KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 30 Mac 2009

earth hour 2009

ok.. aku ada pengakuan. umah aku x la bergelap selama 1 jam. dalam 45-50 minit je... mula lambat sbb cari lilin n abis awal sbb ayah dah balik dr surau... tapi aku bangga sbb kami tutup most switch..yg x tutup cuma cajer mak aku n peti sejuk..kami tutup kipas n tv jugak tuh...syabbas mere bete!!

hurmm...aku rasa, kempen ni leh diperhebatkan lagi thn dpn...semua stesen tv n radio patut jgn ada siaran pon waktu tu. termasuk la astro. ini utk memastikan lebih byk tv ditutup. ala..tangguh jap la AF tu...apa sgt la rugi duit klu banding dgn kehilangan alam ni? kita cari duit byk2 pon utk keturunan kita gak. tapi, klu xde alam, dorang pon xde...korang kaitkan la sendiri ayat tu.

selain daripada program earth hour tu, byk lg cara kita leh buat utk lindung alam sekitar..

kita mula dengan kertas. jangan beli lagi sebarang buku catatan (budak2 sekolah wajib ye beli buku latihan untuk buat keje sekolah!)..aku sendiri tah baper byk buku nota ada tak terpakai2..gunakan sampai abis baru beli lagi ye! kalau print, try la buat dpn belakang..kurangkan aktiviti tampal menampal...kalau nak buat backdrop, buat cantik2 buna kain. dah habis pakai, simpan, leh recycle thn depan..

pastu minyak..bukan niat nk kedekut taik hidung masin ye sahabat..pastikan tayar korang cukup angin (esok aku pon kena check) utk mengelakkan pembaziran bahan bakar. kalau leh, maintain bawa keta tu dalam 80 km/j je...jgn rempit2...kalau waktu pagi tu, xyah la pasang air cond..tapi kalau cermin tu berkabus, pasang la kejap...klu leh kongsi, kongsi la kenderaan..xbek membazir...

kalau di jepun, tiap kali nak buang sampah, dorang asingkan sampah leh recycle, xleh recycle n organik..(kalau x silap la..)try buat gitu..

byk lagi yg leh kita buat..aku sendiri xterbuat semua tapi yang jimat kertas n minyak tu mmg aku buat la..aku rasa rugi sgt nk tebang pokok semata2 kerana ada org suka membazir kertas..

harap tahun depan makin ramai yg join earth hour ni...sekali lagi, aku cadangkan agar semua stesen tv, radio, pusat membeli belah dll, mari kita matikan suis ramai (lampu trafik n lampu jln jgn la..bahaya...) pastu kita dok kat luar ramai2 tgk bintang...ok x?

Jumaat, 20 Mac 2009

malam ni aku akan dengar taklimat MLM

MLM...

tadi aku jumpa org yg sgt xsuka MLM. malam ni lak, aku akan jumpa org yg sgt percaye dgn MLM...aku sendiri mcm mana?

aku sebenarnya mmg xsuka MLM ni tapi ada jugak yg ok sebenarnye..so, kalau org dtg kat aku, akan mintak dorang:
1st- tell me ur company name (saje nak tau pernah dgr ke x nama company tu)
2nd- u tell me ur product n the product price (aku nak tau sama ada produk tu leh caye ke x..kalau leh caye, nak gak tau, org mampu milik ke x)
3rd- aku akan tanya, kena cari org ke (of course la..nama pon MLM..tapi aku tanya gak sbb aku mmg xsuka pengaruh org utk join)
4th- aku akan tanya, kalau aku xleh cari org, camne? (sia2 la klu masuk pastu xdapat cari org, xdapat income langsung. modal dah kuar)
5th- berapa modal?(lebih je rm300, aku lemau..hehehe)

org MLM ni, ada beberapa jenis la yg aku dah jumpa..
masa belajar dulu, kwn aku gak la..join la MLM...modal besar tuh..tapi aku x ingat. n kalau dia dah capai sesuatu tahap, dia leh dapat income bulanan 3k...well....dia dah dapat n dia dah gi melancong pon atas jasa baik syarikat tu n hasil usaha dia..tapi, sebelum dia leh kaya tu, dia kena beli produk syarikat tu tiap bulan sebanyak rm300. kenapa? supaya upline dia leh dapat income rm3k tu...pas dia dah cukup downline, dia kena pastikan downline dia berbelanja rm300 spy dia leh dapat income..

kenapa aku xjoin?sbb aku xtau nak ajak sape join. aku xrasa, aku sanggup nak suruh org belanja duit supaya aku leh dapat duit..untuk benda yg xperlu..mcm kwn aku, adik dia yg jadi downline..adik dia pon student masa tu. cuba bayangkan..tiap2 bln, adik dia kena belanja rm300 utk benda yg kita leh dapat dgn rm50 semata2 supaya upline dia leh dpt 3k..xkejam ke?aku xsanggup buat kat sape2 begitu. mak aku pon pernah terbeli brg rm500 dr kwn aku tu..n x pakai lepas tu sbb...xsesuai dgn kulit?hahaha

pastu kat maktab, ada sorang kwn aku ni, agak aktif dgn MLM dia. tapi produk syarikat ni mmg org dah kenal la. cuma, aku tgk, xde untungnya jadi seller syarikat tu..untung terlalu sikit. klu nk untung byk, kena buat jualan byk la maknanya..kat tempat keje aku skrg, ada la sorang akak ni join sykt tu..tapi sbb dia baik sangat, dia bagi harga dia kat kwn yg beli. so, mmg dia x untung apa2...rugi minyak je la..n dapat pahala amal jariah tlg kwn2...

masuk keje ni..dah lama benda ni jadi sebenarnye tahun 2007..kwn masa kat u la..tiba hantar sms kata 'lama x jumpa..jom la kita get together..bercerita..sambil tu aku nak kenalkan ko kat sorang kwn aku ni.." masa aku dapat sms tu, aku terpikir, sama ada, kwn aku ni nk kenalkan laki ( bf dia) kat aku, ataupun org MLM..tapi bila kenangkan dia kwn, aku korbankan sesi detektif conan aku utk jumpa dia.

ye, aku betul! dia mmg ajak aku gi MLM. sampai je tempat tu, aku dgr org nyanyi 'kau boleh!'. huh, dah jangka dah..ni MLM yg jual penapis air mahal tu..mmg aku buat muka spjg sesi tu. masa org tu hulur mic kat aku pon, aku ckp je direct aku xpercaya n x yakin. pastu, aku buat perangai kanak2 aku bila xpuas hati. hentak kaki, berkalih tempat duduk..hentak2 kerusi depan...buat muka..n last2 aku ckp je 'aku kena balik skrg. aku ada janji dgn kwn'

masa dlm kereta, kitorang mmg xcakap byk. lepas tu lagi la xbercakap..sampaikan waktu dia kawin pon, dia lupa jemput aku padahal rumah dekat je. betapa kami xbercakap..sampai dia lupa..hehehe..

pastu ada kwn aku jon MLM sykt yg sama jual korset lak. yg ni kira dah berjaya la ni..dah sampai ke gold coast hasil usaha dia n kaki tgn lain sykt tu..kwn aku ni mmg la caye kat produk tu. tapi aku ckp terus terang, aku xkan jadi ahli..dia kata xpe la. dia jual produk je. aku tanya harga. dia kata ikut la nak bayar berapa, berapa banyak kali pon..sbb dia jual xde interest. tapi, sampai ke sudah, aku xdapat gak harga korset tu. kenapa ek?

aku cerita kat kwn aku insiden2 yg aku alami ni..kwn aku pon kata, dia dah xlarat nak tolak ajakan org MLM ni..tah baper org tah ajak dia jual korset n penapis air tu. modal bukan sikit. 23k! paling aku insaf, bila dia kata, aku x rasa aku sanggup untuk buat org berhutang 23k, semata2 supaya aku kaya. mmg sykt tu bayar income berdasarkan downline yg masuk sbb dia dah deal dgn bank..pastu, harga korset tu, aku rasa, murah je tapi sbb nak cover line2 atau piramid2 sekalian punya pendapatan, harga kena la melambung (bayangkan kalau ko org ke lapis 20, hrga tu adalah utk income ko dan 19 org atas ko!). aku setuju dgn kwn aku. aku nak kaya tapi..aku xsanggup berhutang n buat org berhutang sbb aku.

kat sekolah aku, ada gak akak yg jual korset tu..akak yg sama yg xamik untung jual barang yg aku citer tadi..tapi akak tu jujur bagitau, kalau bayar dlm 1thn (12bulan), dia cas rm2400 n harga asal korset tu bukan byk tu. dia kata, klu nak beli korset tu ok..produk mmg bagus. tapi jgn la jadi ahli..xberbaloi ko melabur duit byk2 melainkan ko pandai cari org n pandai jual brg..

td, aku jumpa kwn aku yg menjadi peg ekonomi yg aku kata tadi xsuka MLM..dia kata, dia pernah nasihat sepupu dia jgn join sykt penapis air tu..tapi sepupu dia degil. nak join jugak. sudahnye, skrg sepupunye itu berhutang dgn bank 23k n dia jual 10 penapis air tu dengan harga 1.2k. mana dia upline dia yg pastinya berjanji akan tolong dia bersama2 cari downline dan pelanggan?

aku ada soalan utk org2 yg kaya dgn MLM ni. kalau betul korang ni kaya giler..boleh membzir sana sini mcm yg korang war2kan, nape korang x tolong downline korang yg kantoi tu? nape biar dia tanggung hutang? korang yg buat dia berhutang. korang x rasa bersalah ke?

malam ni aku akan dengar taklimat MLM..tapi aku xtau sama ada aku akan absorb maklumat tu dgn cara +ve atau -ve...eh, korang perasa x, kalau org tu dah taksub MLM, camne cara sekali pun, dia akan ajak gak ko gi dgr taklimat MLM. kalau ko menolak, silap2 boleh putus kwn tau..dah jadi dah kat aku...

malam ni aku akan dengar taklmat MLM....

sanggup x korang tipu org utk duit?

hurmm...

aku xtau la..ni diri aku..aku jenis yg xtergamak nk menipu duit org supaya aku ada duit atau kaya..n aku anggap semua orang macam tu..

bukan masalah duit halal atau haram..aku xnak sentuh bab tu sbb mmg dah termaktub. dah xleh ubah. cuma, aku xrasa aku sanggup susahkan org lain (secara sengaja) supaya aku senang (tapi honestly, aku suka naik keta kwn. aku xsuka drive). korang camne?

hurmm..buat masa ni sahih aku kena tipu dengan seller kat mudah.my.. dia kata dia melayu (aku assume Islam la n xsanggup makan duit haram).

dia kata nama dia hashim (sama nama dgn paklong aku) nak jual handset g900 dgn harga rm450. mmg xde org lain letak harga tu. aku kontek (no fon 0175135474-sila salin dan ingat no ni baik2) dia n terus deal nak beli..aku masukkan duit petang tu gak.

hari isnin, dia sms aku kata duit xmasuk lagi. nasib baik dia xpos lagi fon tu..aku check kat maybank aku, mmg dah masuk, aku minta dia confirmkan pada hari selasa. hari selasa, dia kata ok, no prob, dia akan pos handset tu pada hari rabu...

guess what? sabtu ni, genap la 14 hari aku transfer duit (ke 21 hari?) jangan kata handphone, surat cinta pon aku xdapat.surat hanya utk mak bapak aku. apa maknanya agak2nye ek? ye..aku dah membazir rm450 kepada seorang manusia yg pikirkan diri sendiri. xpikir kesusahan org lain..

jujur aku katakan,melainkan, dia kemalangan semasa nk pos handset tu, pada aku, xde alasan utk aku maafkan dia. sebab dia sengaja. dia bukan berhutang dan x mampu bayar. dia sengaja tipu. so, kita jumpa je la nanti..

tapi, apa yg aku kena ni xseteruk mana (tapi rm450 tu tetap duit) kalau dibandingkan dgn org yg tertipu nak beli rumah kosong kat taman aku ni. org tu, nak beli rumah yg mmg agak teruk la pada aku. seingat aku, sejak aku ada memori di rumah ni, rumah tu mmg kosong. tapi ada org nk beli. ok la tu..

org tu dah labur dalam rm60k kot. kalau aku xsilap la..dia bayar pada individu yang mengaku tuan punya rumah kosong tu. sampai masa, org yg ngaku tuan rumah tu lesap..yg pembeli ni nganga je la hilang 60k..tuan rumah sebebnar masih menjadi misteri. rumah tu dah terlalu lama kosong sampaikan xleh detect kalu penipu ngaku jadi owner.

siyes..aku harap yang ngaku tu org bukan Islam. aku bukan apa..ko dah tau hukum still nak buat..aku xtau la nak kata apa..mmg la manusia yg teruk. kalau dia dalam kesusahan pon, cari la cara lain nak kumpul duit..perlu ke menipu? tapi bukan tu je cara org nak cari untung..ada lagi..jap lagi aku citer..

kepada semua yg minat beli barang kat internet, sila beli dari seller yg ada kedai tetap..at least, dia segan nak cekau duit kita..kat mudah.my, aku cadangakn, beli COD je la..serik aku kena dengan hashim ni.

kepada hashim, tahniah kerana telah menyebabkan aku hilang kepercayaan kepada manusia lain!

p/s: jgn lupa no fon hashim ni 0175135474. jgn biarkan diri anda ditipu hashim...

Isnin, 9 Mac 2009

kasih seorang adik

masa baca cerita ni, perkara yang bermain di fikiranku ialah:
1- ada lagi ke org yg begitu hebat macam ni:
2- aku harap, adik heroin (hero) cerita ni, ambil peluang untuk sambung belajar
3- kalau la dia x terburu2..byk lagi cara nak cari duit..org cmerlang ada biasiswa kan? ye, x semua org dapat..tapi ada kwn aku yg pernah tinggal di rumah yg bocor tapi adik beradik semua belajar sampai u
4- sib baik dah ada PTPTN..sape yg meminjam tu, tolong la byr balik..korang dah kaya..ramai lagi yg nak pakai duit tu..
5- nape ayah dia garang sangat?

pape pon, aku mmg nangis baca cerita ni...syahdu...


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.

Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.

Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah."Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan akubagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimanakita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,"

aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak."Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat....."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung? sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu."Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."Aku menerpa ke biliknya.

Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya."Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

rahsia di sebalik solat 5 waktu dan berpuasa

Ali bin Abi Talib r.a berkata:

Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orangYahudi lalu berkata
"Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S.yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab."

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: "Silakan bertanya."

Berkata orang Yahudi "Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."

Sabda Rasullullah S.A.W. "Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segalasesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi AdamA.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir."

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W.maka mereka berkata: "Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad,katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang."

Rasullullah S.A.W bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi "Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yangbaru lahir."

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan."

Sabda Rasullullah S.A.W. "Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath."

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya "Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq."

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W.maka mereka berkata "Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?"

Sabda Rasullullah S.A.W. "Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya."

Kata orang Yahudi "Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yangdiperolehi dari puasa itu."

Sabda Rasullullah S.A.W. "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh AllahS.W.T. tujuh perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangatmengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untukmenyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga."

Kata orang Yahudi "Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi."

Sabda Rasullullah S.A.W. "Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat)."

Kata orang Yahudi "Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annakaRasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

sedikit peringatan

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..

Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..

Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...

Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

Kisah Pengemis Yahudi

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta yang hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya, dia selalu berkata
"Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad,dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir,apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan,dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad.Rasulullah SAW melakukannya hingga baginda wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha.
Beliau bertanya kepada anaknya,"Anakku adakah sunnah kekasihku Rasulullah yang belum aku kerjakan",
Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya,"Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja".
"Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana",kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak,
"Siapakah kamu?".
Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa".
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku",jawab si pengemis buta itu. "Apabila dia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan itu", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
"aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. dia pun menangis dan kemudian berkata, "benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun,dia tetap mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia". Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya melafazkan syahadah di hadapan Abu Bakar r.a.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL...

jangan lupa selawat banyak2 ye...bukan arini je...tiap hari..

*peringatan buat aku gak

mudah.my

aku suka gi kat web ni..tiap kali online, mesti pergi punya la..menjamu mata..

kejap aku tengok henset..kejap tgk rumah..kejap tengok kamera..semua benda la aku tengok..

sekarang ni, aku tengah tunggu henset yg aku dah bayar. aku bayar dari sabtu lepas..tapi dia kata benda tu hanya clear pada hari selasa. so, dia maybe pos hari rabu...

hurmm...aku harap aku dapat..aku beli dari seller melayu..amat menyedihkan kalau dia tipu aku.dah la call x pernah angkat...sebelum ni aku xpernah kena tipu dgn seller kat internet..maksud aku, semua seller yg aku deal sebelum ni, jujur2 belaka.so, aku harap dia ni pon jujur.

tapi, kalau betul dia tipu aku, mmg la dia nak kena dgn aku...aku akan reveal segala maklumat tentang dia.

tolong la doa dia bukan penipu ye..? aku berharap sangat dapat pakai henset tu... dan yang paling penting, aku harap sangat, org melayu yang menganut Islam ni xmenipu aku untuk jumlah wang yang kecil

mira-->kancil...move-->kenari...

teringat..kawan aku pernah gitau yang kancil adalah jelmaan semula mira yg terlewat 10 thn (kancil ada kat malaysia thn 90an..then mira kat jepun thn 80an..

kepada yg giler keta, org tu mesti kata, apa la..maklumat lapok...xkisah ar..duli hape aku! aku cuma nak gitau, aku saje gi tgk gambar2 mira... n guess what?

rupanya, viva punya design pon dah lama kat jepun..lebih kurang 10 thn gak..hurmm...

kenari, amik dari move (model daihatsu gak).. tapi mmg la d very d kotak d kereta..dtg malaysia dia kureng kotak sikit..

pekata, korang gi la tgk model2 kereta tu...seronok gak..model sama...cuma, bila sampai malaysia, dia ubah cara mekap..especially kawasan mata (lampu)

p/s: tapi aku mmg minat cara mekap (manusia yg normal) kat jepun..so kawaii...

pergi wedding org semalam...

bukan wedding kawan. bukan wedding anak kwn mak... bukan wedding sedara... bukan wedding jiran... TAPI wedding bakal adik ipar kwn...

sape sangka, ada mcm2 jenis hubungan manusia ni.. err...kalau mcm tu, kira berapa degree punya kenalan ek? mari kita siasat:

aku-->kawan aku-->bakal ehem2 dia-->adik bakal ehem2 dia..

oo..baru third degree.....

check plak kalu kita gi wedding anak kwn mak

aku--> mak-->kawan mak-->anak kawan mak

oo..third degree gak baru...

so, ada x antara kita yg gi wedding org yg lebih dari third degree punya kenalan? kalau ada, sila maklumkan ye..siap dengan gambarajah tau! huhu...

*--> = degree/ ada kaitan