KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 26 Oktober 2009

sekali lagi... aku langgar lubang

xleh nak salahkan sesapa...memang aku yg bengong.. nak salahkan jalan boleh x? sekali lagi, aku langgar lubang dan sport rim aku bengkok. aku rasa dah slow dah aku bawa.. around 60 la paling laju pon. xkn lebih.. tu pon leh bengkok rim aku.. mujur tayar x pape..

boring r.. sekali lagi nmpaknye aku akn menerbangkan RM100 aku.. at least. kalau 1st time, mungkin Allah nk bagi aku pengajaran kot tapi klu dah kali kedua ni...hurm.. aku ada buat dosa besar la ni...xpon, aku lupa nk zakatkan harta aku.. isk..baru cadang nak tunggu hujung thn nak kira semua.. xkn tu kot?

frut la.. leceh kalau rim bengkok ni.. esok nk gi keje lambat sikit. gi bengkel dulu. hurm.. aku harap, cukup la belah kanan sekali, kiri sekali.. jgn la ada lagi lepas ni.. klu berlaku gak? pakai rim besi je la.. senang.

Ahad, 25 Oktober 2009

blog berwajah baru...

alhamdulillah.. akhirnya... settle gak blog ni.. well.. sebenarnye, aku x link lagi tab tempat lepak.. nanti la ye... dah blur giler...

kedai aku sangat la sederhananya banding dengan kedai org lain.. harap2 ada la yg sudi jenguk. aku minta kwn aku tolong buat banner. dia ada hal la plak.. nk kena dia nih..

anyway, aku harap, korang puas hati jamu mata kat kosmetik baru blog aku ni ye.. x mudah tau..sbb aku x tere it.. give me some credit..

Rabu, 21 Oktober 2009

xtau apa aku taip nih

dari minggu lepas, kaki dan tangan aku sejuk.. mlm td, xleh nk tido sbb sejuk sgt.. dah kelubung pon sejuk gak..arini, masuk je bilik guru, tgn aku terus sejuk.. kena la pgg tgn kwn2 utk dapatkan haba.. tapi dorang plak x suka tgn aku sejuk sgt..mcm baru pgg ais.

org kata, kalau org tu sakit, tgn dan kaki dia sejuk..macam yg aku tgh hadapi. sakit ke aku? sbb apa ek? xkn sbb vaksin kanser tu kot?plg best, kak baniyah la.. "org kata, kalau 7 jumaat mcm tu, mknanya x lama lagi la tu...".. yo la tu kak baniyah.. tapi saya baru 1 jumaat..ada lg 6.. hehe..

kat bengkel td nyaris nk tumbang.. hurmm... mmg terasa pon darah slow nak naik..sib baik dpt g kat meja.. bukan de pape.. mmg selalu gitu..darah lmbt naik.. sama mcm tuan dia.. slow..

adeh.. punggung aku yg dicucuk semalam pon, dah mula sengal..

tadi buat donat, aku asik jerit je kat budak. sudahnye, aku sakit tekak.. air yg 1.5 liter aku bawa jap je abis..oh ya.. jap lagi kena minum la.

hurmm.. sakit hati? kejap je... xleh simpan lama2 sakit yg tu.. dah luahkan, biarkan je la.. haha.. lagipon aku ada byk benda lain yg nak diratap. cthnya soalan final yg aku dah mula kering idea nk karang...

Selasa, 20 Oktober 2009

pikir2kan la...

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD)
1609

M41

P1T1->RM1993.63

P1T4->RM2269.15

P1T7->RM2544.67

tugas: menetapkan dasar or peraturan utk organisasi
cuti rehat: 25 hari setahun (skim baru). insyaAllah, kalau korang pandai amik cuti tu.. siapkan keje, xde alasan cuti korang direject. nk melancong, anytime.nk jimat, jgn gi masa cuti sekolah.
cuti2 lain: hujung minggu, cuti am.
golden hand shake: 150 hari (5 bulan). maknanya, simpan cuti sebanyak tu, masa pencen, dapat gaji sebanyak mana korang x cuti..
peluang kenaikan ke M44: 5 thn (sbb byk kekosongan jawatan)
waktu kerja: 8.00-5.00


PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH
1188

DG41

P1T1->RM1695.85

P1T4->RM1967.20

P1T5->RM2057.65

P1T6->RM2148.10

P1T8->RM2329.00

P1T10->RM2509.90

P1T11->RM2600.35

P1T12->RM2690.80

tugas: mengajar dan mengikut dasar yg dah ditetapkan.
cuti rehat khas: 7 hari setahun (skim baru). dulu langsung x kira. kenapa? jap lg..kalau xde alasan kukuh, jgn harap leh apply cut. cuti bukan hak cikgu. nk melancong, tunggu cuti sekolah. segala expenses naik sbb musim cuti.
cuti2 lain: cuti hujung minggu, cuti am, cuti penggal persekolahan, cuti peristiwa (3@4 hari setahun) dan cuti berganti TETAPI latihan dalam perkhidmatan sekolah, biasanya hari Sabtu. kalau ada pape hal, ready je la dipanggil oleh pentadbir (pengetua cuti mcm pegawai2 krjn yg lain). jangan lupa jaga SPM or STPM pada hujung thn
golden hand shake: 150 hari (5 bulan). maknanya, simpan cuti sebanyak tu, masa pencen, dapat gaji sebanyak mana korang x cuti.. cuba kira, berapa thn anda perlukan untuk dapat 150 hari? hahahaha....
peluang kenaikan ke DG44: 10 thn- time base (helo.. kira sikit, bape ramai guru malaysia?)
waktu kerja: 7.30-1.10 (sekolah 2 sesi), 7.30-2.30 (sekolah 1 sesi), 7.30-3.45 (klu kenaikan sbb ajar form 6). wktu koku ikut sekolah


* sumber: laman web SPA


apa yg aku cuba sampaikan? berita baik untuk mereka yg ada degree dan berani serta pandai bercakap. apply la jadi PTD. gaji sangat la besarnye. tapi, kalau nk keje senang, jadi la cikgu.. keje separuh hari... cuti byk.. kn?


hahahahahahahahahahaha....paham? x paham? hahahahahaha....