kalau akula.. mmg aku maki org yg buat aku kena marah.. hehe..sori nazim...

"saya punya la tanya budak 1 bengkel. semua x tau pasal awk..petang tu, En. Ahmad tepon saya tanya camne.. saya lancar je tipu kata awk xjadi amik petang tu.. nk amik pagi esok.. elok 15 minit lepas tu, awk pon sampai.."

" tapi, sbb saya kena marah tu la, saya nk tau sape awk ni.. tgk lak awk ni jenis rajin nak bercakap.."

hahaha... ye.. ada hikmahnya dia kena tengking dgn pakcik ahmad tu..hikmahnya, aku dapat kwn baru.. tapi aku bet, sebelum kami berkawan, sebakul maki hamun aku dapat.. hehe...

anyway en nazim, selamat berkenalan dan berkawan ye.. jangan risau, saya sgt xmalu untuk menyusahkan awk dgn soalan2 bodo..