KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 28 Oktober 2012

Bila Nak kahwin?

Pernah tak korang ditanya, " Bila nak kahwin?"
Apa jawapan korang?

Aku dah pernah try bagi macam-macam jawapan. Dari " tahun depan (tapi tak tau tahun bila)", "tunggu kurus" hinggalah " tunggu orang pinang"

Serius, aku sangat terharu sebenarnya dengan mereka yang ambil peduli dengan keadaan aku yang masih membujang. Terima kasih sebab risau aku tua sebelum sempat beranak. Terima kasih sebab risau aku mati keseorangan. Demi Allah, aku pun tak terbayang hidup sorang-sorang sampai ke tua. Aku sama macam orang lain, berharap untuk punya keluarga sendiri. Tak nak hidup sorang-sorang masa tua nanti. Tapi, adakah aku fikirkan benda tu sepanjang masa?

Tett!!! Aku tak fikirkan benda tu sepanjang masa. Aku lebih risau berat badan yang tak turun-turun. Aku risaukan simpanan aku yang belum banyak lagi. Aku risaukan tiket yang makin lama makin mahal hingga aku tak mampu nak jalan-jalan. Ahh!! Pendek kata, banyak je benda yang aku fikirkan.

Ayah aku adalah antara orang yang risau aku tak kahwin-kahwin lagi. Ye la.. kawan yang sebaya dekat kawasan ni, masing-masing dah kahwin. Pernah sampai 1 tahap, ayah aku terfikir nak pinang laki untuk aku. aku ulang balik dengan huruf besar. "AYAH AKU NAK PINANGKAN MANA-MANA LAKI UNTUK AKU". Mujur dia tak cakap depan aku. Dia cuma cakap dekat mak. 

Adakah aku begitu terdesak? Aku harap tak la. Aku kesian sebenarnya dekat ayah aku. Serius, dia dah berumur 60 tahun dan dia je pakcik tua kat sini yang masih belum ada cucu. Aku faham kerisauan dia. Mesti dia asyik fikir, apa yang tak kena sampai anak dara dia tak laku-laku sampai sekarang?

Tu belum cerita lagi tentang saudara mara yang asyik bertanya. Tanya direct kat aku takpe la. Ni siap bercerita kat belakang. Aik??!! Kenapa kau risau pasal aku? Sebab anak kau semua dah kahwin? Jadi kau dah takde apa nak risau? Begitu? Kalau betul risau, tolong la carikan. Jangan sekadar bertanya dan bercerita.

Tapi sekarang aku rasa aku dah dapat jawapan yang baik kalau-kalau aku ditanya lagi lepas ni.

Baru-baru ni, ustazah kat sekolah aku bercerita tentang jodoh. Tentang dia orang Terengganu yang tak suka orang Terengganu tapi akhirnya kahwin dengan orang Terengganu juga. Ikutkan dia dah bertunang dengan orang lain dah tapi sebab jodoh, jadi juga dengan orang yang dia tak suka tu.

Ok, cerita tu nampak cliche. Memang la.. Sebab ni blog aku. Aku tak nak cerita pasal ustazah tu panjang-panjang. Aku cuma nak sedut ayat ustazah tu iaitu:
" Pada masa kita disenyawakan, telah tertulis untuk kita jodoh, ajal dan maut kita. Dah siap tertulis denagn sape dan bila kita kahwin. Sebab tu, kadang-kadang kita nak juga tapi tak dapat. Maknanya bukan rezeki kita, bukan hak kita, bukan jodoh kita la. Dan ada juga yang kita elak, tapi memang itu la yang ditentukan untuk kita. Kadang-kadang kita rancang nak kahwin umur berapa tapi Tuhan dah tentukan lebih dulu nak kita kahwin bila"

Tu jawapan pertama yang aku akan guna lepas ni. Dan ada lagi 1 jawapan yang aku rasa sesuai juga untuk digunakan lepas ni iaitu:
"Tuhan takkan uji hambaNya dengan ujian yang tak mampu mereka pikul. Mungkin, ujian untuk aku ialah jodoh yang lambat. Tu bermakna aku mampu terima ujian tu. dan mungkin, ujian jenis ni  je la yang aku mampu tanggung. Tuhan tak bagi ujian tu pada kau mungkin sebab kau tak boleh hidup tanpa pasangan kau."

Aku harap, dengan jawapan ni dan nada yang betul, aku dapat la membuatkan orang yang banyak soal tu diam sekejap. Berhenti-berhenti la kata aku memilih. Beli ikan di pasar pun kita nak pilih yang elok. Inikan pula lelaki yang bakal jadi pasangan seumur hidup. Takkan tak boleh memilih kot? Lagipun, kita boleh memilih kalau ada calon. Kalau takde calon, nak pilih apanya?

Ok, saje je tulis pasal ni. Takde isu atau cerita pun di sebaliknya. Cuma, aku dah takde idea sangat dah nak tulis apa.. hehehe...

Aku akan jawab A terus sebab terharu yang dia tak bagi  pilihan jawapan 'NO'



Rabu, 10 Oktober 2012

Entry pertama Oktober ini

Setengah jam aku biarkan ruang untuk mengarang entry ni terbuka. Dengan harapan, ada la idea yang datang menjengah. Hampa! Takde apa pun yang datang.

Untuk bulan Oktober ni, aku masih belum tulis apa-apa kat blog. Pencapaian terteruk aku buat masa ni. Aku sedar yang aku bukan la to blogger macam sesetengah orang tu. Kalau xde entry pun tetap ada orang datang blog. Blog aku ni memang la mengharapkan kawan-kawan penulis yang selama ni saling blogwalking dan sekali-sekala, orang yang mencari maklumat membacanya.

Aku pelik, apa yang menyebabkan susah benar aku nak menulis (menaip) kebelakangan ni. Nak salahkan aku selama ni berbaring, sekarang aku dah duduk dah. Nak kata hidup aku takde cerita, agak mustahil. Setiap hari kita ada cerita yang berbeza.

Cuma, mungkin sebab aku semakin tua, aku makin tak pandai bercerita. Kalau dulu, masa aku sedih pun aku boleh cerita. Masa aku marah pun aku boleh cerita. Tapi sekarang? Semua cerita tu macam lebih baik aku simpan sorang-sorang je. Sebab aku tau xde orang yang minat nak baca.

Adakah ni petanda awal yang aku akan berhenti menulis blog? Huhu.. Aku harap aku takkan berhenti sebab aku yakin, satu hari nanti, blog ni akan jadi tempat aku luahkan perasaan balik. Mungkin bila aku gembira. Mungkin bila aku patah hati. Yang pasti, aku akan bagitahu kalau aku kurus! Hahaha..

Oh, aku tengah sedih sebenarnya sekarang ni. Tapi aku nak cuba kawal perasaan sedih sebab ketegangan boleh menambah kegemukan. Aishh!!!

Haha!! Aku suka nyanyi dan aku tau suara aku teruk!