KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 10 November 2009

jawapan kepada minat, suka atau cinta?

kelakar.. kelakar.. baru semalam aku bertanya apa beza, suka, minat dan cinta... arini, bila aku belek emel aku, aku jumpa la plak post ni... respon ye...



Oppsss... . jangan salah faham di antara cinta, sayang, suka dan minat... .


Cinta - kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa
yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin
tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.

Sayang - kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk
berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan
seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

Suka - kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila
bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut.
tapi, kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...

Minat - apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.

pernahkah kamu..?

uh..uh.. jiwang sat no.... ni dari emel.. tapi ada gak rasa terantuk kat batang hidung

Pernahkah kamu merasakan,
Bahawa kamu mencintai seseorang,meskipun kamu tahu dia sudah berpunya,
Dan meskipun kamu tahu cintamu mungkin tak terbalas,
Tapi….kamu tetap mencintai.

Pernahkah kamu merasakan,
Bahawa kamu sanggup melakukan apa saja demi seseorang yang kamu cintai,
Meskipun kamu tahu dia takkan pernah peduli ataupun dia peduli dan mengerti ……..
Namun dia tetap pergi.

Pernahkah kamu merasakan
Hebatnya cinta, tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia, bersedih kala bersama,
Tertawa kala berpisah……….
Aku pernah…..

Aku pernah tersenyum meskipun aku terluka kerana aku yakin Tuhan tak menjadikannya untukku.

Aku pernah menangis kala bahagia kerana aku takut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu sahaja.

Aku pernah menangis kala bersamanya kerana aku takut aku akan kehilangannya satu hari nanti…dan….

Aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya kerana sekali lagi cinta tak harus memiliki, dan Tuhan
pasti telah menyediakan cinta lain untukku.

Aku tetap boleh mencintainya, meskipun dia tak dapat kurangkul dalam pelukanku,kerana memang cinta ada dalam jiwa bukan ada dalam raga....

Hikmat Ayat Kursiyy

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"

SKRIN TELEVISYEN PADANG MASYAR

Mata liarku memandang setiap manusia yang berjalan di hadapanku tanpa putus-putus ibarat tali air. Tiba-tiba mataku tertumpu pada sekujur badan, badannya agak luar biasa sehingga aku lupakan manusia-manusia lain disekelilingku dan terus menumpukan perhatian pada orang tersebut. Alangkah terkejutnya memandang orang tersebut kerana rupa-rupanya Allah sedang mengujinya dengan suatu penyakit luar biasa. Aku dapati tangan, kaki dan sebahagian mukanya sembam (bengkak).

"Ya Allah betapa besarnya nikmat (kecantikan/kesihatan) yang telah Engkau kurniakan kepadaku serta kepada keluargaku, Engkau kekalkanlah nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada keluargaku sehingga bila-bila.." itulah doa kesyukuran yang terlintas di dalam hatiku.

Pada masa yang sama aku rasa terharu dan hairan melihat kekuatan (iman) orang itu menghadirkan diri ke masjid untuk sembahyang berjemaah dalam keadaan sakit. Betapa kuatnya iman manusia tersebut dan betapa kasihnya Allah sehingga Dia memilih orang itu untuk datang ke rumahNya walaupun di luar masih ramai yang gagah sihat tidak datang sembahyang berjemaah dan masing-masing menjadikan rumah sebagai surau dan masjid .

Aku diberitahu oleh orang tua-tua bahawa bukan semua orang dapat datang ke masjid melainkan mereka-mereka yang Allah pilih sahaja. Ini dapat ditamsilkan dengan contoh begini bukan semua orang dapat pergi ke istana menghadiri sesuatu majlis melainkan mereka yang dipilih khas oleh pemilik istana tersebut begitulah keadaan pergi ke masjid bertemu dengan Al-Malikul Mulk. Mengapa Allah membawa orang tersebut di hadapanku?

Pada mulanya aku anggap ia sebagai suatu peristiwa yang biasa sahaja tetapi kini aku mendapati bahawa Allah mahu menegurku (Tarbiah) supaya aku beroleh hidayat.

Bila perutku terasa lapar aku berjalan hulu ke hilir mencari rezeki di luar masjid, tetapi tidak ditemui dan aku balik ke masjid kerana masjid ini ada kantin lalu aku masuk dan menjamu selera. Bila sudah habis makan aku bangun hendak meninggalkan ruang tersebut tetapi tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang dan bila aku menoleh, aku mendapati kawan lamaku, masya Allah tidak sangka aku akan berjumpa dengannya kerana sejak mula aku masuk masjid itu aku teringin sangat hendak jumpanya, puas mataku mencari, bila mataku penat tiba-tiba Allah munculkan dia di hadapanku.

Kami dua duduk berbincang pasal berbagai perkara. Pada masa yang sama tiga orang yang aku tidak kenali juga datang duduk bersama kami dan mula mengambil bahagian dalam apa yang kami bincangkan. Walaupun baru satu minit berkenalan tetapi langsung tidak terasa janggal atau jauh hati seolah-olah kami sudah lama berkenalan. Itulah Allah yang memegang hati-hati manusia dalam sekelip mata Dia boleh membalikkan hati sesiapa yang Dia suka dan dalam sekelip mata juga Dia berkuasa mendekatkan hati sesiapa yang Dia kehendaki. Maha berkuasa Dia ke atas segala sesuatu. Bila rancak berbincang, kawanku dan salah seorang dari tiga orang itu meminta diri meninggalkan kami bertiga kerana pada waktu itu jarum jam telah melebihi pukul 11 malam.

Oleh kerana kami bertiga tiada apa-apa urusan maka kami duduk berbincang juga. Tiba-tiba salah seorang dari saudara yang baru aku jumpa mula ceritakan mengenai pengalaman seorang manusia yang luar biasa. Menurutnya orang ini telah lebih dua bulan terlantar di hospital dalam keadaan koma. Pada masa ini rohnya telah dibawa jalan ke alam akhirat. Dia telah di bawa ke Padang Masyar dan ditunjukkan kaedah penghisaban.

Menurutnya lagi di Padang Masyar ada televisyen serba canggih lebih canggih dari apa yang ada sekarang (kerana hari kiamat adalah future) dan segala lakonan hidup yang kita lakonkan sepanjang hayat akan ditontonkan kepada semua manusia sejak awal sehingga akhir; tidak kira baik atau buruk, sama ada yang dilakukan di khalayak ramai atau secara sembunyi, tidak kira sama ada di dalam kegelapan atau dalam cahaya; pendek kata tiada suatupun yang akan terlepas dari skrin televisyen tersebut.

Bila aku dengar sahaja tentang skrin televisyen ini dalam hatiku kembali mengingati maksiat, kedurjanaan, kianat dan macam-macam amalan jahat yang telah aku lakukan.

Pada masa itu terasa teramat malu pada diri sendiri seolah-olah aku berada di khalayak ramai tanpa seutas benang pun pada badanku, begitulah rasa malu aku ketika aku dengar tentang skrin televisyen itu. Masya Allah apakah akan jadi kalau hal ehwal aku ketika aku hidup di dunia ini ditontonkan kepada penduduk Masyar, apakah yang mereka akan fikirkan, kalaulah ibubapaku yang menyangka anaknya ini seorang yang baik melihat lakonanku apa yang mereka akan fikirkan tentang diriku ini...

kalaulah saudara-saudarikumelihatnya bagaimanakah penerimaan mereka terhadapku, kalaulah kawan-kawanku melihat maksiat yang aku lakukan dibelakang mereka dan berlakon sebagai seorang baik di hadapan mereka apakah yang mereka akan fikirkan tentang diriku, apakah yang akan difikirkan oleh orang-orang yang aku pernah tegur dan menyuruh berbuat baik tetapi aku sendiri tidak melakukan kebaikan .....

"ya Allah, tolonglah tutup keaibanku ... janganlah engkau membuka keaibanku di hadapan manusia lain..." Inilah doa dan penyesalanku


ketika itu, Kawanku yang seorang lagi seolah-olah mengetahui perasaan kesalku dia memberi kata-kata semangat, dia kata kalau kita tidak membuka keaiban manusia lain dengan memalukan di khalayak ramai di dunia ini, di padang Mahsyar nanti insya Allah, Allah akan menutupkan keaiban kita dan Dia akan menghisab kita di belakang tabir tanpa diketahui oleh sesiapapun dan bertaubatlah kata kawanku itu.

Menurutnya lagi bukan sahaja orang itu di bawa ke Padang Mahsyar sahaja malah telah dibawa ke neraka juga untuk menunjukkan betapa azabnya siksa neraka yang telah dilupai oleh kebanyakan manusia dan tenggelam dalam mencari nikmat dunia yang tidak seberapa dengan melupakan Allah.


Dalam hatiku tertanya, " siapakah orang yang dikatakannya yang berada dalam koma dan diberi peluang oleh Allah untuk melihat kebesaranNya ........?" maka sampailah masanya dia memberitahu siapa orang tersebut...


dia berkata itulah orang yang bengkak kaki dan tangan yang kami jumpa di dalam masjid.

Soalan aku kini siapakah dua orang yang aku jumpa yang menceritakan akan hal ini kepadaku adakah mereka sama sepertiku atau.....?

Subhanallah. Dalam setiap penciptaan makhluk, Allah telah meletakkan suatu pengajaran kepada manusia seperti saya, tetapi saya yang tidak faham dan tidak mengerti.

Kini setiap kali saya teringin melakukan maksiat SKRIN TELEVISYEN PADANG MASYAR yang saya teringat.

Ini bukan cerita ciptaan atau khayalan ini adalah cerita benar. sama ada tuan-puan percaya atau tidak terserah pada diri masing-masing .... dan saya masih hairan melihat manusia yang ketawa terbahak-bahak ........ sudah lupakah mereka mengenai hisab Yaumal Zalzalah?


PERINGATAN BAGI DIRI KU YANG SELALU LUPA.....