KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 28 Februari 2010

catatan mengarut (sila skip tajuk ini)

haha.. tengah berusaha utk tidak mulakan catitan dengan hurmm..

dia (yg aku suka) merupakan salah seorang daripada rakan rangkaian sosial (cth: fb, fs, ms, hi5, ringo, tagged dll) aku.. mungkin Allah memakbulkan doa aku, dia kini semakin jauh dari aku (aku doa, kalau dia bukan utk aku, jauhkan la hati2 kami..) maka, hubungan kami dah x rapat seperti dulu. maka, tahulah aku, dia bukan utk aku.

dasar rangkaian sosial, ko boleh nampak kalau kawan ko online. so, aku nampak la dia online.. hati aku nak sangat tegur dia. tapi, berdasarkan pengalaman lalu, dia xkan tegur aku pun. malah dia xpernah pun respon pada sebarang shout out aku. kenapa? tah? mungkin aku xcukup baik pun menjadi kawan dia? aku xtau.

aku ni dah la suka nak berborak dgn dia. kalau ada peluang, mesti nak tegur dia.. tapi nampak gayanya, dia x mcm tu. bukan terhad pada dia je. aku suka borak dengan semua kawan aku. bezanya, kawan lain melayan kalau ajak sembang, tapi dia x.

hati aku rusuh.. ye la.. x best oo.. kita nk sembang dengan dia, tapi dia x sudi. sudahnya, aku ambil tindakan sendiri..

aku buang dia dari segala senarai rangkaian sosial aku. SEMUA. aku xnak dah dia ada dalam rangkaian aku. jadi, kalau dia online, aku xkan nampak. aku xkan susah hati kalau dia buat xnampak yg aku wujud.

sedih? mesti la.. tapi, ni adalah salah satu proses biasa. kejap je kot. maybe seminggu? hehe.. lama2 aku akan biasa kehilangan dia. macam yg aku kata, mungkin ini adalah jawapan dari Allah terhadap doa aku sendiri. dan aku percaya, itu yang terbaik.

awak, saya buang awak dari senarai kawan saya, bukan sebab saya x hargai awak.. siyes saya hargai awak. tapi rasanya, tu je cara supaya saya x mengganggu hidup awak lagi. mana tau, sampai masa, saya yang add awk balik ke kan?

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Raut mukanya berseri.

Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Seorang doktor neurologi menemui keajaiban Allah

ni dari email pn. ain..

Email dari sahabat yg menetap di US:

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

p/s: apa lagi? kalau dah masuk waktu, gi solat ye!

Sabtu, 27 Februari 2010

lepak bersama kawan lama..

ok.. aku baru balik dari makan2... hehe.. bukan la baru sangat.. kalau jam dalam kereta kerol betul, aku sampai umah kul 1 malam..

gile balik kul 1.. hurmm.. mmg aku jarang buat pon.. 1 thn sekali kot.. ke 2 thn sekali? n biasanya mmg berteman la aku buat.. maksud aku, teman yg parents aku kenal.. kwn sekola.. kwn matrik.. kawan la..

mula2, marina la ajak budak2 darjah 6 jumpa2 kat naili's kat ampang poin..aku dah penah gi naili's tu sekali.. aku tau harga dia agak mahal. tapi makan mmg sedap.. konon macam ramai kata ok.. last2 tgk2 aku, marina n kerol je yg ada..

marina amik aku kat umah kul 8 coz dia cadang nk gi opis.. tapi dia ubah fikiran masa nak naik mrr2.. hehe.. kul 8.30, kitorang dah sampai kat naili's.. pas dah reserve tempat utk 10org, kitorang gi gulati's.. siyes.. ni la 1st time dalam masa 5 thn ni aku masuk gulati's.. maklumla.. nama dia gulati's silk house.. mmg aku x berani la nak masuk..

bila dah masuk, eh, mcm ok lak harga.. belek sana, belek sini.. hurmm.. ok..boleh bawa mak.. tapi ada 1 benda kalau dia bagi, mmg aku nak sangat beli...huhu..apa bendanya?

cermin dia.. bapak best... aku nampak kurus seh.. agak2 dia nak jual x cermin dia tu? ada la nk dekat 10x gak aku tengok imej aku kat cermin tu.. x puas tul tgk diri ini dalam versi kurus.. seronok gile rasa.. siap snap gambar lagi.. ahakz! (igt nk attach kat sini tp henset xde kabel..)

kul 9, kami dah gi balik ke naili's.. tunggu punya tunggu, xde sape muncul. order la makanan.. aku mcm biasa, nasi goreng n cili potong.. shahirah (adik marina) order nasi lemak.. marina minta spaghetti utk anak2 dia n meatball utk diri sendiri..

mmg sedap.. tapi sikit.. x kenyang beb!

di kala kami dah nak habis makan, kerol la plak sampai.. huhu.. aku mmg saspek sama lu r bro.. sentiasa cuba melapangkan masa utk event bersama2 kwn.. aku rasa, dia je la yg xpernah missed apa2 perjumpaan yg budak2 6 raya buat..

pstt.. gadis2 di luar sana! kerol ini sangat baik.. dan dia boleh tahan juga gajinya (aku xde la tanya spesifik 'bape gaji ko ek?' kat dia) n dia sangat la suka kat budak kecik especially yang berambut kerinting.. so, jika anda adalah wanita yg sedang mencari, saya mmg pomot en. kerol kepada anda. tapi kena sabar sikit la.. sebab dia mcm suka berkawan dulu.. mencari persefahaman.. dan baru nak siyes (betul ke kerol? ko nak ala2 soulmate kan? pasangan yg leh jadi sahabat ko)

cukup la pomot en. kerol.. balik, aku x balik dgn marina.. aku ikut kerol gi downtown kat batu cave.. haha.. debor weh.. kerol adalah org laki ke5 yg aku naik keta berdua.. (aku ingat tu..) since kitorang mmg dua2 suka bercakap. jadi, xde la awkward sgt naik keta tu..

sampai downtown.. ronda2... byk gak org jual kasut croc.. hehe.. nak try beli tp aku xde saiz (cinderella size).. kerol pon nak gak 1, xde saiz gak.. (dia bukan cinderella) tiba dia nampak la org jual keta hot wheels.. apa lagi.. dia pon beli la 1.. dari situ, aku tau la sikit2 pasal hobi dia mengumpul duit syiling la.. kumpul keta mainan.. pasal dia n kwn2 dia mmg gile collect benda2 tu.. huhu..

tapi aku terkedu bila dia tanya " apa hobi kau?".. uh uh.. aku xde jawapan. apa hobi aku ek? xkn aku nak jawab "hobi saya menulis blog.." kang dia tanya plak aku tulis pasal apa.. adoi.. so, aku jawab, " hurrmm.. aku ada hobi ke? tah la.. baca komik conan kot.." hehe.. dia cuma jawab "x habis lagi eh conan tu?" dia x gelak tau.. ye la.. dosa tu kalau dia gelakkan aku.. dia sendirik kumpul keta mainan..

aku xtau apa yg kitorang cerita..kalau marina ada, mmg citer pasal uniten la.. aku dgn kerol hanya sama masa sekola rendah je.. tapi ok la.. berborak la sepanjang perjalanan balik tu..

before aku tulis blog ni, aku mesej kerol ucap tq sebab hanto aku balik n soh dia minum madu n limau (dia batuk). dia balas kata seronok lepak dgn kami.. lain kali ada can nak meet up lagi..

hehe.. en. kerol, aku tau ko mmg suka jumpa kwn2 lama.. ni baru 2nd time aku jumpa ko balik.. tapi ko mmg selalu jumpa budak2 6 raya kan? ko mmg bagus.. aku yg pemalas..

kesimpulannya:
1- kalau korang kaya, tolong la belikan aku cermin kat kedai gulati's tu.. aku nampak kurus melaluinya..
2- en. kerol bagus.. sape2 yg sedang mencari, sila hubungi saya untuk ditelangkaikan bersama en. kerol..

Khamis, 25 Februari 2010

aku, blog dan kamu...

mula2 dulu, aku nak jadikan blog ni sebagai diari aku.. maknanya xyah ramai2 baca pon xpe.. tapi aku nak la beberapa pembaca yg xkenal aku untuk memberi komen.. nasihat bagi setiap hal yg aku tulis.. kalau boleh, jgn la ada kenalan aku yg membaca blog aku.. ye la.. dah nama diari, tempat ngadu, maybe ada cerita pasal dorang.. kang kantoi kang!

tapi, dalam proses belaja nk berblog, aku dapati, yg aku leh buat duit dgn blog ni.. leh letak iklan, org klik n aku dapat duit.. so, aku rasa, ok gak la.. tapi blog ni xleh jadi diari laa.. kena ubah style.. biar semua leh baca..

problemnya 1.. aku kena dapatkan ramai pembaca untuk blog aku agar aku leh dapat banyak klik.. ini menyebabkn aku dah menyebarluaskan blog aku ke merata tempat (dalam lingkungan network aku yg xseberapa ni). dan hasilnya tetap mengecewakan.. haha.. x ramai datang blog aku.. of course, xramai yg klik iklan.. of course, xde la income pon..

aku gi tengok2 blog org, nak gak tau, cane dorang leh dapat ramai follower.. nak gak merasa dapat duit dari nuffnang banyak2.. tapi aku still xdapat idea.. haha.. ye la.. idea n cara serta gaya bahasa semua orang berbeza..

tetapi.. ada orang dah sedarkan aku balik tujuan aku berblog.. nak luahkan pendapat aku.. nak bercerita.. n alhamdulillah.. dari blog ni, aku dah kenal ramai kawan baru yg terdiri dari kalangan blogger.. n dorang pon dah mula meninggalkn komen untuk aku.. benda yg memang aku harapkan..

klik nuffnang dan income? hehe.. slow gak.. tapi xpe la.. bukan aku xde gaji pon tiap bulan..

tapi, yg paling buat aku bersemangat hari ni ialah bila aku ym dengan kak chik petang tadi... ni sedutan perbualan kami..
....
brat2104: yeay.. ada geng!
kchik: tgh bc blog mai ni
kchik: srnk jer
brat2104: waa.. saya tgh sedih pon seronok?
brat2104: apa yg seronok tu?
kchik: sedih ker??????
brat2104: hehe
kchik: td ckp biasa jer
brat2104: tah..
brat2104: saje je..
kchik: bestla
kchik: akak selalu jer senyum sorang2 bc blog mai
brat2104: blog kak dila x gi?
.....

huhu.. kak chik.. saya memang terharu bila dapat tau akak tersenyum masa membaca blog saya.. saya x sangka apa yg saya tulis dapat menggembirakan orang.. sebab pada saya, menggembirakan org, bukan la kepakaran saya.. terima kasih sebab bagitau saya perkara ini..

so, blogger.com.. here i come!! rumaizah dah ada semangat baru! idea.. hurmm.. kena check dulu..

kepada semua yang lain, tanx kerana menyokong! tau benda ni sound cliche.. tapi siyes, aku suka sangat bila ada org mendengar bila aku bercerita.. apatah lagi memberi respon! terima kasih sesangat.

p/s: sori xde gambar.. xtau nak letak gambar apa.. =)

turn back time - aqua

sori... xleh tido.. terlalu blues kah? ni lagu sedih.. tp dlm nada yg laju.. pernah digunakan untuk iklan syampu.. antara lagu faveret giler aku...

Turn Back Time
Aqua

Give me time to reason,
give me time to think it through
Passing through the season,
where I cheated you

I will always have a c**** to wear,
but the bolt reminds me I was there

So give me strength,
to face this test tonight

If only I could turn back time
If only I had said what I still hide
If only I could turn back time
I would stay for the night. For the night...

Claim your right to science
Claim your right to see the truth
Though my pangs of conscience,
Will drill a hole in you

I seen it coming like a thief in the night,
I seen it coming from the flash of your light

So give me strength,
to face this test tonight

If only I could turn back time
If only I had said what I still hide
If only I could turn back time..
I would stay for the night

The bolt reminds me I was there
the bolt reminds me I was there

If only I could turn back time
If only I had said what I still hide
If only I could turn back time
I would stay for the night

[repeat chorus until fades out]

It Must Have Been Love - roxette

terdengar lagu ni baru kejap tadi dalam pretty woman.. aku mmg minat roxette.. dan lagu ni sesuai dgn mood aku..

It Must Have Been Love.....
Roxette

Lay a whisper on my pillow
Leave the winter on the ground
I wake up lonely, there's air of silence
In the bedroom and all around
Touch me now, I close my eyes and dream away

1st Chorus:

It must have been love, but it's over now
It must have been good, but I lost it somehow
It must have been love, but it's over now
From the moment we touched till the time had run out


Make believing, we're together
That I'm sheltered by your heart
But in and outside I've turned to water
Like a teardrop in your palm
And it's a hard winter's day, I dream away

2nd Chorus:

It must have been love, but it's over now
It was all that I wanted, now I'm living without
It must have been love but it's over now

It's where the water flows, it's where the wind blows

3rd. Chorus:

It must have been love but it's over now
It must have been good, but I lost it somehow
It must have been love, but its over now
From the moment we touched till the time had run out
Yeah.. It must have been love, but it's over now
It was all that I wanted, now I'm living without
It must have been love but it's over now


Its where the water flows, its where the wind blows..

Selasa, 23 Februari 2010

tak tahu yang mana 1?

ok.. ini bukan lagu juliana banos ok? ni masalah aku.. siyes.. bukan la rumaizah namanya kalau x confuse dalam membuat keputusan.. so, arini aku perlukan bantuan anda semua untuk buat keputusan...

ada 2 program yang aku rasa best sangat.. n aku memang dah dipelawa untuk menyertai aktiviti ini.. program2 tu ialah:

1) kawan aku nak buat dokumentari @ videoklip berkaitan dengan tema 1 malaysia.. dia nak mendekati rakyat malaysia.. melihat penyatuan kita semua melalui makanan kita.. hurmm..paham x? ye la.. kita semua kan makan pe je tanpa kira kaum.. nasi lemak, roti canai.. tosei.. nasi ayam.. yong tau fu.. bla..bla.. bla..

so, dia n kwn2 dia nak buat bagpack trip naik keretapi senandung malam ke tumpat.. dia nak rakam ragam penumpang dan kantin dalam keretapi.. kiranya nak bermalam dalam tren la ni..

2) program motivasi.. sedikit islamik.. program CASIC. ni kira program susulan la.. program yg 1st aku dah gi dah.. memang praktikal.. memang best.. cuma 1 je la.. yg pergi tu, kebanyakannya budak2 uia.. budak2 PMI... aku je x.. huhu

tapi siyes bagus sebab program ni mengajar kita bagaimana nak mengaitkan kehidupan kita dengan surah al fatihah.. aku mmg nak gi lagi..

tapi kan...

kedua2 program ni mengambil tarikh yang sama untuk berlangsung. so, korang rasa, aktiviti mana yg lebih PATUT aku join? huhu..

1 aku mmg minat.. giler minat.. bila lagi aku nak try travelling naik tren kan? tapi aku kena bermalam dalam tren n may cost me about RM100 or lebih..
1 lagi pon aku minat gak.. n aku tau program tu mmg bagi benefit.. n it will cost me aorund RM40 x termasuk minyak n tol..

mana PATUT aku gi? tolong aku eh?

teknologi orang dan kertas

hurmm.. (perasan x aku selalu mula dgn hurmm..?hehe..)

aku teringat zaman moda2 dolu.. di kala henfon x la semurah sekarang.. di kala prepaid x memberi tawaran sehebat sekarang.. di kala duit syiling merupakan aset terhebat agar dapat gayut lama2 kat public fon..

well, aku x termasuk dalam kategori bergayut.. kerana aku xde alasan untuk bergayut.. masa sekola dulu aku mmg bukan jenis jiwang.. 2 minggu sekali baru tepon mak.. tu pon bajet RM1 je tepon selangor dari kuantan.. (gile macho!)

so, apakah teknologi komunikasi yg aku selalu gunakan? aku selalu menggunakan kertas dan orang.. ye.. aku suka menulis surat.. kadang2, dengan mak pon aku bantai tulis surat ok? mak aku pon, selalu je kirim surat melalui bungkusan yg dia kirim pada iskandar (iskandar selalu balik jumpa famili. x macho!)

masa sekola menengah juga suka menulis surat kepada rakan2 sekola rendah aku.. seronok beb bila dapat reply.. kadang2 dapat surat yg sgt poyo.. haha.. perasan.. semua ada.. pastu siap ngumpat2 dalam surat..

masuk u, walaupon dah ada henfon, sms dah murah, pernah 1 masa tu, aku suka gak hantar surat pada rakan rapat aku ni..(sms pon ye, surat pon ye.. sedikit poyo kan? malahan YM pon ye.. haha.. gedik)

yup.. sms dapat memberikan jawapan segera.. ko dapat hilangkan bosan ko dengan sms..

tapi, dengan surat ni, feel dia lain.. maybe, dengan surat, sebab tulis tangan kan? lebih ikhlas.. mungkin sebab lama nak sampai, jadi, banyak la benda ko nak cerita.. tambah lak, xde karakter limit kan? pastu, excited menunggu surat tu... perghh... mmg feel la.. dengan tiap hari ko tunggu posmen lalu.. tiap hari tgk peti pos.. mmg perasaan dia best.. dengan surprise yang datang bersama surat.. ahh.. mmg indah!

hurmm... ada x sesapa yg nak jadi penpal aku?

tp aku bagi amaran awal2... aku kalau menulis surat, mmg panjang.. (tgk blog pon tau aku suka membebel kan?) kalau xsanggup membaca, jgn la jadi penpal aku.. banyak betul perkataan yang aku akan guna utk cerita benda yg simple..

1 lagi, aku x suka la kan, kalau aku je beria tulis tapi kawan aku tu x balas.. kecik hati tau... so, pastikan korang pon rajin nak membalas surat aku...


err.. sekali lagi, sape nk jadi penpal? gian lak nak menulis surat..

Isnin, 22 Februari 2010

2 hati 1 jiwa (jangan kecewa membacanya)

hehe.. selalu kan tengok citer kat tv.. yang watak selalu bercakap dengan diri sendiri. kalau cerita omputih, biasanya 2 side.. satu evil (baju merah, pegang garfu giant) satu angle (baju putih ada sayap dan halo)

tapi, kan, pernah x hati korang bercakap sesama sendiri mcm tu? xsemestinya masa nk buat jahat (angle n evil) je.. tapi dalam apa2 perkara la..

aku selalu.. siyes.. selalu sangat..

hati aku yg 1 bahagian kata, " jangan la dia telefon.. kalau dia telefon karang, mesti aku cair.. padahal aku dah nekad xnak kawan dia"

yang 1 bahagian lagi lak, " nape dia x call aku ek? dia x rindu aku ke? aku je ke yg beria rindu dia? aish..."

atau...

"nyampah la aku kat dia tu.. berlagak.. mentang2 tere..."
dan satu bahagian lagi berkata, " mcm best la kawan dengan dia tu.. pekata aku try ajak dia.."

siyes... hati aku xsehati dengan sebahagian hati lagi.. inikah dia 2 hati 1 jiwa? hahahaha...

p/s: cuba teka mood aku sekarang? =)

kegilaan sementara

korang pernah mengalaminya x? hurm.. contoh, mcm yg dialami oleh para dinosaur (bunuh diri beramai2 kerana gerhana bulan bulan) ataupun sesi histeria beramai2 (terpengaruh.. seronok lak tengok menjerit2) atau.. atau apa lagi ye?

ok.. aku baru jez lepas mengalami kegilaan sementara ini. mungkin disebabkan oleh rama2 dalam taman dalam hati aku yg telah membiak dengan jayanya.. siyes aku kena check populasi rama2 tu minggu ni.

last week, masa balik kampung, xtau la akibat kebosanan atau apa, aku terpikir bagaimana agaknya kalau aku menjadi isteri nombor 2? siyes aku dah bayangkan.. siyes aku rasa aku nk gitau je kat mamat yg aku suka tu yg aku x kisah menjadi isteri nombor 2 dia..

ye la.. secara material, dia mmg mampu, xyah aku risau.. rupa? well, dia mmg dah agak tua la.. nak masuk 40 tapi aku tgk mcm hensem je lagi. walaupun dia agak botak.. masa? haha.. hati aku kata, PJJ (perkahwinan jarak jauh) sangat bagus untuk mengelakkan org bosan dari aku. so, aku rasa semuanya ok..

hampir saja aku capai fon untuk cakap kat dia " jom kawin jom!"

tapi.. kalau aku jadi isteri no 2, mesti aku xdapat nak hanimun kan? ye la.. dia bz orngnye.. dengan keje yg sering memaksa dia our station.. pastu kalau dia ada masa utk hanimun, kan ke lagi baik dia bawa famili no1 dia gi jalan2?

pastu, cane dgn giliran? aku single.. famili yg 1st dah ada anak.. tambah lagi dengan dia out station (1x kuar makan 1minggu at least).. agak2, berapa hari aku dapat dalam 1 bulan?

tu belum cerita pasal keje rumah. aku ni dah la malas gile nk buat keje rumah.. masak pon xpandai. cane aku nk masak makanan kegemaran dia yg sah2 mak aku xreti nak ajar pon? maklumla.. tekak dia jauh beza dengan kami yg giler pedas ni.. tu belum citer keje umah yang lain. mesti aku akan selalu dibandingkan dengan 1st wife dia kan? haii.. payah...

last2, aku amik keputusan, xyah la.. biar la aku tamatkan kegilaan aku ini dengan segera... kegilaan ini mengambil masa 3 hari (lama gak tu baru aku normal).. xpe la.. aku pasrah..

aku caye kat korang semua. so, aku letak la gambar mamat yg aku hampir MINTAK jadi wife no 2 tu kat sini.. ala.. korang bukan kenal pon kalau aku letak gambar..

awak, saya suka awak.. tapi saya memang xlayak jadi 2nd wife awak. huwaaa!!!

Ahad, 21 Februari 2010

jangan bilang tidak

aku suka lagu ni.. hehe.. sebab aku minat rafi ahmad? haha.. kiut seh.. ayu shita xkiut sangat. lagu pon kiut je.. kalau aku tgh nak ada pakwe, mmg ni la lagu utk aku.. so, tolong ingatkan aku untuk dedicate lagu ni pada diri sendiri bila dah ada pakwe k?

tajuk: jangan bilang tidak penyanyi: rafi ahmad & ayu shita

(L) ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

(P) ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

(L&P) jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi

(L) ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

(L&P) jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan

(P) jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
makanya sungguh aku mohon
jangan bilang tidak

p/s: sori banyak2 beb.. rama2 dalam taman hati ni membiak dengan jayanya... aku akn tangkap k supaya entry2 yang akan datang tidak segeli entry2 sekarang

anak kucing bodo... ke tuan dia yang bodo?

hurmm.. cane nak mula?

ok.. pagi tadi, kul 8 lebih, teman mak gi pasar basah.. aku anggap mesti xde orang sangat. semua masihkat kampung. jangkaan aku sangat x tepat. banyak tul kereta. padahal dah pukul 8.38 pagi.. xkan semuanya kes bangun lambat macam kami kot? ooppss!!

setelah berpusing2, akhirnya aku ambil keputusan untuk parking kat tepi pagar (tempat favourite aku yg xde lot parking. masa nak parking, mak pesan, "baik2.. tu ada anak kucing tu."

yup.. ada anak kucing.. kaler hitam.. comot.. ye la.. what do u expect dari kucing kecik yg ditinggalkan kat pasar? ada org groom dia tiap hari? waalaikumsalam.. teruskan berangan..

memang anak kucing tu xnak ganjak mula2.. tapi aku pun dah bajet xkan langgar dia.. tapi masa aku parking, dia blah.. berjalan ye.. bukan berlari.. pastu aku tgk kat belakang, dia xde.. ok la tuh.. mak aku siap nak alihkan lagi anak kucing tu.. tapi aku cakap kucing tu pandai nak hidup.. dah lari dah.. xyah risau...

pandai hamende???? masa aku tunggu mak dalam kete.. (aku x turun sebab xtukar baju.. jez pakai tudung..), aku pandang cermin n aku nampak anak kucing tu dok tgh jalan.. tgh2 jalan ok!! mujur, driver kereta proton sgt baik hati, try gak elak anak kucing tu..

tgh pakcik tu beria ngelak dia, anak kucing tu selamba bangun dan bercatwalk pergi.. siyes.. aku pikir.. " eeiii.. bodonya nak kucing tu.. sib baik pakcik keta baik.. xde sense of survival langsung"

lebih kurang gini la rupa anak kucing yg selamba dan xreti itu..
(gambar ini dipau dari blog miss durian runtuh)

masa balik, ku citer kat mak.. mak kata, "kucing kecik.. sama gak mcm budak.. xleh pikir lagi.. tu yg selamba dok tgh jalan.. dia nampak kereta, dia pikir, mainan kot.."
"siyes along tertanya2 apa yg kucing tu pikir masa dok kat tgh2 jalan tu"
"dia xpikir apa2 kot.. x pon, dia pikir, ahh.. aku lepas ni.. aku kecik.. muat bawah kereta tu.. tapi, lepas tu, bila rasa angin panas dari enjin, terus dia bangun nak jalan.. tu yang kepala penyek tu.."

huhuhu.. mak betul.. kucing mmg xberapa pandai timing.. sebab tu kat hiway pon selalu ada kucing kena langgar.. penat dah aku sedih..

kepada pembela2 kucing sekalian.. boleh x, kalau korang dah bela kucing.. especially kalau kucing betina, tolong la terima hakikat yg kucing betina akan beranak.. ko nak dia, bermakna ko kena terima yg dia akan beranak.

kucing bukannya macam manusia yg suka2 buang atau bakar baby sesuka hati.. dia xberperikemanusiaan seperti manusia. dia berperikehaiwanbetinaan (baca betul2 sekali lagi) yg akan menjaga anak2nya..

lain kali, kalau nak buang kucing sekali pun, tolong la buang masa kucing tu dah remaja.. dah boleh survive.. jangan la masa mereka masih berada di tahap 1. masih xtau apa itu bahaya.. sian la wei.. ko pikir nk simpan yg cun aje.. x pikir kebajikan kucing langsung. kadang2 tu, masih bertaik mata dah kena buang.. wei.. taik mata tu kena bersihkan.. kalau x dia buta.. jgn la kejam sangat..

ada yang terpikir nape aku x amik dan bela je kucing tu? jujur, umah aku langsung xde haiwan belaan.. pernah try 2-3x tapi semua berkesudahan x baik (kucing dibunuh oleh budak masa balik kampung.. bukan bela pon, bagi makan je.. tapi sentap itu terasa, ikan melompt keluar dr bekas, masuk dalam paip, pastu stuck, arnab kena sembelih.. hehe..).. jadi, watpe aku nk tambah sengsara di hati? aku tau aku xde kelebihan membela haiwan2 belaan ni.

so, pikir panjang2 before nak menternak.. kalau ko rasa ko xleh nak jaga or xleh terima hakikat yg dia akan beranak pinak, ko ajar dia perancangan keluarga dr awal.. ajar di pasal curfew (betul ke eja?) dan segala bagai.. boleh?

Khamis, 18 Februari 2010

xde apa.. sekadar nak mengadu..

uh..uh..kadang2, aku sendiri keliru dengan perasaan aku ni..

aku sangka, aku sedih sebab terpaksa melepaskan orang yg aku suka tapi memang tak tercapai akalku... rupanya, aku risaukan orang lain..

aku rindu kat Madi.. hurmm.. boleh la kata anak ikan aku.. huhu.. aku pun xtau sejak bila dia mendapat tempat yg sangat penting dalam hati aku. well, memang kami sentiasa sms tiap2 hari.. tapi.. beza umur 8 tahun beb! jadi aku xde la feel sangat.

madi ni berumur 20 thn pada 20/11/2009.. huhu.. muda kan? dia anak sulung dari 4 atau 5 beradik.. dia ada SPM je.. budak sekola teknik.. masa dia mula2 beria, aku pon nak tergelak gak. apa tak nye, sebaya anak murid aku beb! tapi aku layankan gak

madi ni berasal dari famili x berapa kaya. dia buat 3 kerja untuk dapatkan upah terkumpul dalam rm900 (rm400 tolong jual ayam goreng kat pasar malam, rm10 sehari tolong jaga gerai makan lepas balik dari pasar, n tolong ayahnya di kedai makan pada sebelah pagi). boleh x korang tolong kira, bila dia rehat agaknya? ye, hampir xde.. tiap malam, dia balik pukul 3 pagi. pagi hantar adik ke sekolah pastu terus ke kedai..

aku rasa, aku jadi kagum dengan dia sebab kesabaran dia ni la. sangat bersungguh2..

pernah sekali, dia x hubungi aku 3 hari.. aku sangat risau.. dah nak kol dia dah (aku sangat berkira dalam bab kredit ok.. hehe) tapi xsempat. dia kol aku dulu. aku dapat tau, dia masuk hospital sebab pengsan.. dia kena penyakit darah rendah..

sejak dari tu, aku risaukan dia. dah la dia memang pandai buat suara manja dengan aku! tapi, disebabkan jadual dia yang terlalu sibuk, kami memang selalu xdapat nak berbalas sms.. masa aku sms, dia sibuk keje.. masa dia lapang, aku dah lena..

hurmm.. aku menaip cerita tentang madi dengan tersenyum.. tapi perenggan ni, mata aku bergenang balik.. dah lebih sebulan aku x dengar cerita dari madi.. aku dah try kol banyak kali, xde respon.. aku bercadang hantar surat kat dia.. tapi baru last week aku pos surat tu.. tapi masih xde kabar berita

aku mengadu pasal dia (dan hal2 lain) dalam diari.. tapi xtau nape, bila aku baca pasal dia, aku mesti menangis. aku ingat aku menangis tentang hal lain. tapi tadi aku sedar, aku menangis kerana madi.

malah, masa baca yasin tadi pon aku terganggu sebab teringat kat dia. terus aku menangis dengan beria. huhu.. rasanya, esok gak aku pos lagi 1 surat tanya apa kabar dia.. aku harap semuanya ok.. aku harap sangat.. aku xnak pape jadi kat dia..

tolong doakan yg madi ok ye? aku x pernah la susah hati camni.. aku harap, ni mainan perasaan aku je.. tolong ye? aku sayang madi nih.. xkira la sebagai adik, kawan, orang yg layak dikagumi.. aku sayang dia.. aku xnak hilang dia gitu je

ahh!! maaf la sebab bazirkan masa korang dengan entry nih

kenangan terindah - samson

akhirnya, setelah penat berkompang secara solo, aku telah meletakkan kompang aku.. aku bercadang untuk berehat seketika dari arena bertepuk sebelah tangan.. kepada kompang, aku katakan yang aku hanya lepaskannya untuk seketika..

tapi hatiku berharap biarlah aku meletakkan kompang tu selama2nya.. kita cari kompang baru! hahaha!!! sedihkah aku? gembirakah aku? aku sendiri x pasti..

untuk kompang, aku tujukan lagu ini untukmu..

Tajuk: Kenangan Terindah
Penyanyi: Samson

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...

syed mokhtar al-bukhari


Aku dapat e-mel dari rakan aku tentang syed mokhtar untuk kita sama-sama kongsi cerita beliau…
Wallahhua'lam.


Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, TWS, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta - Proton Perdana


Sumbangan sosial
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula
Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

sedikit petikan dari beliau
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.


4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.


5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.


6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.


7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.


8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.


9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.


10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?


11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.


12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.


13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah


14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.


15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !


16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak


17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.


18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.


19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.


20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.


21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.


22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).


23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.


24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.


25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.


26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.


27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.


28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.


29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .


30. .....kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.


31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.


32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.


33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.


34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.


35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.


36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.


37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.


38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.


39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.


40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.


41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.


42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.


43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.


44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.


45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.


46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.


47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.


48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.


49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.


50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


Kepada anak-anak ibu;
" Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan"
(Surah Al-Kahfi: Ayat 46)

Rabu, 17 Februari 2010

bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi


betul ke statement tu? hurmm.. statement orang dulu.. mungkin zaman tu belom ada kompang atau persidangan parlimen. kenduri kawen pon setakat jamuan makan2 dan paling grand ada persembahan silat pulut.. xde perarakan pengantin dengan paluan kompang macam sekarang.

hakikatnya, bertepuk sebelah tangan tetap berbunyi. malah kalau ikutkan, bunyi yang terhasil lebih merdu daripada dua belah tangan yang bertepuk. kalau tak, takkan la kumpulan dikir barat, kumpulan nasyid semua beria memalu alat muzik masing2 kan?

kalau x caye, cuba tepuk apa2 menggunakan sebelah tangan korang.. ok x bunyi dia? pastu, try lak tepuk menggunakan kedua2 tangan korang. mana lagi merdu? bunyi bertepuk sebelah tangan, atau kedua2 belah tangan?

kalau gi parlimen pon, mana ada para wakil rakyat menepuk tangan? semua pakat tepuk meja. peraturan kot. aku xsure. tunggu aku jadi wakil rakyat untuk surekan boleh?

cuma, serius.. bertepuk sebelah tangan agak menyakitkan.. bunyinya merdu tapi sakitnya tidak dapat dikongsi.. hanya tangan yang bertepuk yang merasa.. kompang mana ada rasa apa2.. meja pon x rasa apa2.. apatah lagi nak berkongsi.. nyata2lah mereka itu benda bukan hidup.

berbanding dengan bertepuk menggunakan kedua belah tangan, sakit bertepuk tangan tu pasti dirasakan oleh keduanya.. betul x? bila dah sakit, pandai2 la sama2 kurangkan keberiaan bertepuk tampar.. ala2 slow motion gitu.. yang penting.. langkah seiringan (lagu exist)...

so, suka hati korang la nak bertepuk sebelah tangan atau 2 belah tangan.. bertepuk 2 belah tangan, x semesti merdu bunyinya tapi dua2 saling paham rasa yang dialami.. bertepuk sebelah tangan, mungkin lagi lemak merdu bunyinya.. tapi ready je la tangan tu merah sebab sakit.. tiap2 pilihan ada kelebihan dan kelemahan.

by the way, tolong jangan kompang or bergendang di meja makan or meja belajar.. x berkat ilmu dan rezeki org kata..

Selasa, 16 Februari 2010

di persimpangan dilema.. apa yang korang akan buat?


pernah x korang nak kan sesuatu tapi xleh dapat? nak sangat benda tu.. tapi tau, kalau korang dapat, lebih banyak konflik daripada xdapat.. tp mmg nk sangat...

misalnya, korang nak sangat belajar kt oversea.. peluang ada.. tinggal nk apply.. tapi kalau korang gi, xde sape nak jaga mak ayah korang.. dah la dorang dah tua..

or..

korang dipinang oleh keturunan diRaja.. mmg nak sangat... tapi nanti banyak la plak masalah.. korang nak adapt dengan adat.. korang dah xleh bersosial seperti biasa...

or..

macam kisah romeo n juliet.. juliet nak sangat kat romeo.. maklumlah kekasih hati.. tapi, kalau dia ikut kepala hotak dia tu, cane dia nk berhadapan dengan famili masing2 yang bermusuhan?

so, kalau korang dalam dilema yang begitu, apa tindakan korang? korang akan kejar impian korang, atau korang sanggup lepaskan je?

p/s: segala dilema di atas tiada kaitan dengan aku ok? sekadar contoh.. tapi jawapan boleh dijawab berdasarkan situasi.. aku ada masalah yang lebih kurang gitu.. tapi lain.. so, jawapan korang memang akan membantu aku

Khamis, 11 Februari 2010

kaunter pertanyaan kini dibuka!

(sori.. gambar pinjam jek..)


x lama lagi cuti... mak kata balik kampung ari ahad.. balik ke sini balik ari selasa. hurmm.. aku bukn jenis on9 kat kampung (ok.. aku pakai streamyx n atok aku xlanggan streamyx kat kampung.)

so, aku rasa, sepanjang aku xleh nak memblog, aku akan adakan sesi bertemu pelanggan (yoyo jek..siyes mcm bdn kerajaan kat putrajaya).

so, dalam masa sesi bertemu pelanggan nih, korang leh tanya apa jek korang nak.. gunakan ruangan komen untuk bertanya. sila letak nama pada tiap soalan. even kalau korang xde akaun google or blogger.com pon korang leh tulis nama.

nak tanya soalan apa? tanya je la pape yang patut, contohnya:
1- apa itu tepung protein tinggi?
2- apa warna kereta ko?
3- ko boleh makan nasik berapa pinggan?

insyaAllah, selagi soalan itu tidak memalukan, aku akan jawab... err.. jangan tanya yang susah2 ye.. aku bukan la bijak sangat pon

huhu... tanya la banyak2 eh? tanya tau... soalan senang.. soalan kanak2 pon aku layan

beberapa soalan (kalau tere, sila jawab dan tidak skip)

huhu... sekadar beberapa soalan

1- pada umur berapakah kita boleh mengeluarkan ayat2 jiwang dan org di sekeliling kita boleh menerimanya?
2- mana lagi dahsyat? lelaki/ perempuan yg merajuk? kenapa?
3- kenapa adik laki aku ni xreti2 nk balik umah? dah kul bape ni?
4- apakah karya shakespeare yg anda tahu atau suka? aku suka twelve night (baru tgk versi moden td kat tv2..amanda bynes berlakon tp xtau tajuk).. so sweet..

Selasa, 9 Februari 2010

mana lagi tempat aku nak luahkan perasaan?

hurmm.. kalau korang rasa sedih.. nak luah perasaan.. kat mana korang luahkan perasaan tu?

dulu, sebelum aku tau la dunia blog ni, aku biasanya meluahkan perasaan atas sehelai kertas. aku anggap aku tulis surat pada org yg aku nk luahkan perasaan aku tu. hasilnya, byk la surat x berpos kat umah aku ni... hehe... siyes.. bila dikemas balik seluruh pelosok rumah, mau lebih 10 pucuk surat mak aku jumpa. sakan..

bila dah tau tulis blog, aku cadang, blog ni la tempat aku meluah perasaan. dengan harapan, org asing yg membaca blog aku, leh menjadi tempat utk aku mengadu dan meminta pendapat. tapi aku ada 4 prob:
1- blog aku ni x cukup ramai pembaca
2- aku xrasa pembaca berminat nak membaca masalah2 aku
3- kawan2 aku ada yg baca blog ni
4- aku dah mula berkawan dngan pelawat blog ni

since aku dah xleh nk luahkan perasaan kat blog ni, aku beralih plak ke diari. dalam diari ni, aku anggap aku bercakap/bercerita/sms dgn orang yg aku nak tu.. aku luah semua yg aku x berani nak cakap dgn dia secara berdepan..

masalahnya sekarang, nak luah dalam diari pon xboleh. aku dah anggap yg aku betul2 bercakap dgn dia. dan ada benda yg aku xleh nk ckp depan dia. rasa malu.. rasa aku melampaui batas.. padahal, aku bukan betul2 cakap dgn org tu pon.. aku sekadar menulis di diari..

kalau dah dengan diari yg sepatutnya menjadi tempat aku luah perasaan pon aku nak berahsia, pada sape lagi aku harus luahkan semua rahsia aku tu?

mesti ada yg berkata, "mengadu pada Allah.." aku sentiasa mengadu pada Allah.. tp korang paham kan, kita tetap perlukan saluran lain juga utk meluahkan perasaan itu kan? terasa ingin berkongsi dengan seseorang.. tapi pada siapa kalau dengan diari pon aku dah xleh nak bercerita?

Isnin, 8 Februari 2010

kadang kala kita perlu melupa dan memaafkan


hidup memang akan memberi kita banyak pengalaman.. dan pengalaman sepatutnya banyak mengajar kita.. dan pengajaran yg kita terima, sepatutnya menjadikan kita lebih matang.. begitu la lumrah hidup.. kalau kita x putuskan rantaian itu, sepatutnya, pada suatu tahap, kita menjadi sangat matang berbanding diri kita suatu masa dahulu.

apa aje yg aku cakapkan nih? haha.. hurmm.. cane nk cakap ni ye? haha.. aku pasti akan perlukan masa yg sangat panjang untuk menyiapkan entry kali ni kerana kematangan bukan la kepakaran aku. cuma, aku terasa 2-3 menjak ni, aku lebih matang daripada sesetengah orang yg lebih dewasa dari aku (aku harap mereka x baca blog ni. takut mereka terasa hati)

hurmm.. aku pasti, setiap kita mesti pernah berjumpa dengan 1 orang yg kita sangat x suka. tapi kita xleh lari dr dia. kita kena hadap dia. berpura2 boleh menerima dia. sedangkan kat belakang dia, mmg kita kutuk la sakan. biasanya kawan keje la.. ada je yg x kena tentang dia. dia tu manusia bongkak ke.. mulut longkang ke.. batu api ke.. ada x? mesti ada kan?

apa agaknya yg menyebabkan kita xsuka dia ye? sejauh mana kebencian kita pd dia akan mengaburkan mata kita? sebab, walau sejahat mana pon dia, aku yakin, org yg kita benci sangat2 ni mesti ada juga kelebihan dia. cuma, kebencian kita pada dia menyebabkan kita xnampak atau xnak terima yg dia ada kelebihan.

aku kenal seorang ni.. mmg org x suka dia la. ramai x suka dia. so, apa je yg dia cakap, org akan anggap dia mengarut, or cakap ikut sedap, or dia saje nk tembak org. mungkin sebab dia mmg selalu buat camtu kot? tu yg org anggap, tiap kali dia cakap, mmg tu la tujuan dia. nak tunjuk yg dia bagus dan org lain x.

aku termasuk la dalam salah seorang yg xsuka dia (kan dah kata, aku mudah terpengaruh? hehe..). cuma, xtau nape, tiba hari ni, bila org bercakap yg buruk ttg dia, aku dah xnak campur. xbermakna yg aku dah suka dia, cuma, aku terfikir, yg manusia2 yg xsuka dia terlalu x suka dia, hinggakan semua benda yg dia ckp, org tolak. walaupon benda tu betul.

yup, mungkin nada seperti memerli. yup, nada dia seperti saje nak malukan org di depan org lain.. mmg tu pon sifat dia yg org xsuka selama ni. cuma, xtau nape, tadi aku terpikir, mungkin gak dia xde niat pon nak menyindir org. mmg tu yg dia nk cakap. dia bukan bersikap sinikal. dia cuma menyatakan kebenaran kerana mahu semua org tahun kebenaran (walaupon cara dia silap sbb mmg ramai org terasa dgn dia)

hari ni, buat pertama kalinya, hati aku membela orang ini. sebab aku terasa, kali ini, kesilapan bukan datang dari dirinya. sebaliknya datang daripada semua orang yg membencinya. mereka dah terlalu kabur dgn kemarahan mereka (maaf jika aku tersilap). mereka sentiasa mencari kesilapannya..

aku cuma terfikir, 'dah2 la.. cuba la melupakan dan memaafkan kesilapan dia.. semua kesilapan adalah disebabkan kebodohan.. jgn la menjadi bodoh kerana melayan kebodohan itu..sebaliknya, kita jadikan iktibar supaya kita x melakukan kebodohan yg sama'

aku xtau la kalau tajuk aku kena dgn isi yg aku nk sampaikan atau x. ataupun sama ada korang semua paham ke x apa yg aku cakap, cuma sekali lagi, jom la kita lupakan kemarahan kita pada org yg kita benci tu.. sbb rasanya dalam 10 benda yg dia cakap, mesti ada 1 atau 2 yg kita boleh pakai tapi kita tolak mentah2 semata2 sbb kita benci pada dia.

kalau dia buat salah lagi, kita marah dan benci dia balik k?

tanpa - 6ixth sense

lagu ni jadi ringtone henset aku.. xtau la.. suka sangat.. siap terikut gaya si adi menghentak2 kaki tu.. padahal mak aku kata mcm cacat je.. hehe.. sori adi.. tapi ko mmg kiut..

6ixth Sense - Tanpa

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu indah tapi..
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Chorus :

* Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…

(ulang chorus x2)

Kini benar-benarku rasakan
Dalam relung hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut
Takut.. aku jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

(ulang chorus x2)

haha.. baru aku perasan.. banyak gak part yg aku nyanyi syok sendiri je.. salah lirik sokmo.. anyway tanx kepada semua yg penah menulis lirik ini di youtube dan blog2.. aku study sakan lagu ni dgn bantuan korang

Ahad, 7 Februari 2010

Canon A 710 IS - part 3

tadi aku tunjukkan coklat cengkerang kan? kali ni nak tunjuk lak coklat salutan.. sangat mudah... beli wafer yg 4 segi tu pastu celup dalam coklat.. bezanya, coklat kami ni sedap sbb kami guna couverture coklat (rasa mcm coklat cadbury) sedangkan yg kita gunakan masa buat kuih raya ialah coklat compound.. coklat ini sangat mahal ye..

celup dalam coklat dan angkat guna garfu untuk meminimakan kesan sentuh pada coklat.. tolong jgn guna tangan.. oh.. toke coklat guna garfu khas..


biarkan coklat sejuk (perlu bilik ada aircond) dan membeku. sila letkkan coklat atas tracing paper. bila coklat dah beku, leh amik balik utk dilebur semula.. buat coklat ni kena cermat sbb coklat sangat mahal. rasa2nya paling murah, mau RM45/kg kot couverture coklat nih


hasil akhir.. yang berserabut tu mesti hasil tgn budak2 aku.. aku tau la.. yg nampak smart tu, hasil kerja toke coklat..

Canon A 710 IS- part 2

masih lagi dengan kamera Canon panitia.. tapi kali ni bukan makanan. sbb mak pesan byk kali.. jgn sekalikan benda makan dengan benda bukan makan.. kali ni aku amik apa je barang yg ada dekat dengan aku..


ni resit barang2 yang aku beli.. cakap la cantik.. aku suka sangat gambar ni. tu tulisan mak aku tu



ni adalah kerongsang aku. aku tangkap atas manual kamera.. jangan tanya nape.. tp aku suka gak gambar ni..



ok.. selingan.. ni adalah gambar telinga dan anting2 kak faridah.. aku tangkap gambar ni masa perhimpunan.. bosan..



ni henset aku.. haha.. nampak sgt xde pape nk buat ye? ni la akibat kalau terasing dr dunia luar..

Canon A710 IS - part 1

huhu.. kali ni aku nk tunjuk gmbr2 yg aku tangkap dan aku rasa gambar itu adalah cun.. tp, dah aku yg tgkp, jgn la harap ada muka aku ye..

gambar2 ni aku tangkap guna kamera panitia aku.. canon A710 IS... mahal kamera ni.. tp mmg berbaloi2 dengan hasilnya.. kalau aku mampu, mmg nak sambar gak la 1 kamera yg mahal sikit.


ini adalah gambar donat yang dibawa oleh seorang anak murid aku.. dia beli kat bakeri.. sakan.. makan donat besar sampai 2...



gambar ni ditangkap masa kami buat kursus coklat dgn toke coklat en. Yola. ni adalah gambar coklat cengkerang sebelum diisi dengan inti (filling).. licin je kan dia buat? ni namanya pro..



ni coklat cengkerang yang diisi dengan filling dia.. cuba teka apa inti coklat ni? haha.. durian ok.. durian.. sedap.. tp ni acuan yg lain la..




ok.. kedua2 ni adalah gambar coklat handmade (hasil akhir).. coklat cengkerang inti durian.. aku xsure sape yg buat.. budak atau en. yola.. tapi mmg sedap oo.... harga pon mahal kitorang jual.. RM5/3 biji. tapi sedap punya pasal, laku gak..

Sabtu, 6 Februari 2010

aku dan my girl.. lagi... hahaha

ok.. aku gitau awal2.. aku nk cerita pasal cerita my girl. kepada mana2 manusia yg x larat, sila jgn baca tajuk ini atau anda akan muntah hijau.. kalau nak gak baca, gi muntah siap2. aku xnak tanggung segala kerosakan akibat muntah hijau korang. harap maklum!



seol gong chan
fizikal:-tip top. kurus kering, hensem. tinggi kot. hehe
perangai (dalam cerita):- sangat baik. sayangkan keluarga. tabah. sangat menerima org tanpa buruk sangka, sopan,
kelemahan:- masa awek cakap dgn dia, suka sangat pandang tempat lain. mcm x heran dgn org yg tgh cakap. bad attitude!



joo yoo rin
fizikal: mmg comel ah ding dong!
perangai (dalam cerita):- gile2.. baik, sangat bijak mengambil kesempatan, penipu yang hebat, tabah, bijak.
keburukan: hurmm.. apa ek? x tetap iman kot? hehe.. kuat tipu.. susah nak cari kelemahan dia. sbb dia heroin. of course la almost perfect



seo jung woong
fizikal:- kiut.. mata sepet.. tapi kiut..
perangai (dalam cerita):- setia dan sangat sentiasa berada di sisi dgn yoo rin (untung ko yoo rin!), nakal, keazaman tinggi, tau bila masa nak lepaskan seseorang, xmudah kecil hati
kelemahan:- womanizer, degil, main2 masa keje



kim seo hyun
fizikal:- figure cun. muka biasa jek. hehe
perangai (dalam cerita):- sangat tekad nak capai sesuatu, tabah la kot, setia pada cinta tapi keje datang dulu.
keburukan:- sangat jarang pikir pasal orng lain (selfish), nak semua perhatian pada diri dia sahaja (self-centred), sangat kuat jeles, self service je x

gilak! mcm aku tul seo hyun tuh (kecuali figure cantik). wawawa... xsangka watak aku leh ada dalam drama korea. hebat gak aku nih

haha.. banyak nak kena baiki dalam diri ko ni rumaizah.. tu belum tambah keburukan ko sendiri.. aiyok!

aku yang cepat sentap!

percaya la bila aku kata, aku la antara manusia yang paling cepat sentap! tapi ada pelbagai level kesentapan itu. juga cara yg berbeza untuk aku bereaksi (terkedu, memek muka, suara, bahasa badan, kecik hati dll) atau membalas (dgn sengaja) terhadap perkara yang menyentapkan aku tu.

biasanya, aku akan cool di hadapan org yg buat aku sentap itu TETAPI huhu.. kalau itu adalah kes berat, maka aku akan ingat sampai bila2.. kalau sekadar gurauan atau keterlanjuran, aku sentsp jap je.. aku ni mmg RAM je byk.. lepas restart, ok la.. hard disk aku biasa guna utk benda2 yg lebih penting dan xsentap.

aku akan sentap kalau:
1- orang marah aku (jgn la marah.. aku dah tua.. tegur boleh la).
2- bila org tiba2 x layan aku (kecik hati seh.. xtau hujung pangkal).
3- bila org x layan aku seperti yg aku harapkan (huhu.. ok la.. aku manja. suka mengada2.. xsuka, bagitau. aku xkan mengada lagi. ok?)
4- bila orang kutuk aku.. depan2 org (habis, nak kutuk belakang orgkah?)
5- bila org yg aku nampak baik depan aku, tiba kutuk aku (kalau org tu aku xsuka or mmg selalu kutuk org, aku dah paham dah.. dia tu yg masalah sebenarnye)
6- bila org rejek aku (err.. bukan rejek jadi awek je ye. segala jenis rejek)
7- bila org tolak pendapat aku (aku tidak bodoh. so, tolong pertimbangkan segala yg aku kata.)
8- bila org keluarkan statement mcm dia lagi hebat dr aku or aku x sehebat dia (ye la.. ko hebat..)
9- bila org yg xkenal aku suruh aku diet!(kau nak aku diet, ko teman aku sekalik ok?)
10- bila aku angkat tgn nak bercakap tp org buat dunno (aku dah bersopan camtu, ko xnak layan.. haruskah aku bertempik begitu je?)
11- bila org potong baris tanpa gaya terdesak atau rasa bersalah (especially kalau minta kwn chupkan.. tensi aku!)
12- org malukan aku depan org ramai (ni utk kes berat. kalau sekadar dgn kwn2.. n tujuan bergurau, aku leh terima. kalau x..aku ada maruah ok! tolong jaga gak.)
13- bila org yg xkenal aku judge aku terlalu awal (gelojoh ke.. anak org asli ke.. xmalu ke.. sila kena aku dulu before ko decide kesantunan, keseganan serta keturunan aku ye!)

huhu.. the list never end.. baik kita tukar topik!

Jumaat, 5 Februari 2010

huhu.. perasaan seperti rojak..


jujur.. perasaan aku sekarang mmg bercampur baur..mcm rojak ni.. tapi xleh dimakan. kalau boleh, best gak


aku hepi sebab..
aku dah menemui cinta baru!! err... tolong jgn bayangkan aku bercinta ye! x mungkin aku dapat bercinta dlm masa yg singkat. bf pon x sempat jumpa.. tapi.. tu la.. aku dah jumpa org yg aku jatuh excited padanya.. dalam dunia maya ni.. tiap hari aku x sabar nk balik rumah sbb nk online. nak jumpa dia. dgn harapan la kan?(padahal dia xsedar pon aku wujud).. haha.. dapat lak ada org suka jadi mangkin.. aku pon suka la melayan.. hehe.. caye x, aku leh tersenyum masa buat kerja tadi sbb terfikir betapa excitednya aku ni? dah lama x beria seperti kanak2 sekola... seronok lagi rupanya.

aku sedih sebab..
hurmm... org yg aku suka. aku rasa, dia xsuka aku seperti mana aku suka dia.. mmg x boleh pon.. mmg x patot pon.. hurmm..

hurmm... nk solat jap. pastu mkn mi rebus smk pdg tembak (aku tapau semua ok!). sambil tu tgk my girl lagi.

anak tauke kantin..lagi!

minggu ni buat soalan percubaan kat SMK pdg tembak. dekat je dgn sekolah. patutnya buat berdua dgn kak borlena tapi mak mertua dia meninggal (innalillah..) dan dia terpaksa balik ke kampung. so, tinggal la aku terkontang kanting buat soalan.. huhu...

ada gak cikgu lain.. biasa la, cikgu MPVert dan cikgu2 ERT.. maybe sebab aku yg paling muda, atau sebab aku paling xgarang (ye ke? kat situ la kot. aku nak tengking sape kan?), maka, selalu la aku yang menjadi mangsa sakatan. err.. org lain pon selalu disakat. tp aku sering disakat utk 1 topik tetap - calon suami.. haha

kalau tahun lepas, masa kat smk puteri ampang, pn norlina suka sangat kenenkan aku dgn anak tauke kantin smk cheras (najib). tahun ni, mungkin sbb tahun baru, azam baru, maka, dia pon nak kenenkan aku dgn anak tauke kantin yg lain plak. anak tauke kantin smk pdg tembak le.. xkn sekolah aku plak kan?

yang bestnye, budak tu baru je 21.. aku ckp la bawah umur, xleh.. tp pn norlina gi tanya mcm2.. ada awek ke x.. dapat lak budak tu pon loyar buruk dan suka melayan.. ha kau, apa lagi...

so, maklumat yg pn norlina dah dapatkan utk aku:
nama: benjamin (err.. ye ke? aku x sure)
umur: 21.
awek: dah ada tapi bagus jugak kalau dia dapat mengumpul calon2nya.. (haha.. ko sama sengal dgn pn. norlina)
kerja: tolong ayah usahakan kantin..

so, bolehla dikatakan di sini, aku mmg akan sering dikenenkan dgn anak2 tauke kantin (adoi..).. tapi pn. Norlina tetap istiqamah nak kenen aku dgn najib (haha.. layan!!)

pape pon, aku lebih minat kat cikgu nsem yg pakai baju melayu lengkap (n blur gile bila buka bilik guru kanan dan mendapati bilik itu dipenuhi oleh perempuan yg dia x kenal). oh, so cute!! sape nama dia ek?

Khamis, 4 Februari 2010

aku, dia dan luka (siyes ini cerita tentang luka je)

(ini bukan jari aku. tp gmbr ni je aku berani amik. luka lain teruk sgt)


dalam citer my girl tadi, ada babak di mana hero merawat kaki heroin yg luka.. haha.. mmg cair la part tu.. korang mesti pelik, apa yg cairnya? there's nothing romantic about treating a wound..

haha.. caye la.. bila korang dirawat oleh org yg korang suka, mmg cair sesangat.. aku pernah melaluinya..

masa tu, kat kem.. giliran kumpulan kami yang memasak.. n aku mengaku, aku mmg xreti masak. mujur, group aku tu mmg bagus2 orgnye.. lelaki pandai masak belaka. aku xyah wat pape.. tolong pas brg je.. best kan?

kwn aku baru lepas goreng telur dadar. tah cane, aku dgn bengongnya telah memegang telur yg fresh2 dr kuali tu. apa lagi? ko! sentap tgn. aku kibas tgn dgn penuh perasaan. tup! terhantuk kat zink. luka...

dalam gak luka tu.. aku dah blur.. dah la aku ni mmg xleh tgk darah.. aku dah pucat... dalam keadaan kalut tu, dtg la sorang budak dlm group aku.. aku dah lama minat dia.. putih, kurus, tinggi.. x berapa hensem, atlet tenis, lorat, sengal (yg paling penting, dia layan aku dgn sgt baik).. dia dapatkan aku, cuci luka aku, sapu ubat dan pakaikan plaster.

uhuh.. aku bukan la org yg biasa dipegang oleh org yg xsama jantina.. tp sbb dah blur kan? kwn2 pompuan lak tiba2 mana pergi tah.. tiba, si dia yg aku minati pulak yg merawat aku. apa lagi? berbunga2 la hati aku masa tu.. siyes.. darjat dia dalam hati aku naik 8 tingkat serta-merta!

aku siyes terharu tgk dia rawat luka aku. aku rasa aku mmg x pikir pape waktu tu.. kosong.. kalau ada isi pon, penuh dgn dia je.. (chewah!!! jiwang x?) xde la.. aku x ingat pon.. yg pastinya, aku mmg cair la..

parut kat jari aku masih ada lagi. bukti betapa dalamnya luka akibat menghentak jari ke zink.. dia? dah kawin dah.. malah, sebelum kawin, dia dgn hepinya kenalkan aku dgn bakal isterinya (masa tu gf-bf la baru).. huhu.. betapa lelaki menganggap aku sgt comel seperti kanak2 ataupon sama seperti rakan lelaki mereka yg lain..

hurmm.. aku doakan ko hepi sentiasa.. lama xdengar cerita.. dah ada anak dah ke?

ahh!!!! susah hati lagik..

uh.. aku sedang susah hati.. sangat susah hati. rasanya kejap lagi aku kena cari diari untuk luah perasaan aku.. hurmm..

bila susah hati, biasanya aku akan tgk cerita my girl ni.. saje nk tgk seol gong chan. jgn tanya aku berapa kali aku dah ulang tgk cerita ni. aku dah x terbilang. dan cerita ni xpernah gagal buat aku tersenyum. masalahnya 1. cerita ni juga buat aku rasa sedih.. err.. aku mmg emo.. jadi, bila tgk cerita org yg emo2... memendam rasa ni, aku akn turut emo bersama pelakon.

tambahan pula, aku sendiri paham apa rasanya menyukai org dalam diam tanpa org tu sedar. bezanya, pelakon tu bersedih dlm set je.. kat luar dia hepi.. n dia dibayar utk bersedih. aku? makan hati sorang2 la.. sape nk layan ko susah hati rumaizah?

hurmm.. cerita my girl ni, klu dh tgk, mesti xleh stop.. nk sambung punya sampai habis,, td baru cd 5 (aku skip cd 1-4) ada lg 11 episod.. haha.. hampir 12 jam la perasaan aku yg mmg bercelaru ni akn emo.. dimangkin oleh cerita ni..

kan best kalau aku dapat seol gong chan? ada sesapa nk jadi seol gong chan aku x?

p/s: hensem gong chan kan? tp dlm citer lain dia x hensem sgt pon. citer ni je dia mmg gorgeous (wah!! dah lama x guna perkataan gorgeous ini. kali terakhir adalah 1997)...

aku jual semua.. kucing je x

(xpernah lagi berlaku)


harini aku bawa tudung ke tempat mesy.. syytt... jgn cakap kuat2.. kena marah kang.. bukan aku pon yg nak menjual (ye la tu) sbb tudung tu aku bawa utk kwn2 kat tempat keje..

apa yg aku jual? kuih frozen... tudung.. brooch.. baju.. avon.. vitagen.. cadar.. tu je kot kan? hehe.. so, sape rasa aku suka bisnes sila angkat tangan! tinggi2!

aku sebenarnye xde la minat sangat pon bisnes ni.. caye la.. x minat pon.. korang ingat, best ke, nk keluar duit beli barang.. layan kerenah org nk itu nk ini.. dan disebabkan aku jual face-to-face, mcm2 la permintaan.. nak besar, nk kecik, nk biru, nak purple, nak bayar masa dapat gaji... mcm2 la nak nye.

cuma 1 je yg menyebabkan aku menjual semua benda ni. aku dan mak aku mmg sangat suka shopping dan selalu rambang mata! ye, itu la hakikat sebenar! kami suka shopping! tapi kami xsuka memiliki barang yg kami beli itu kerana kami tahu kami xkan pakai pon sudahnya.. dah la rambang mata! semua nk diambilnya.

jadi, jalan mudah, jual! sebab tu la aku jual semua barang tu.. siyes, mmg enjoy tul masa membeli.. tunjuk je nak mana. xyah sekat2.. pilih yg cantik2.. dgn harapan orang berkenan (hakikatnya, taste mak aku je yg ok. taste aku hancur!)

kalau xlaku, kami akan tukar dgn warna or design yg org request. percaya la.. leceh sebenarnye.. tapi disebabkan kami ni mmg suka shopping, benda2 gitu nampak kecik je..

so, jgn la kata aku suka bisnes lagi eh? tolong eh? aku segan la.. aku xreti bisnes pon..

tp mmg la.. seronok betul tengok bila bisnes datangkan hasil.. sape yg x suka duit kan? keperluan tuh!

Rabu, 3 Februari 2010

kini aku tidak menyanjungmu lagi!


aku dah dislink kan (ada kah perkataan itu?) blog ini dari fb ku.. kenapa? aku xnk dah kwn2 aku dtg ke blog ni.. hurmm.. bukan xnk.. tp aku takut kalau ada post yg aku terkomen pasal mereka dan mereka membacanya, jadi isu pulak nnti..

kerana... ye.. kerana aku nk komen ttg org yg aku kenal.. org yg jadi rakan aku.. rakan di fb dan luar fb.

pernah dulu, aku menghormatinya dia (mereka).. dia (mereka) mmg orang yg baik.. walaupun mulut laser, tapi biasa la.. kami semua mulut laser.. jadi, perkara itu x menjadi kudis langsung bagi aku.. sekali lagi.. dia (mereka) baik orangnye.. dan cekap serta bagus dalam melakukan sesuatu kerja.

dia (mereka) juga dihormati kerana ketangkasan dia (mereka) membuat kerja. dia (mereka) disenangi semua. termasuk juga aku.

tetapi, bila berlaku sesuatu perselisihan (pertembungan?), dia (mereka) sudah tidak sehaluan lagi dgn 1 rakan dia (mereka). rakan yg pernah menjadi tempat dia (mereka) meminta tolong bila perlu. aku malas nak cerita apa perselisihan (pertembungan) tersebut.. terlalu berjela.. dan bukan juga urusanku..

cuma, yg aku kesalkan adalah apabila dia (mereka) menjadikan facebook (yang ditatapi semua) sebagai medan utk dia (mereka) mengutuk rakan dia (mereka) itu.. sungguh aku tersentak setiap kali aku membaca post dia (mereka) di situ.

apakah tidak cukup lagi dia (mereka) mengutuk bekas rakan mereka itu setiap masa? perlukah dia (mereka) mengaibkan bekas rakan dia (mereka) itu di khalayak semua? walaupun diakui dia (mereka) tidak menyebut nama. tapi bagi aku benda itu sangat jelas kelihatannya.

bekas rakan dia (mereka) baru2 ini dilanda petaka. ahli keluarganya sakit hingga terlantar di hospital. tetapi dia (mereka) tidak percaya. dari seseorang, aku mendapat tahu yg dia (mereka) pernah ditipu dengan senario yg sama oleh bekas rakan dia (mereka) itu.. oleh itu, tidak mudah bagi dia (mereka) untuk percaya.

begitu beria dia (mereka) cuba membuktikan kepalsuan berita dari bekas rakan dia (mereka) itu. sehingga tergamak la mereka memeriksa di hospital semata2 untuk membuktikan yg bekas rakan dia (mereka) itu seorang pendusta!

malah, dia(mereka) turut menulis di FB
"macam mana ada orang tergamak doakan yg buruk2 terhadap keluarga sendiri semata2 utk mendapat simpati org lain?"

ye.. aku xkan lupa ayat itu.. mungkin strukturnya tidak tepat, tapi itulah ayatnye..

hari ini, ahli keluarga bekas rakan dia (mereka) yang sakit itu telah meninggal dunia. innalillah.. moga dipermudahkan hitungan buatnye.. dan aku tertunggu2.. apakah pula respon dia (mereka) setelah mengetahui perkara ini?

puaskah hati kau (kalian)? sudah tebukti bukan, yg dia (bekas rakan kamu) bukanlah seorang pendusta! adakah kau (kalian) akan menjilat semula semua ludah kau (kalian) itu?

nampaknya aku tersilap. kematian juga xdapat melembutkan hati dia (mereka) itu.. dia (mereka) telah menulis ini di fb..

"manusia ini kekadang lupe untuk menghargai seseorang sehinggalah seseorang itu hilang atau pergi yang xkn kembali...justeru itu wahai mbe2 di fb ni..hargailah setiap insan yang ada disisi anda..."

ah.. ternyata aku telah tersilap. tersilap besar! rupanya masih ada ruang untuk dia (mereka) mengungkit salah bekas rakan dia (mereka) itu.

maafkan aku.. hormatku pada kau (kalian) sangat surut kini. aku xkan menafikan segala kebaikan kau (kalian). tetapi hormatku mula terhakis pada hari kau (kalian) memburukkan dia secara terang di fb. makin terhakis apabila kamu tetap tidak mahu mengaku bersalah meragui dia. sebaliknya mengucapkan kata2 itu pula.

maafkan aku. aku juga manusia seperti kau (kalian) amat penting bagi aku untuk mempunyai pendirian sendiri dan bukan sekadar ikut-ikutan orang lain.. kita masih boleh berkawan.. tapi janganlah diharap aku akan begitu menyanjung kau (kalian) seperti mana aku pernah menyanjung kau (kalian) dahulu..