KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 28 September 2009

nape aku jaki sangat dgn laki?

x la selalu.. kadang2 je..tapi aku xkira.. nyampah gak

1- semalam aku chat kat yahoo chatroom..aku tegur sorang guy ni agar xguna bahasa xsenonoh.. lepas bertekak beberapa ketika, dia kick aku..apa dia ingat dia dapat kick aku, dia hebat? boleh blah la lu

2- sometimes, aku rasa, laki ni sgt selfish.. selalu selfish.. nak kita je paham dia.. dia bz.. dia itu.. dia ini.. cuba kalau aku yg xbalas sms dia.. huh!

3- kwn aku, baru je frust dgn laki.. kwn bagai nk rak, selalu buat kwn aku keluar teman dia buat mcm2, alih2 nk kawin org lain.. alasan x serasi. woi.. klu ko xserasi dgn dia, jgn suruh dia teman ko makan.. jgn susahkan anak dara org

4- if ada pape, laki selalu tuduh pompuan ego.. padahal.. ko laki, ko la mulakan. kang klu pompuan lebih2, korang kata beria x ingat. x reti bertenang..

5- kalau gi kat chatroom, aku bnci betul tgk nick2 yg tah hape2.. x cukup dgn tu, nk tunjuk gersang kat room buat announcement bangang x tentu hala.. sib baik ada org nk tolong banned dia

6- pada lelaki, pompuan bawa kereta lembab.. ada betulnye tapi x perlu la ko buli pompuan yg bawa keta.. menyelit lane x bagi signal.. masuk tiba2.. xnk bagi ruang bila minta.. cuba kalau pompuan buat kat dia, tobat kena hon. bila laki gak yg buat, lek je

huhu.. byk lg tp tu je yg aku leh tulis.. ada isu, sensitif sikit, xleh aku sentuh.. tapi mmg la.. biasanya kalau laki n pompuan, laki ni lagi selfish.. nk pompuan paham semua apa dia buat.. kalau pompuan lak minta bnda yg sama, dia kata ngade2.. ahh!!!

p/s: aku x la anti lelaki.. aku masih suka lelaki tapi kdg2, mmg aku jaki dgn sikap dorang tu..

10 fakta menarik (part 3)

1- Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

2- Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

3- Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

4- Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.

5- Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.

6- Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

7- Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.

8- Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.

9- Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.

10- Beberapa negara di dunia diambil nama tokoh. Negara-negara tersebut adalah - Bolivia, diambil dari nama Simon Bolivar; Colombia diambil dari nama Christopher Columbus, Nicaragua diambil dari nama kepala suku Nicarao, Liechtenstein diambil dari nama Johann von Liechtenstein, Saudi Arabia diambil dari nama Raja Saud, dan Filipina diambil dari nama Raja Phillip. Amerika Syarikat pun namanya diambil dari nama seseorang, iaitu nama penjelajah Amerigo Vespucci.

Ahad, 27 September 2009

siput kat lampu merah

aku dah kata dah.. aku mmg xleh pay attention kat sesuatu keje.. nk kata ada penyakit hyperactive, x gak... selalunya hypoactive ada la.. tapi aku mmg jenis xleh bagi tumpuan lama kat satu2 perkara...

1 je yg aku suka... pergi kelas, dengar apa cikgu ajar, dgn syarat, aku ada nota yg dh siap, tinggal aku nk jot down point tambahan je.. kalau x, aku jenuh nak menulis apa org tu ckp.. aku xsuka..

hakikatnye, aku dah tinggalkan zaman sekolah.. skrg, aku lak jadi cikgu.. haha.. sori la cikgu... dulu saya mmg xsuka hantar buku latihan.. saya mmg malas menulis... tiba sekarang, saya kena tanda buku budak.. boring2...

nasib baik ada lagu2 soundtrack my girl.. ceria sikit hidup aku...oh.. seol gong chan...

caye x kalau aku kata, aku baru siap lg 2 kertas..?? argh!!! benci....

10 fakta menarik (part 2)

1- Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

2- Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

3- Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

4- Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

5- Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Academy of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya.

6- Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

7- Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.

8- Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

9- Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

10- Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

hidupku lembab mcm siput

kadang2, aku ras aku yg sgt boring... aku boleh lepak kat umah selama berbulan2 tanpa rasa boing.. ye la.. ada tv, ada internet, cukup la kan?

tapi, kadang2, aku rasa aku sangat x tahan bosan.. aku suka buat benda yg boleh buat aku leka.. ala... cuci mesin... cungkil sana..cungkil sini.. jadi tikus membaiki labu.. tapi aku xde pilihan sekarang.. aku dah pilih keje yg boring dan kena teruskan.. aku terlalu takut nk berhenti dari keje yg boring tapi stabil ni...(aku kena akui tu)

esok dah mula sekolah, so, skrg aku tgh tanda kertas exam budak2 ni ha.. adeh.. 2 hari.. aku baru tanda 6.. nak kena kejar dgn teoh kot baru aku leh tanda dengan kepantasan maksimum.. macam la budak2 tu kisah dgn markah dorang..hurmm..

selalu aku terfikir.. sanggup ke aku nk lalui bnda ni lagi 29 thn? pergh.. lama giler tu.. baru 3 thn pon aku dah x thn.. rasa nk cari enviroment lain.. aku x thn dgn kertas2 dan fail yg sangat byk ni..ada ke patut, aku org yg x organise ni kena jaga fail? nape la aku xmcm kwn2 aku yg lain.. ada ketua panitia lain walaupon x sama subjek? haha.. mcm la aku leh buat benda lain lebih baik.. tapi siyes aku boring.. perjalanan gi balik sekolah pn aku dah boring..

kalau la aku dapat sekolah yg dekat dgn rumah.. jalan kaki je sampai.. kan best? kalau la aku ajar sekolah rendah..(sk taman tasik to be specific) mesti best.. ni x.. balik2 nk gk performance budak.. boring la.

tu baru pasal keje.. belum pasal lain lagi.. arghh... nape la terasa slow sangat hidup ni... lama lagi tu nak hadap..(berhati2 rumaizah.. mungkin jap lagi je tarikh luput ko sebenarnye.. ko xtau..)

k la.. kurangkan merengek.. pape pon, aku kena bersyukur sebab ramai lagi org lain yg dahagakan jawatan aku ni sekarang.. ampunkan aku ya Allah.. suka sangat merengek x tentu hala..

cut the crap! ada sape2 nk tolong tanda kertas utk aku x?

Sabtu, 26 September 2009

10 fakta menarik (part 1)

1- Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

2- Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

3- Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

4- Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

5- Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.

6- Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

7- Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

8- Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.

9- Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

10- Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

utk awk..(dr aku yg pemalu)

dah lama aku simpan benda ni kat dalam pc aku..
tah la nape.. mungkin sebab mcm aku kot.. hanya berani minat org dalam diam..

baca la...


Awak
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang perli dan kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
jadik you can always count on me

Awak
Hari ni awak nampak cute
Semo orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal Nak gak puji sekuat hati

Awak
Hari ni awak senyum kat saye
Tapi saya buat2 tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan...
Nak elak dari kawan2 saya perasan

Awak
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi Awak jalan depan saya
Jadik Senyum pun tak guna
Kalau nk lambai lg apa guna

Awak
Hari ni awak datang kelas saya
Tapi Saya buat bodoh ajer
Padahal Bumi nie raser cam dah tak cukup graviti
Rasa cam nak hilang lari bawa diri

Awak
Hari ni
awak tego saya
Tapi Saya buat2 pekak
Bukan jual mahal, saya tak layak
Sebab Nak elak daripada tak boley berenti
Borak

Awak
Hari ni saya tego awak
Tapi Saya tego awak dalam hati
Jadik Awak tak penah dengar all THE GOOD LUCK
AND TAKE CARE hari2

Awak
Hari ni awak ejek saya lagi
Saya pura2 marah tapi dlm hati
Tak kisah awak ejek saya hari2
Kalau tu blh buat awak happy

Awak
Hari ni kita duduk semeje
Saya depan awak ,awak depan saya
Tapi Raser cam jauh giler
Padahal Tak sampai sedepa

Awak
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadik Saya blah mcm tu ajer

Awak
Hari ni berubah situasi
Tapi Saya still kat sini
Padahal Dah kosong tak berisi
Pikiran kat sana, badan je kat sini

Awak
Hari ni saya tls sms kat awak lagi
tapi saya rasa
malu nak sending
jadi saya simpan dlm outbox sendiri
boleh saya baca hari2

Awak
Hari ni saya rasa rindu
Tapi saya taknak ngaku,
Padahal saya check handset tiap2 waktu,
Kot ada msg from you,

Awak,
Hari ni semuorang kutuk diri ni,
tapi skt pun saya tak amik peduli,
Tapi bila awak pun join sekaki,
Saya rasa sedih tak terperi,

Awak,
Hari ni saya lalu depan rumah awak,
Tapi saya tak nampak pn kelibat awak,
saya pandang bumbung pun jadi,
kurang skt rindu di hati

Awak,
hari ni awak puji kawan saya,
Semua baik takde yang cela,
Tapi kenapa bila saya,
Awak pandang takde mata

Awak,
Hari ni saya risau pasal awak,
siang malam doakan keselamatan awak,
padahal saya sikitpun awak tak ingat,
Kenapa la saya nak buang keringat

Awak,
hari ni saya pandang awak curi2,
sbb nak ckp berdua tak ckp berani,
dlm hati doa awak sedari,
apa yg terpendam dlm hati

Awak,
hari ni awak
cerita pasal gadis tu lagi,
saya buat2 dgr tapi dlm hati
rasa cam nak lempang aje tuan punya diri
awak tak tau ke saya terasa hati!

Awak,
hari tu saya benci sangat kat awak,
tapi hari ni saya suka sangat kat awak,
sbb saya tak boleh nak lupakan awak,
ingat kat awak awak awak awak

Awak
Hari ni saya nampak awak lagi
Tapi Awak tak macam dulu lagi
Jadik Saya terdiam sendiri
taktau nak buat apa lagi

Awak
Hari ni saya dah janji..nak pergi
ikutkan hati, memang nak pergi
Tapi Tak tau kenape tak boleh pegi

Awak
Hari ni saya menyesal ade ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadik Nak tak nak terpakse sendiri

Awak
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh kat sini
awak focus kat handset sendiri

Awak
hari ni saya tgk gambar kiter senyum
tapi gambar tinggal gambar
nak buang sayang
nak simpan sedih

Awak
besok antare kita
ader
"balai berlepas"
besok...tak da besok untuk saya
besok jugak...tak de besok untuk awak

Awak
semoge satu hari nanti
saya menginsafi diri
tak nak ada ego tinggi lagi
buat merana sorang diri
buat saya sakit hati

Awak
kalau nanti awak dh ada si dia di sisi
jgn awak tunjuk tuan punya diri
sbb confirm saya akan makan hati..
Adui..melepaslah lagi (-_-)

Awak
sebelum saya pergi
hari ni..kat sini
saya janji semua ni untuk awak...
Sebab kenal awak anugerah terindah penah saye
miliki....

TERIMA KASIH AWAK..........

Khamis, 24 September 2009

baru aku tau...

selamat hari raya kepada semua..

hurm.. apa yg aku tau masa raya ni?

yang aku tau...
1- aku sgt gemuk smpai dalam gmbr hanya nampak aku je..
2- birthday ayah atuk 24/12/1928 (81 thn)
3- jangan makan kupang terlalu byk.. boleh jadi CB..
4- aku mmg xreti main game. dengan iman yg umur 6thn pon aku kalah
5- aku ni pemalu.. huhuhu...
6- aku xleh dekat dgn kuih tat. nnti kuih tu cepat habis
7- serius astro suka ulang tayang cerita yg sama
8- aku xkenal sgt artis2 AF banding dgn org lain
9- elakkan bagi aku nasi panas, ikan goreng (especially ikan mahal) dan kicap. sia2 je aku diet..
10- aku mmg kakak sepupu yg digeruni semua kanak2 berusia 6 thn ke bawah
11- aku mmg xsuka cerita hantu..

Ahad, 13 September 2009

me.. this week (selasa)

kuar umah kul 6.45.. bawa xlebih dr 60km/j.. pernah gak capai 63.. aku slow balik.. haha..skema..

giler.. tertekan je rasa. dalam aku bawa slow tu, ada gak yg lagi slow dr aku.. meter minyak dah nak sampai E. so, sampai je sekolah, aku akan isi minyak.. pastu balik nnti amik tayar.. aku dah plan segala2nya dalam otak aku..

sampai je petronas, aku tengok semua kereta beratur.. akhirnya sampai giliran aku.. tiba, bila aku dah park keta aku, aku tgk, wallet aku xde pon dalam beg.. argh!! tension! aku keluar balik dari petronas.. nak kena pinjam duit mak la ni..

sampai sekolah, aku dapati, henfon aku tertinggal. yg ada hanya henfon yg xde kredit.. adoi!! aku bagitau kat kak lin.. kak lin hulur rm10.. "kira tolak hutang ye?" of course kak lin.. tq sangat.. di kala saya sangat memerlukan.. takut je kereta mati tgh jalan..

masa balik, aku singgah opis mak. dengan muka tebalnye, aku pinjam rm200.. harap2 cukup la.. sekali, bila gi bengkel, rim aje dah rm100.. rima kemik n retak.. so, dorang kena weld balik. tayar pon xleh pakai. tapi disebabkan xde duit, aku minta tangguh tukar tayar. org bengkel bagi aku tayar 2nd hand utk sementara waktu..eh, mcm kenal je tayar tu? tu la tayar yg aku tukar 2 minggu lalu.. heheh...

so, kena berkira2.. nk tukar tayar baru ke x? hai.. baru 2 minggu tayar baru ni.. dah pecah pulak..

tips mengorat lelaki..

susahnye la nk ngorat laki ni... patut la aku x pernah try.. tq en. rosli..

  • Sentiasa tersenyum dan jngan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan sidia.
  • Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda
  • Berwatakan menarik(Persenoliti yang mampu mengugat hatinya)
  • Jujur dan sentiasa merendah diri
  • Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
  • Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu)
  • Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut
  • Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati
  • Jangan terlalu mengongkong
  • Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahaui seprti mata dan tangan
  • Jaga cara pemakaian anda,sekdi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati
  • Sering memberikan kad ucapan buat sidia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
  • Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  • Apabila berhadapan dengan lalaki yang kamu minati,renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu.Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  • Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka
  • Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  • Tidak mudah purus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  • Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  • Jangan bandingkan'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali
  • Mnjadi temannya ketika dia susah dan senang
  • lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang
  • yang paling penting lalki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik
  • Bunyi derapan ksut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki
  • Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal
  • Mengetahui bila hari lahirnya
  • Menghormati dirinya,keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya
  • bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku.Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan
  • Agresif
  • Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya..Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama
  • Jangan terlalu bersikap'kelakian' dan ganas dalam perbualan
  • Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna
  • Jangan perasan bahawa kamu memnpunyai paras rupa yang jelita.
  • Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  • Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan
  • Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  • KETAHUILAH MEREKA INI ADALAH GOLONGAN YANG TERLALU SENSITIF DAN SUKA AKAN KELEMBUTAN APATAH LAGI DARI SEORANG GADIS
  • Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  • lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit.Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
  • Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata,punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  • Jangan bersikap terlalu kuno
  • Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja.Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  • Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan,kejujuran dan tingkah laku yang bersopan - santun
  • lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama
  • Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan
  • Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada
  • Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati
  • Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang
  • Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi
  • Tidak terlalu meminya dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  • Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Sabtu, 12 September 2009

me.. this week (isnin)

aku lambat.. rasa mcm nak salahkan semua.. ayah yg pakai keta aku gi surau.. polis yg buat road block sampai jln 3 lane jadi 1 lane.. semua aku nk salahkan.. sampai kat jalan ampang, kereta dah beratur panjang.. adeh.. nyesal x amik akleh (salahkan diri sendiri plak)..

tgk jam, lagi berapa minit je.. terus aku pecut kat flyover jln tun razak sebelah ampang park.. duk! arghh... masuk lubang.. tapi nak kejar gak punch card.. lantak.. pecut.. tapi.. sampai habis fly over pon ok lagi.. tapi bila kat jln, terasa rasa mcm kereta ni sway ke kiri.. alamak.. pancit la ni.. adeh.. xpe la.. gi sekolah je la... sampai sekolah, tgk2 mmg pancit.. n rim kemik.. minta tolong salma ajr camne nak tukar tayar.. dia pernah ada pengalaman.. salma tolong jek kereta, aku tukar tayar tapi tayar spare pon xde angin..tq salma... aku xkan mampu buat kalau ko x tolong aku

pastu, aku ajak salma gi ke shell isi angin.. balik ke sekolah.. dapat tau, laptop pembantu makmal sains dicuri.. org tu terlepas sbb pintu dibuka masa aku balik dr shell.. adeh...

bila tanya kak zira, selamat x balik dengan tayar tu, kak zira kata boleh tapi kena bawa slow.. ok.. aku janji akan bawa 60km/j je...

x sangka, sangat la terseksa bawa kereta 60km/j ni... rasa penat gile.. n aku leh rasa muka aku sangat tegang- takut tayar tercabut.. n so on..semuanya bermain kat otak aku ni..

sampai bengkel, aku buat muka sedih, semua org kat situ kata, teruk tayar aku kerjakan. huhu... aku kata, nak buat cane, sbb nk x nk, kena hantar bengkel gak.. aku pulang ke rumah dgn tayar spare..

bila gitau mak, mak kata sku patutnya minta org tu ketatkan nat tyr tu... dah camni, kena la bawa keta slow2... hurmm.. kena gi sekolah awal la gamaknye esok.

sekali lg.. tq salma...

malam ni lailatulqadar?

Menurut Junjungan besar Nabi Muhammad, Lailatul Qadar berlaku pada salah satu malam (hari ganjil) pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan.


Petua Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar


jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

1- ahad/rabu- lailatulqadar dijangka pada malam 29 Ramadhan


2- isnin- lailatulqadar dijangka pada malam 21 Ramadhan


3- selasa/ jumaat- lailatulqadar dijangka pada malam 27 ramadhan


4- khamis- lailatulqadar dijangka pada malam 25 ramadhan


5- Sabtu- lailatulqadar dijangka pada malam 23 ramadhan


Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar tahun ini jatuh pada malam ke 23 ramadhan (malam ni).


Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!


Tanda malam Qadar ialah :

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Jumaat, 4 September 2009

aku dan mereka

tgh hari td dapat sms dr della... something about gathering n buka puasa n sambut birthday org.. budak laki sekolah menengah aku...

honestly, aku lom lupa.. maybe xkan lupa apa yg dorang buat pd aku dulu. sorry.. maybe ada org kata tu kisah lama.. dorang semua dah matang.. dah berubah.. yup, mungkin aku yg masih di takuk lama.. susah nk lepas bnda dulu.. mungkin aku yg xberubah. xmatang. ini membuatkan aku berfikir 2x tentang aktiviti tu walaupon diadakan dkt area ampg ni je..

balik, aku tgk facebook.. aku gi la ke page di mana dorang letak gmbr masa form 5... baca komen gmbr kelas aku.. konfem, aku xkn gi gathering..

sorry.. utk org yg xknal aku, biar aku gitau. aku adalah manusia yg ada akaun hampir di semua internet social network. tp aku xkn add org kerana aku xtau apa tanggapan org tu pd aku.. tah2 aku je yg suka kat dia tp dia xsuka lgsung ada kaitan dgn aku.. tu je sbbnye.. bukan sbb berlagak.. aku takut direjek. dah penat.

aku juga bukan la jenis yg susah nk buang org once aku dah buat keputusan.. bukan apa.. cuma, kdg kala tu ada gak la terasa hati bila jd kwn aku tp xpernah tegur aku.. helo.. tujuan org tmbh kwn dlm social network tu adalah utk keep in touch dgn kwn lama.. klu ko x anggap aku kwn, rasa aku hina sgt nk jd kwn ko.. ko xnk tau pasal aku, watpe add?

so, aku buang semua nama budak laki sekolah aku dr fren list aku. xpe. xluak pon.. kami xpernah ada kaitan...

selamat menyambut bulan ramadhan.. maaf zahir batin