KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 30 September 2010

perjalanan yang panjang... masa yang panjang juga..

disebabkan aku xtau jalan2 kat kl ni, jalan yg pendek pun jadi panjang.. tp xpe la.. at least aku x sesat..



kisahnya.. aku ni cikgu penasihat kelab olahraga. ketua aku (cikgu gak) merupakan salah seorang pengadil, maka aku jadi la pengurus pasukan..

dijadikan cerita, harini aku perlu menghadiri mesyuarat pertandingan olahraga luar musim.. aku xsure mesyuarat katne.. sape pengelola.. yg aku tau nama smk seri rampai, sk tmn melati.. so, aku assume, mesyuarat kat sri rampai.. aku bukan assume. aku hampir pasti. aku baru je photostat surat tu pun.

pagi tadi hujan lebat. aku offer hantar mak aku ke pejabat. kami keluar dalam kul 6.47 pagi. tapi aku hepi sebab aku xyah tergesa2 gi sekolah. mesyuarat kul 8.30.. beli petrol, pam kata kad kredit xleh terima.. aish... bayar cash. masa nk gi sri rampai, aku tersalah selekoh, terpaksa buat bulatan supaya boleh lalu depan carrefour wangsa maju.

8.07 pagi, aku masuk ke SMK Sri Rampai. aku parking kereta dgn jelitanya. tapi aku xsure lak katne mesyuarat. aku pun pergi ke pejabat sekolah utk bertanya tempat mesyuarat.

sangat menghampakan. semua org x endahkan aku. aku hanya berdiri je sbb aku xtau nk tanya sape kat pejabat tu. semua mcm tgh busy. semua x kisah kat aku.. mata aku melilau pandang sana sini. tiba2, mata aku menangkap sebaris ayat " mesyuarat olahraga luar musim di SK Taman Melati"

argh!!! aku salah sekolah! aku kol kak baniyah.. dia kata mmg kat SK Tmn Melati. disebabkan aku xtau jalan lain, aku pun amik la jalan jauh keluar ke jalan genting klang baru pergi ke taman melati... aku sampai ke sekolah tu jam 8.28..

balik? malas la nak cerita  xtau mana silapnya, jalan genting klang masih lagi sesak pada jam 9.50pagi. aku sampai sekolah pukul 10.25. tepat2 waktu aku kena mula mengajar. tapi disebabkan aku malas, aku masuk kelas 1 jam lewat (jgn tiru aksi aku ok! budak2 aku dah besar dan aku suruh mereka timbang barang sementara tunggu aku datang)

Sabtu, 25 September 2010

PERTANDINGAN: ENTRY TERBAIK (entry lain ada kat bawah)

PERTANDINGAN INI DILAJAKKAN BEBERAPA HARI DISEBABKAN CIK WAN TELAH MEMIILIH ENTRY AKU TAPI MASIH BELUM PILIH ENTRY DIA SENDIRI..

bila dia dah bagi entry dia, insyaAllah, tamat la pertandingan ni walaupun x ramai peserta... =(. tapi selagi x tutup ni, korang join la ye? =( plzzz....

==============================================

ini ada entry yg melekit (sticky post)... kalau jadi la. entry2 lain ada kat bawah ni..
=================================

buat pertama kalinya.. aku nak buat pertandingan. huhu.. harap2 ramai la yg join ye..

Cara-cara penyertaan
1- Tolong iklankan pertandingan ni kat blog korang supaya lebih ramai join.. (lagi ramai, lagi syok kan?)
2- Pilih 1 entry aku dan publish kat blog korang. link kan semula ke blog aku nih..
3- Pilih 1 entry korang yg terbaik, pastu bagi link utk entry tersebut. link entry aku yg korang pilih dan link entry terbaik korang boleh la korang letakkan kat ruangan komen ye..

* korang x perlu follow aku. ni pertandingan je.. saje suka2..

Apa akan berlaku selepas itu?
1- aku akan tgk entry aku yg mana jadi pilihan hati korang.
2- aku akan publish entry korang yg terbaik tu dan link kan balik ke blog korang. so, org lain yg baca leh la gi blog korang lak
3- aku akan lantik beberapa juri utk tolong aku pilih pemenang.. aku akan cuba cari juri yg sebaik mungkin.

Tarikh tutup:
19/9/2010    25/9/2010
bukan apa.. aku tau, bulan puasa ni, mesti x ramai yg online je kan? so, bg masa lama sikit

Apa rasional aku buat pertandingan ni?
1- aku nak tau, org suka baca entry yg mcm mana. since aku adalah aku dan aku x mungkin boleh menulis seperti org lain, maka aku nak tau la entry aku yg bagaimana org suka baca. tolong jujur ye
2- aku seorang yg suka membaca. jadi, aku nak la baca entry2 korang..

hadiah?
alamak! nanti aku check balik apa yg ada boleh dijadikan hadiah.. 1 yg pasti, hadiah tu x la mewah.. tp aku akan cuba pastikan yang nilainya lebih tinggi dari kos penghantaran (sgt x berbaloi bayar kos penghantaran tinggi2 tapi hadiah tu murah je). tp, sekali lagi ingatkan, hadiahnya x mahal.. jangan marah tau!

jangan baca.

1st of all aku nak gitau awal2 yang entry ni mungkin ada sedikit ciri2 racisme.. well, bukan la aku nak menjadi seorang racist sebenarnya, tapi aku mmg x puas hati dengan orang yang mengutuk negara aku ni. busuk2 mana sekalipun, ni tempat aku lahir. so, aku mmg hangin la.

2nd, kalau korang x tergolong dalam mana2 golongan yg aku kondem ni, jangan la terasa hati ok.. sedikit rasa racis itu biasa.. sebab secara logiknya, kita mesti la lebih sayangkan bangsa kita lebih dari bangsa lain. sama seperti kita sayang keluarga kita berbanding keluarga lain.. so, mmg boleh paham la kalau kita  lebih prefer bangsa sendiri berbanding bangsa lain. itu lumrah.

yg aku marah ialah org yang terang2 mengutuk bangsa lain. dapat2 mengutuk kat dunia maya ni yang berpuluh juta org boleh tengok. dapat2 lak bila ko cakap dalam BI.. lagi la ramai org boleh paham. lagi aku hangin bila ko masuk isu agama. come on la... apa motif ko? kalau hukum hudud dijalankan sekalipun, ko xkan terlibat la.. apa ko risau? rumah ibadat? aish.. aku rasa, surau yg byk kena roboh. dapat2 sejak 1 malaysia ni.. memang terjaga la kebajikan semua org (x pasal2 aku jadi promoter 1 malaysia!)

============================================

akhirnya aku sakit hati. orang selalu kata yang melayu ni racist la.. segala bagai.. hakikatnya? sorry.. apa yg aku nak kata ni x apply kepada semua yang berbangsa lain. apa yg aku cakap ni hanya apply kepada bangsa lain yang rasa bangsa melayu ni x setaraf dengan dorang.

kalau betul, cina dan india tidak racist, kenapa x nak masuk sekolah kebangsaan? kenapa mesti nak ada sekolah jenis kebangsaan? sebab sekolah biasa x cukup bagus? see??? u all being racist. lepas tu mula la berpuak2 bila dah sekolah menengah.. cina dgn cina.. india dgn india, melayu dengan melayu.. benda mcm ni x kronik sgt kalau kat sekolah biasa. nak belajar bahasa masing2? ada je belajar di sekolah.. apa masalahnya? tu belum lagi aku ungkit tentang sekolah cina tak perlu belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

apa yang buat aku marah sangat? sebab video kat bawah ni. pada mereka, orang melayu ni orang indonesia. dia x tengok org melayu ni sebagai pembuka negeri di malaysia ni.
sekali lagi.. aku x kondem semua yg x sebangsa dengan aku. ada antara mereka yg sangat baik. dan aku akui kdg2 diorang ni jauh lebih baik dari bangsa aku sendiri. dan aku juga sangat suka mereka. yg aku komplen ni adalah mereka yang claim sayangkan negara tapi mereka asyik tau kondem je. masalahnya, disebabkan mereka yang segelintir ni la boleh jadi bergaduh sesama kita.

orang melayu sendiri pun 1. bila bangsa lain buat sesuatu, dikatanya jangan cepat melatah.. jangan cepat sangat ikut perasaan.. bagi peluang.. tapi, bila bangsa sendiri, ah!! ambil tindakan segera. budak ini perlu diajar! jangan bagi peluang (ye, aku termasuk dalam golongan itu juga)

nape tiba aku buka isu ni? sebab aku tertngok komen seorang yg berbangsa lain di youtube yg menyuruh org melayu balik indonesia atau jadi petani sahaja. kurang ajar betul dia itu! apa hak ko nak suruh orang buat macam2? ko yang buka malaysia?

by the way, masa aku g KLIA aritu, aku tgk hanya bangsa lain je yg ramai dpt g oversea bwh tajaan JPA. bangsa aku boleh dikira dengan jari. tu pon korang xpuas hati. aku xkan tanya bila baru korang puas hati. cuma, kalau rasa malaysia ni x sayang korang, x cukup baik utk korang, sila la pilih mana2 negara yang sesuai dengan citarasa korang.

p/s: tolong bagi muka pada Namewee.. jangan hukum dia.. hukum org mcm aduka teruna je.. biar lagi ramai bangsa lain yg buat video kondem negara ni.

p/p/s: hanya bangsa aku aje yg boleh join tergelak bila bangsanya dikutuk org

p/p/p/s: belajar cakap BM dengan baik / belajar untuk bersopan. dan aku percaya korang sayangkan negara ni  setakat belajar pandai2 dan kaya, tu utk kepentingan sendiri. xyah berlagak la kata sayang negara

Jumaat, 24 September 2010

sila bayar hutang PTPTN anda.

masa aku masuk universiti dulu, seperti org2 lain aku pun dpt la duit dari PTPTN. kalau x silap, kami dapat RM1500 in advance. pastu, disebabkan aku amik sains, aku dapatla pinjaman RM7000 setahun.

Alhamdulillah, disebabkan kerajinan dan kedegilan mak aku, aku dapat biasiswa JPA. since aku dapat biasiswa tu pada tahun kedua, UPM telah menggunakan sebahagian duit utk tahun 1 aku utk bayar separuh pinjaman PTPTN (RM3500) aku. aku sangat hepi.

biasiswa JPA x sebanyak PTPTN tapi ok la.. masuk lebih awal.. x yah risau bayar.. cuma sekali je JPA lambat masuk. masa tu, makan nasi lemak RM1 je la utk mkn mlm.

ok.. cut the crap!

apa yg aku nk tulis ni adalah tentang orang yang liat sangat nak bayar hutang.. liat tu tahan lagi sebab kita mmg macam2 tanggungan tapi yang aku berbulu ni.. dengan orang yang langsung x bayar... jangan cerita pasal org yang x kerja ataupun xde keje tetap.. tu aku paham la masalah dia..  ni yang dah kaya pun x nak bayar.. apa kes? x malu ke pakai duit orang pastu x bayar? dah la ko dah kaya.. apa masalah ko sebenarnye?

mcm2 la alasan yg diberi.. interest tinggi sangat.. mahal sangat kena bayar.. bla.. bla.. bla.. hello.. nape x pikir semua tu masa korang baca perjanjian tu? siyes, mudah je perjanjian PTPTN tu.. kalau rasa cekik darah, jangan la terima.. tp ye la.. korang terdesak.. terpaksa la amik

pastu, ni sesetengah orang la.. mentang2 agak mewah la dapat duit PTPTN, masa belajar, berbelanja bagai nak rak.. sila ingat ye, duit tu utk belajar dan perbelanjaan penting masa korang belajar.. bukan utk korang melaram beli baju tiap semester. makan2 is acceptable la.. wayang? sendiri mau ingat la.. x perlu la selalu.. henfon? haha.. basic sudah la.. dah keje nanti. lantak ko la

apa yg aku ckp ni mmg realiti.. ada kwn aku, tiap sem beli baju baru.. ada plak, selalu benor tgk wayang.. ada plak, merayap ke sana sini.. sudahnye, hujung sem kering... bayangkan kalau mereka berjimat? mesti byk dorang dapat simpan kn?

tu masa belajar.. dah keje ni, kalau dorang boleh keluar duit beli baju sakan... beli kereta grand.. makan best2.. nape dorang xleh peruntukkan sikit duit utk byr hutang tu? betul la cdgn kerajaan tu.. kalau ko rasa ko ni jenis boros, buat je potongan gaji.

aku ada sorang kawan.. dia amik diploma kat kolej swasta. masa tu dia pakai pinjaman MARA.. bila sambung degree, dia amik lak PTPTN. lepas habis degree, dia xde kerja selama setahun kalau x silap. bila dia dapat kerja pun, hanya sebagai kerani kontrak di badan kerajaan. so, phm2 je la.. besar mana sangat gaji dia.

tapi, dalam dia hanya bergaji kecil, dia tetap bayar pinjaman MARA dia. dia tetap bayar PTPTN dia.. dia tetap dapat kumpul duit untuk kawin dan dia tetap dapat kumpul duit utk beli kereta (walaupun 2nd hand). akhirnya, setelah 4-5 thn jadi kerani kontrak, kawan aku tu dapat la jadi pegawai kerajaan gred 41..

see?? kalau nak, seribu daya.. xnak, macam2 la alasan korang.. x malu ke dengan kwn aku tu? dalam susah2 dia, dia bayar gak PTPTN dia. 

kaunselor sekolah aku beritahu, org dari PTPTN pernah bagitau pada dia agar pesan siap2 kat budak.. dah pinjam PTPTN tu, sila la byr.. sesungguhnya PTPTN pinjam duit dari KWSP dengan kadar faedah 5%.  dan mereka minta 4% (tu masa tu la). agak2 la.. kalau PTPTN gagal la bayar hutang kat KWSP, apa jadik dengan duit KWSP kita tu?

x kisah la kalau korang kata patut dapat belajar percuma la.. patut tu sumbangan negara la.. negara lain x mcm kita la.. sekali sekala, tolong la jgn ungkit benda tu. pada masa korang sign perjanjian PTPTN tu, korang dah tau yg korang berhutang.. dan korang tau hutang wajib bayar balik

cadangan aku... kalau ada duit byk dalam KWSP, guna duit tu, bayar habis je hutang korang tu.. kalau rasa berisiko sangat, guna la utk bayar separuh ke.. sekurang2nye, kurang gak la interest dan baki korang kena bayar.. tp, kalau rasa payah sangat, byr sikit2 tiap bulan pon xpe.. tp, x terasa langsung la duit pinjaman korang tu mcm dah terbayar.. kalau boleh, jgn la byr sikit2 sangat... memalukan ok.. makan tempat grand.. baju, handbag, kasut, kereta semua grand tp byr hutang RM50 je sebulan.. cait!

kepada yang masih belajar. sila berjimat dari sekarang.. jangan enjoy sakan.. kedekut selagi boleh. bukan kedekut actually tapi beringat.. sebab yg korang dok belanja tu bukan duit korang.. dah keje nanti, baru la korang enjoy (tapi jgn lupa saving ok)

maaf kalau korang rasa aku x betul.. tp tu la.. pada aku, dah berhutang, bayar la.. kita pon x suka kan kalau org hutang kat kita pastu x bayar? bukan takat dengan PTPTN.. dengan bank, dengan orang.. kalau ada hutang, byr la.. kalau rasa korang terperangkap dengan beban hutang, ha.. cepat2 la kontek AKPK..

p/s: kepada mereka2 yg berhutang dengan aku, tolong la bayar hutang ye.. walaupun x banyak, tapi sekurang2nye, bertambah gak la dana dalam bank aku tu.. huhu

Rabu, 22 September 2010

malam kita - kru

khas untuk kf... hak3...
p/s: video klip dia sgt dasat.. huhu... terkedu aku tgk

tajuk: malam kita
artis:kru

Sepurnama... telah kita tempuh duga
Dengan kesabaran
Kini... tiba sekali lagi
Hari yang dinanti kini tiba pasti

Ku bersyukur... kepada yang Esa
Serta anugerahnya
Girang... terasa dijiwa
Kerana restu bersamamu cinta

( korus )
Gilang gemilang sinar cahaya purnama
Ketika malam kita bersama
Melengkap keajaiban di malam ini
Wahai teman bisakah kau rasai

Indahnya... hingga tak terkata
Bersama berdua
Moga... kita berpanjangan
Selalu seiringan sejalan

( korus )
Gilang gemilang sinar cahaya purnama
Ketika malam kita bersama
Melengkap keajaiban di malam ini
Wahai teman bisakah kau rasai

Embun pagi... membasahi pipi
Kita berdua di malam yang permai
Ku berdoa kita berdua
Selalu bersama

( korus )
Gilang gemilang sinar cahaya purnama
Ketika malam kita bersama
Melengkap keajaiban di malam ini
Wahai teman bisakah kau rasai

Ahad, 19 September 2010

lirik& lagu - inikah ertinya cinta?

aku tengah jiwang.. cukup la penerangan tu. jangan tanya byk sgt...

Tajuk: Inikah Ertinya Cinta
Artis: KRU

Pabila tidak bersua walau seketika
Rindu pula ku terasa
Inikah ertinya cinta

Di masa-masa ku sendiri menyelami malam sepiku
Terilusi bayangmu walau cuba ku nafi
Perasaan hatiku yang tersembunyi padamu
Kau lah satu-satunya yang diriku perlu
Saban hariku menunggu untuk bersamamu
Tapi ketika semuka langkahku menjadi kaku
Degup jantungnya semakin bertambah laju
Jelingan manja matamu membuaiku dalam rindu
Apakah ini sebenarnya yang dikatakan cinta
Yang ada di dalam hati, yang hadir di dalam mimpi
Tak daya lagi ku rahsia apa tersirat di hati
Inikah cinta yang ku idami dan ku cari sehingga kini

CHORUS
Pabila tidak bersua walau seketika
Rindu pula ku terasa
Inikah ertinya cinta
Tapi bila bersama, bibir tak terkata
Jiwa raga…bergelora
Inikah ertinya cinta

Kau dan aku sering berpura seolah tiada cinta
Antara kita bagai tiada apa
Walaupun rakan-rakan kita seperti dapat merasa
Kehadiran cinta di antara kita berdua
Oh, Lydiana!
mengapakah kita begitu
Sedangkan kita tahu ku mahu kau jadi milikku
Sedarlah betapa ku mahu semoga cinta berpadu
hadirlah dalam mimpiku, jadilah penawar rindu
Tak pernah diriku rasa begini sebelum ini
Perasaan cinta pada gadis pujaan hati
Inikah cinta, yang ku nanti selama ini
Inikah cinta, yang ku idami dan ku cari sehingga kini
Aww…yeah

Pabila tidak bersua walau seketika
Rindu pula kuterasa
Tapi bila bersama bibir tak terkata
Jiwa raga… bergelora
Inikah ertinya cinta


Sabtu, 18 September 2010

KUIZ- PENGEMBARAAN YANG MENDEBARKAN!! (baca dengan suara ala2 doraemon)

1 lagi kuiz.. kali ni berkaitan korang dengan org2 di sekeliling korang lak. bukan makwe korang je.. SEMUA org.. ok? sekali lagi.. jangan mengelat!!!!!

oh ya.. masa nak jawab ni, bayangkan diri korang ni kat zaman Robin Hood ataupun Aladdin ye (baru mencabar!)

========================================

1- bayangkan yang korang ni naik kapal cruise. tiba lak kapal cruise tu tiba2 je  karam.. korang pun berenang menyelamatkan diri ke bot penyelamat yg berhampiran. kira selamat la ni.. agak2nya, ada berapa org dalam bot tu dgn korang?

2- setelah mendayung dgn penuh dedikasi, korang pon mendarat di pantai berhampiran.. sebagai seorang yg bijak, korang semua ambil keputusan utk amik beberapa brg yg berguna utk diri masing2. korang (yg tgh jawab kuiz ni) memilih utk amik kasut sebab pada korang kasut penting sebagai pelindung kaki.. so, berapa pasang kasut anda perlukan?

3- dalam usaha mendapatkan bantuan, anda telah merentas onak diri.. mendaki gunung dan menuruni lembah, akhirnya korang nampak sebuah kota. korang pon, bersegeralah rush nk cepat sampai ke kota tu ( ye la.. penat weh.. lapar lak tu). tiba2, on the way, anda jumpa oasis (Aladdin) ataupun air terjun (Robin Hood).. apakah tindakan anda?
a- duduk kat oasis/ air terjun tu lama2 sambila menikmati keindahan alam dan berekreasi
b- duduk kejap je. sekadar nak menghilangkan lelah.. sgt penting utk pergi ke kota segera.. 

4- akhirnya korang sampai ke kota.. dalam pada korang berjalan dalam kora tu.. korang ternampak seorang laki/perempuan (yg lain jantina dr korang). x tau la dia tu permaisuri/puteri ataupun putera/raja. x kisah la.. ok. cuba huraikan ciri2 org itu..

5- raja telah berkenan untuk membantu korang2 yg dalam kesusahan.. maka, korang pon dibawa ke dewan makan.. laluan ke dewan makan itu agak gelap dan berliku2.. (sekali lagi,, zaman Aladdin or Robin Hood-what do u expect?)... salam kegelapan tu, tiba2 korang terpandang org sebelah korang (terpandang- bukan tenung lama2. berdosa tenung org BUKAN MUHRIM neh) korang mcm pernah tgk muka dia.. mcm muka sape ek?(nama artis jgn sebut- aku pelangkung kang)


6- dalam korang dok pikir tu.. korang pon sampai la ke dining hall (rindu semsas la plak. cis!). korang tengok ada 1 meja makan yang sangat besar dan panjang. kat meja tu ada 1 goblet (gelas bentuk piala) yang besar. dalam tu ada air feveret korang.. agak2... penuh ke separuh ke air tu?

------------------------------------------------------------------------------------
tafsiran

1- bilangan org atas bot penyelamat = bil kawan rapat korang
2- bilangan pasang kasut = bilangan kekasih yg korang ada sebelum kawin
3- prinsip korang dalam hidup dan hubungan.. haha.. aku pon xtau..
4- ciri2 raja/permaisuri/putera/puteri = ciri2 pasangan impian korang
5- org yg korang xkan lupakan
6- paras air dalam goblet = banyak mana korang sanggup bagi dalam cinta dan perhubungan..

Selasa, 14 September 2010

KUIZ- ANDA DAN CINTA

kuiz ini bertujuan untuk suka2 je.. tp boleh pakai gak la.. cuba tengok, kena x dengan ciri2 korang dalam bercinta nanti. kenapa aku kata leh pakai? sbb apa je jawapan yg korang pilih adalah mengikut persepsi korang. cara korang melihat sesuatu perkara..

by the way, masa jawab kuiz ni, bayangkan korang adalah mat saleh.. ok? oh, lagi 1, jawab semua baru tengok tafsiran.. jangan gatal2 tgk tafsiran dulu.. nama pun kuiz.. nak kenal diri sendiri.. kalau ngelat, tu tandanya nk kenal aku tuh..

===============================================
x panas lagi nih.. jalan dekat ke jauh?
1- korang bercadang nk gi ke rumah pakwe/ makwe korang. ada 2 jalan nk g umah si dia. yang mana korang akan pilih?
a) jalan pintas yg dekat dan pantas.tapi jalan tu kecik.. xde pape nk tgk dlm perjalanan.. boring gile. mcm jalan lorong belakang umah korang la ni.. (boring tp pantas)
b) jalan yang agak jauh.. bengkang bengkok.. amik masa sikit nak sampai tp korang boleh tengok mcm2 on the way tu.. (lama tapi pemandangan best)

merah ke putih?
 2- dalam perjalanan tu, korang singgah la kedai bunga beli bunga (of course la kn?) korang nk beli 20 kuntum bunga ros merah dan putih (campur2).. so.. adakah korang akan
a) beli warna merah belaka?
b) putih belaka?
c) campur2.. kalau campur2.. berapa byk putih, berapa byk merah?

tekan loceng je. sape kata leh ushar?
3- dah sampai... yeay!! korang pon tekan loceng umah dia.. korang disambut ahli keluarga dia.. korang dah biasa dah dgn famili dia ni.. tiap hari makan sama.. so, adakah korang.. (sila ingat.. anda adalah mat saleh.. jgn kata org melayu xde buat gini.. bla3..)
a) kata "hai.. saya nak jumpa ____ boleh tolong panggil dia x?"
b) kata "hai.. saya nak jumpa _____ dia mana ek? biar saya pergi kat dia sendiri.. xyah susah2.."

kiut tul..
 4- eh, x perasan la pulak.. dah malam rupanya.. mak bapak dia suruh korang tido kat situ je.. bahaya balik malam2 neh.. (dont worry.. bilik lain2). korang pon ok je.. bila dah pagi, korang pon pegi la ke bilik pakwe/ makwe korang.. agak2nye la kan.. masa tu dia..
a) masih tido
b) dah bangun dah

tolong la jangan buat sampai gini ye..
 5- ok, pakwe/ makwe korang gi bilik air.. so, korang nak la letak bunga yg korang petik dr kebun mak dia kejap td.. agak2, kat mana korang letak bunga tu?
a) katil
b) tingkap

sekali lagi, jalan dekat/ jauh?
6- setelah holiday 1 hari kat umah pakwe/ makwe korang, korang pon nak balik rumah.. so, jalan mana yg korang akan pilih?
a) jalan pintas yg dekat dan pantas.tapi jalan tu kecik.. xde pape nk tgk dlm perjalanan.. boring gile. mcm jalan lorong belakang umah korang la ni.. (boring tp pantas)
b) jalan yang agak jauh.. bengkang bengkok.. amik masa sikit nak sampai tp korang boleh tengok mcm2 on the way tu.. (lama tapi pemandangan best)

-----------------------------------------------------------------------
tafsiran:

1- kalau korang pilih
a) korang seorang yang mudah jatuh cinta pada seseorang
b) korang ni perlukan masa yang lama untuk suka seseorang.

2- bilangan bunga tu menunjukkan apa yg korang nak bagi dan terima.. so, sila la kira ye..
ros merah = komitmen yg korang sanggup beri dalam hubungan
ros putih = expectation korang terhadap sesuatu hubungan.. byk mana korang nk dari dia.

3- ini menunjukkan cane cara korang menghadapi masalah dalam hubungan..
a) korang x berapa tere nk handle problem sendiri.. lebih suka klu org lain campur tangan dalam sebarang masalah
b) korang mmg tere la.. korang boleh handle semua problem sendiri. jangan la org lain kecoh2 nk nyibuk.

4- ni jangkaan korang terhadap dia
a) korang boleh terima dia seadanya.. wangi dia.. busuk dia..
b) korang harap ia boleh berubah mengikut kesesuaian tekak korang.

5- menunjukkan apa yg penting bagi korang dalam hubungan dan berapa kerap korang nk berjumpa.
a) kepercayaan+keyakinan sgt penting.. kalau boleh, nak jumpa tiap2 hari..
b) korang ni jenis x berapa kisah sgt.. jumpa pon xyah selalu sgt pon xpe..

6- menunjukkan keseriusan dan komitmen korang terhadap hubungan..
a) korang ni jenis x serius sgt.. easy come.. easy go.. ko nk, ok.. ko xnak, sudah..
b) korang sgt bersungguh2 dan kalau boleh nk pertahankan hubungan korang tu..

=================================================

amacam? korang ni pecinta spesis mana? muahaha..

Rabu, 8 September 2010

jangan terlalu menyayangi seseorang

sedar atau x, org yg paling banyak kita lukai ialah org yg rapat dengan kita. x caye? contoh paling senang la.. andaikan ada 2 org yg buat jamuan raya.. sorang org yg rapat dgn korang.. sorang tu x la rapat sgt. kalau korang x gi kedua-dua majlis tersebut tanpa alasan yg best, sape lagi sentap? mesti yg rapat dengan korang kn?

ataupun, korang pergi mana2 pastu bawa ole-oleh tp x semua org dpt.. org tertentu je, berani la x bagi pada org yg rapat.. mesti dia sentap..

kenapa? sebab kita dah ada 1 tempat khusus (parking bernombor plat) dalam hati dorang. berbanding dgn org lain, ada tempat gak, tp xde parking khusus.. kalau lambat, sila parking jauh sikit. jadi, apa je yg korang buat, kesannya lebih terasa berbanding daripada kalau org lain yg buat. ini termasuk la dalam bab melukakan hati mereka..

mesti korang kata, "xde la.. dia rapat dgn kita.. dia paham kita.. dia dah tau kita mmg gitu. xde terasa punya" bullshit la statement tu.. ooppss!! maaf.. baru minta maaf dah guna bahasa kasar lagi. ok.. cow dung!! sopan sikit x? poin aku ialah, statement tu xleh pakai.. org yg paling kenal korang ialah mak ayah korang, tp, cuba tanya, adakah mak ayah korang xpernah terasa hati dgn korang? tiap kali korang naikkan suara (dah mmg cepat sentap), tiap kali korang lupa belikan barang.. lambat amik.. mesti terasa woo..

aku masih x sampai lagi ke poin aku.. rasulullah pernah berpesan yg maksudnya lebih kurang gini.. "Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya". lagipun, benda yg paling korang sayang biasanya akan menjadi kelemahan korang yg paling utama.. so, sila la berpada-pada..
ye, menyayangi sesorang dengan keterlaluan sama la seperti menyerahkan hati korang utk dijaga olehnya.. dia buat apa je pd hati kita termasuk meramasnya hingga hancur luluh.. so, jgn serahkan hati korang sepenuhnya.. simpan separuh.

pernah x korang tgk, kawan yg dulu kamceng gile, tiba2 bergaduh, lepas tu terus berkerat rotan berpatah arang? nape jadi gitu? well, bila dah terlalu rapat, masing2 memegang rahsia.. tiba, disebabkan sesuatu perkara, timbul perbalahan.. terluka, maka terlepas la rahsia yg dipegang, terasa dikhianati.. sudahnya.. tiada maaf bagimu..

tu senario biasa.. org yg plg korang sayang juga boleh jadi kelemahan korang sbb kadang2 disebabkan org yg kita terlalu sayang tu, korang jadi buta dengan benda lain. apa yg dia cakap, itu la yg betul. apa pendapat dia, tu yg tepat sekali. nasihat org lain semua salah. kalau korang kehilangan dia pula, rasa dunia ni mcm dah nk kiamat padahal mmg telah tertulis, setiap yg ada permulaan pasti ada pengakhiran..

moral: "Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya" cukup la sekadar bersederhana..

* sape nk jadi kawan baik aku sila angkat tangan!

minal aidil walfaizin.. maaf zahir dan batin

kalau dikira secara realitinya. kita (aku dan korang), xpernah pon bersua muka. kalau ikutkan, kita ni xde la kawan sangat kan? tapi memandangkan korang datang blog aku.. korang reply segala bebelan aku, pujuk aku bila aku down/mengada, aku anggap korang sebagai kawan aku. sebab, kalau korang betul2 kenal aku pun, mmg ni la aku yg sebenar. sama je luar blog dan dalam blog (luar blog, aku lebih pemalu terhadap lelaki.. aww!!!)

dan kedudukan korang makin tinggi sebab korang la tempat aku mengadu. hehe.. kawan2 dunia nyata aku, x ramai yg tau segala cerita aku.. cerita yg ok, dorang tau la.. cerita karut marut tu dorang x tau sangat. jadi, korang ni lebih tau aku lebih dalam sikit dr dorang... (ok, aku kena revise balik ayat aku ni nanti sebab mcm ada yg x kena.. part mana ek?)

apa yg pasti, aku sgt terharu sbb korang setia membaca segala luahan aku.. masa aku mengada, masa aku marah, masa aku happy.. pendek kata, hampir setiap masa la. 1 je kelebihan korang yg x dinikmati oleh org lain.. korang x pernah dengar aku menyumpah.. huhu

ok.. stop syahdu2... aku ni jenis malas nk attach lagu segala bagai... tapi pendek katanya, aku nk ucapkan:
* moga ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua
* moga syawal ini kalian sekeluarga mendapat rahmat dari Yang Esa
* andai ada terlanjur kata, tersilap bicara, minta maaf sangat2.. aku dah beli insurans mulut dan jari.. tu yg berani cakap/ taip bukan2 tu.. ada kompeni swasta cover kalau jadi pape (ok, jgn caye)
* siyes, aku sangat hargai apa yg kita ada ni.. ada yg dah nk dekat 2 thn dah kenal aku..
* terima kasih banyak2 utk korang semua..
* kalau aku ada hutang dgn korang yg x setel, jgn segan, gitau je.. aku akan setelkan insyaAllah..

last sekali.. minal aidil wal faizin. maaf zahir dan batin..

Isnin, 6 September 2010

aku pun manusia biasa..

aku pun manusia biasa.. banyak kelemahan.. banyak keinginan..

seperti gadis2 lain juga, aku teringin nak pakai baju2 yg cantik. tapi, saiz badan aku yang rendang (gemuk pendek) membuatkan aku x mengeluarkan duit utk beli baju. huhu.. sedikit kekesalan dan kemujuran di situ.

aku juga turut terpengaruh dengan propaganda media yg mengatakan perempuan kurus itu cun. plus, aku teringin nak pakai baju cantik2.. jadi aku pernah la berusaha (dan masih) nak menguruskan badan. haha.. tp aku sangat x berdisiplin.. so, apa pun x menjadi.. makin kembang ada la.

aku kuat jeles.. terutamanya pada org yg aku suka. tapi, biasanya org yg aku suka, x suka aku balik, so, apa yg terbaik aku boleh buat ialah doakan kebahagiaan dia.. dan belajar lepaskan dia..

aku nak gak mewah2.. aku teringin sangat nak kereta mercedes kompressor or kereta hybrid honda.. dengar cerita, jimat minyak.

siyes, aku sangat pemalas. rasa nk je buat iklan "mencari lelaki kaya dan bujang". ok x? hehe...

gaji aku x besar.. so, utk menjadi seorang yg kaya, aku kena berjimat. masalahnya, aku suka berjalan-jalan.. berjalan-jalan pakai duit.. so, cane ek? sayang lak x guna pasport tu. rm300 tu. tapi.. nanti xde tabungan la plak. aish...

p/s: kalau puasa aku penuh thn ni, aku nk tuntut duit raya dr korang semua.. boleh x?

blog aku makin bagus atau makin teruk?

pukul 3.25 pg...
nape x tido lg? barulepas makan megi.. hehe.. sementara nk tunggu lemak ni mendak, aku pun g la baca balik blog2 aku yg lama.. ada dua. 1 blog kat friendster, dan 1 lg blog kat myspace.. oh, aku dah letak dua2 blog ni.. ada kat  page tempat aku lepak

hurmm.. aku mendapati, dulu, blog aku pendek2 je coretannya. tp skrg.. ya ampun!! berjela2.. dari segi penceritaan.. tah la.. rasanya cara penceritaan aku dulu lebih hip dan in (tah apa tah 2 perkataan ni) dgn selera org. maklumla, cara penulisan aku krg agak.. hurmm.. agak matang kot? lalala

kalau korang rajin, gi la baca sikit blog lama aku.. pastu gitau, korang lagi suka style yg mana. yg lama atau yg baru? saje je nk tau am i getting better or worse?

dah la. xnk bebel panjang2. nnti masa tido jadi pendek.

jumpa lagi


p/s: malam ni dah mlm ke 27..
p/p/s: kepada sesapa yg nk menderma, sila la klik tab Jom Menderma. ada la beberapa org yg boleh korang derma.. ada gak link blog2 lain yg berkaitan..

Sabtu, 4 September 2010

sesi bersalaman dengan budak2 sebelum cuti raya

arini dah 25 ramadhan.. semalam, sekolah aku buat sesi bersalam-salaman antara guru dan murid dan sesama guru. sebagai seorang yang macho (ok, jez admit it.. paling x dikenali) aku la cikgu yg paling sikit mendapat pelukan dari budak. xpe.. aku pun bukan la jenis yg suka peluk2 ni.. nmpk.. err.. nmpk.. nmpk mesra sgt.. pdhal aku bukan jenis begitu. yup, aku x mesra dgn budak.

masa dok bersalam-salam tu, budak-budak ucap "selamat hari raya cikgu".. siyes.. rasa mcm xde budak pon yg ucap, "minta maaf cikgu".. well, aku ajar 2 buah kelas, 4 MPV dan 5MPV- 35 orang budak. aku x kenal budak-budak lain dan budak-budak x kenal aku. so, aku x harap pape la dr dorang tu.. cuma, aku anggap, ucapan yg sama la yg budak-budak ni semua ucap pada cikgu2 lain.. "Selamat hari raya cikgu". aku anggap x ramai yg minta maaf dr cikgu-cikgu kecuali budak yg memang dah baik.

pada aku la.. kalau dorang ni betul2 nk salam cikgu2 dorang dan dengan tulus nak minta maaf, mereka akan cakap pada cikgu2 tu " minta maaf cikgu". ni terbalik. mereka yg kaa "selamat hari raya", aku yg kata "maaf zahir batin"

aku tau, maybe org kata, aku x ikhlas pon masa ckp tu sebab aku mcm mesin yg mengulang kata-kata tu pada semua org. well, aku rasa, aku antara yg paling ikhlas masa bersalam tu. aku siyes minta maaf pada semua sbb aku tau, ramai je budak yg aku x ajar yg kdg2 terkena tempias baran aku. dan aku antara org yg hulur 2 tgn masa bersalam walaupun budak2 sendiri hulur 1 tgn kat aku..

ustaz pernah kata, nk buat pape, mesti ikhlas. jgn harap balasan. adakah bila aku mengungkit ni aku sebenarnya harap yg budak-budak aku membalas salaman aku dgn lebih baik? well.. siyes x.. tujuan aku membebel ni sbb aku nk dorang betulkan cara dorang. takut, kalau dibiarkan, sampai 1 masa, budak-budak ni akan bersalam dgn cikgu-cikgu sekadar dgn hujung jari je.

1 lagi yg aku kureng dgn cara budak sekarang bersalaman ialah, KONONNYA mereka nk cium tgn cikgu (tundukkan kepala tanda hormat pastu cium tgn), tanda hormat.. padahal, apa yg dorang buat ialah tarik tgn org tua tu tinggi2 supaya tgn org tu sampai ke dahi or yg paling 'cool' aku tgk semalam adalah utk letak di pipi.. apa kes? dalam hal tarik tgn utk letak kat dahi tu, aku la yg terasa x selesa sbb ada antara budak ni tinggi dr aku, so, bila dia tarik tgn aku, tgk2 tgn aku naik sampai paras mata.. respekkah itu?
cara cium tangan yg betul.. tundukkan kepala, rendahkan diri
bayangkan aksi mcm ni tapi cikgu pendek, budak tinggi, x sesuai kan?
gini la.. klu ko x rasa nk cium tgn org tu.. (geli la kot, mana tau dia korek hidung or mana tau tgn dia bau ikan), cukup la ko salam betul2.. genggaman tu.. pandangan mata.. perasaan ikhlas tu.. kalau ko rasa berat hati nk cium tgn org (especially tgn aku) xyah la cium.. aku x marah.. siyes ni.

cukup la dulu.. nanti aku citer lak sesi bersalaman antara guru..

YOU MAKE MY DAY

TAJUK: YOU MAKE MY DAY
ARTIS: KRU N SEHA

You bring the sunshine to my days
You're the starlight in my nights
You're my heaven on earth, Boy
You make me feel so right
You're my knight in shining amour
You know it's the truth
Don't ever let me go
You're my dreams come true
Baby, I love you
I'm so happy that you're mine

A love like ours was meant to be
Cause I can clearly see
Through the clouds above
There's a place for you and me
We can break the stormy weather
You know it's the truth
Then maybe we will know
Baby, where we stand
Let's do what we can
Cause this love's hard to find

Pa, para, pa, pap, para

(Rapped) This is a jazz about a boy and a girl
And they're so madly in love
He said "Girl, you rock my world
When I'm feeling down and out
Ain't nothing's going my way
You just turn around and make me smile
You make my day"

A love like ours was meant to be
Cause I can clearly see
Through the clouds above
There's a place for you and me
We can break the stormy weather
You know it's the truth
And maybe we will know
Baby, where we stand


Let's do what we can
Cause this love's hard to find

You and me belong together
Like the stars up in the sky that shines forever
These feelings I can't hide
However hard I try
I love you more than words can say
Oh, Boy! You make my day

Para, pa, pap, para

You and me belong together
Like the stars up in the sky that shines forever
These feelings I can't hide
However hard I try
I love you more than words can say

Pa, para, pa, pap, para

(Rapped) You and me
We belong together
Like the stars up in the sky that shines above forever
These feelings I can't hide
No matter how I try
I love you more than words can say
You make my day

You make my day
You make my day
You make my day

You make my day
You make my day

Pa, para, pa, pap, para

================================================

* ye, hati aku tengah berbunga2.. x.. xde sesapa pon.. saje nk berbunga luar musim.. =).
* teringat lak kat muka2 pakcik KRU ni masa muda2 dulu.. sgt cute..wawawa (rujuk gambar atas)

30 rahsia hati wanita

 ok... entry kali ni bukan hasil tulisan aku.. aku paw kat fb jek.. sebab tu, korang akn dapati bahasa yg dia guna ni lg baik dr bahasa aku.. rata2, aku setuju dgn poin yg dia bg.. sebab tu pon aku copy.. ye, aku x manis.. ye, aku macho.. tp dalam hati aku juga ada taman.. =p

==============================================


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Khamis, 2 September 2010

tazkirah berkaitan kuku dan cincin (pakai cincin di kuku??)

kawan tag aku dalam fb, suruh aku bearkan hal ni dalam blog (mcm la blog aku ramai yg baca). tapi memandangkan benda ni untuk kebaikan, aku letak la gak..

peringatan, entry ni aku amik je dari org, jadi laras bahasa dia baik sikit dari aku. so, jgn beria2 pelik ok? tapi ada la yg aku tambah sikit2.. cannot help it1 mesti nk bebel gak.

so, selamat membaca dan beramal... (mana sepit kuku nih??)

===============================================


Cerita Kuku
 
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! oppss!!! khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut (aku selalu bygkan, lagi panjang kuku yg dibela, lagi byk babi dlm 1 kandang tu.. kandang besar katakan.. huhu). so, potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.
 
========================================================

Cerita Cincin

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan pakai cincin pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!