KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 31 Januari 2009

SMS penting!

aku dapat dari sms..2 benda yang berbeza..aku sekali kan je...tolong forward la...kalau salah, minta maaf la kepada pihak yg aku terfitnah ni ye

1- TESCO adalah singkatan kepada Tess Cohen, isteri seorang jutawan yahudi UK yang memilikihypermarket tersebut. jutawan ini sgtmenyokong zionist yahudi israel melalui kekayaan mereka. setiap RM yang kita bayar di sana umpama 1 peluru yang kita sumbang kepada saudara2 Islam kita di Palestin. jadi, hentikan beli barang keperluan di Tesco. tu la jihad kita.

P/s: kalau ada yg nak menyumbang ke tabung palestin, boleh la melawat ke http://kubersamamu.blogspot.com/ utk dapatkan no akaun badan2 yg terlibat.

p/s/s: sekali lagi, ini berdasarkan sms yg aku terima. kalau ada kesilapan sila maklumkan..

p/s/s/s: hurm..aku buang sms yg kedua sbb org kata tu tipu je... yg tentang tesco, plak, dia mmg diasaskan oleh usahawan yahudi..(sori x ingat nama tapi mmg surname dia cohen). cuma, x pasti la plak wujud ke org yg bernama tees itu....sowi ye..kalau ada pape lagi perlu dibetulkan, gitau la ye

Jumaat, 30 Januari 2009

aku xreti bersyukur?

hurmm..aku risau dgn diri aku..aku tgk kwn2 aku semua pakai kereta yg grand2...semua handset grand2..(kecuali padil la..huhuh)...pastu semua dah jalan2 sana sini. xkisah la dlm or luar malaysia, tapi dorang dah jalan2... masing2 dah kawin (chup!! aku bukan jeles dorang kawin. aku jeles dorang mampu kawin. tu tandanya duit kat bank dah banyak). hurmm....aku? apa yg aku dah capai?

nape duit aku dalam bank xbyk2 lagi? mana duit tu pergi?nak kata aku makan sedap2, aku bawa bekal. nak kata byr sewa, aku dok umah mak lagi. nak kata bayar duit keta, rm500 je..nk kata beli brg mewah..tolong la, aku amat penjimat...mana duit aku pergi?

dah la rasanya aku dah all out buat keje (ye la..all out aku, tetap x sebagus org lain sbb aku mmg slow)..tapi byk tu je dapat. klu tgk kwn aku, gaji semua cam hape...ada pki honda, ada pakai swift..aku? kenari second hand. no offend kenariku sayang..cuma aku frust sbb xleh tukar lagi warna baju ko..

tu lom lagi citer pasal kedai internetku yg x ramai pembelinya. selalu aku tertanya2, camne org leh jual byk, aku lak, xde org nak beli..

pastu, lalu la bai roti..yg bawa motor jual roti...aku terfikir,
sian bai tu..baper sgt la income dia hari2..jual roti naik motor..minyak tu pakai duit gak...tapi roti xleh jual labih mahal dr kedai2 lain.. tu lom lagi kira tenaga dia..baper byk sgt la roti dia dapat jual 1 hari..

sama gakuncle jual paper..tapi paper tiap hari org beli..hurmm..sian kat dorang..income xseberapa..keje penat...tapi tiap hari buat keje x merungut

benda ni buat aku sedar..
xpe la rumaizah..cukup la apa yg ada hari ni..ramai lagi org yg susah dari kau..bukan bai roti n uncle jual paper je. tu, pakcik yg jual mainan kat pasar malam...yg jual buku agama..OKU yg menyanyi untuk mendapat sumbangan..bukan aku nak kata dorang salah pilih keje, cuma jualan dorang xselebat org lain..

aku harap, Allah terus murahkan rezeki2 org yg aku nyatakan tadi (termasuk la aku).. aku harap Allah terus murahkan rezeki semua umat Islam.. aku harap aku xmerungut lagi lepas ni.. Ampunkan aku YaAllah..aku mmg xpernah bersyukur dan sering terlupa terhadap Rahmatmu ke atasku...

hurmm...

persiapan kahwin...

sebelum ni, aku heboh cari,
perfume utk hantaran. semalam lak, gi linik kesihatan wat pemeriksaan hiv. pastu gi bangi utk cari pusat andaman..n hari ni cari kad jemputan kat internet..

hasilnya,
perfume berjenama mahal sgt. kita go for egyptian potion..jimat n xde alkohol. macam2 bau ada
ok..hiv negatif. leh kawin.
hurmm..baju songket bunga penuh kaler hijau lumut. yg penting baju pompuan cantik. laki, yg penting, muka x tenggelam dek warna.
kad kawin, nnti dulu. tengah shortlisted

ok..semua tu bukan untuk kenduri aku ye..jgn memandai2..tu semua adalah persiapan perkahwinan kawan n jiran aku..

honestly, aku suka terlibat dgn benda2 tu..rasa seronok sebenarnya leh tengok mcm2 pakej dll...sib baik xde org minta aku cari photographer. kalau x, mau aku gi wat kursus fotografi..hehehe

korang g minta aku menyibuk, tanx for asking me to butt in. aku mmg suka dapat separa komitmen begitu. nak buat sepenuh hati, pening sangat. amik separuh pening tu la yang best..

aku punya? lom lagi kot..tapi mk asik kata nk minta adik aku carikan senior dia. adoi.... aku x ready lagi la..masih malas masak n buat semua keje umah tu... lain la kalau laki aku amik maid..hehehe..

so, ada mana2 laki kat luar sana yg nak aku x? confirm xpandai masak..boleh belaja tapi xtau bila pandai..mengemas lagi la out...kalau leh gaji biar besar sbb aku nak amik cuti tanpa gaji. ada mau? hehe3..sure semua laki lari 10batu dr aku..

Khamis, 29 Januari 2009

aku chegu..

hurm...

semalam gi kl dgn mak..konon nak cari baju siap harga rm40 tapi last2, benda lain yg dibeli. aku beli plastik balut buku n selotep. plastik utk balut buku teks....selotep yg byk tu utk repair komik det conan aku..huhuh

mak aku siap komplen, "klu la ko buat keje sekolah camtu punya khusyuk kan bagus..?" aku pon jawab.. " kalau along suka keje tu, mmg camni la khusyuk along buat keje. masalahnya along xsuka.." dalam hati, aku tambah, kira ok la tu aku nak buat keje sampai jadi.

sori la..cuma, jadi cikgu mmg bukan minat aku. aku suka jadi cikgu sekolah rendah..environment dia..budak2 dia..kita hanya fokus pada P&P. tapi, klu keje sekolah menengah, byk benda nak kena buat.

bagi org yg x masuk dalam bidang ni, dorang akan kata, huk aloh..keje senang pon nak komplen lagi..hahah...ye kot..keje kitorang la yang paling mudah dlm dunia ni...anda dijemput utk mencuba..

kepada yg berminat, jgn lupa apply jadi cikgu ye..kalau anda jenis restless dan suka cabaran, cadangan aku, minta dpli.. jadi cikgu sekolah menengah..minta kl punya tau.. GUDLAK!

Jumaat, 23 Januari 2009

apa nak buat kalau cuti?

hurm..kalau org semua kata bosan cuti lama2, aku lak antara org yg xkan boring untuk cuti selama2nya...aku sentiasa ada idea nak buat apa...basically, 80% daripadanya adalah makan, tido n tengok tv la..huhuhu

pagi tadi salma tegur aku..ala..sori..aku lupa nak bawa cd csi yg kata nak bg ko pinjam..cuti lama kan...boleh jadikan aktiviti harian..huhuhu..best tu...tapi aku x sempat nk amik cd tu kat umah dia..so, aku end up dgn apa yg aku ada sendiri.

tp aku rasa aku xkan boring. minggu lepas, aku baru borong komik 2nd hand. komik apa? detektif conan la..tiap hari aku baca. huhuhu..byk lagi nk baca ni. mana x nya, aku borong dari jilid 1-58. wakaka...hepi giler seh...

klu dah habis, aku cadang nak selotep buku tu..langkah penjagaan agar x segera koyak...pastu nk simpan kat rak khas. dari aritu aku cari rak yg murah tp xjumpa..boring...

since aku xde rak n aku nak senang capai komik tu, skrg, aku susun komik tu tinggi2 sbelah tempat tido aku..huhu..

klu la aku ada hs kamera, mmg aku snap dah gambar komik kegemaran aku tuh. nak harap pinjam dengan luqman, aku rasa sampai 3 keturunan pon lom tentu dapat. payah kawan dgn doc ni..

aku gak dah bis dl L change the world..aku nk tgk L... argh!!! minat banget sama dia... sambil tu ada lagi cd my girl yg aku sanggup ulang buat kali keberapa tah..

x pon, aku leh je ajakorg kuar..ekekek...jgn risau, aku xkan boring..cuma 1 je, klu xkeje, confirm xde duit...hurmm..since aku masih lagi belum bersuamikan org kaya, aku kena gi keje...aku kena bersyukur je la dgn cuti 10 hari yg aku dapat ni...

anyway, to all my frens n readers (mcm ada la kan) selamat bercuti....

Selasa, 20 Januari 2009

hurmm...susah sangat, tukar je

hurmm..blog sebelum ni asik xleh nak komen..so aku tukar la blog ni..isi sama..tapi aku malas nak letak widget2 yg comel tu lagi..nanti2 kot..cuti 1 minggu ni ke...

kepada kawan2 aku, dah leh komen ni, tolong la komen eh?

Khamis, 15 Januari 2009

tahniah utk aku

sejak buka sekolah, cikgu2 sekolah aku sgt tensen..byk keje n zero motivation...aku salah sorang daripadanya walaupon thn ni beban aku kurang sikit. buku rekod ngajar tu, satu hapa pon x tulis lagi. yg aku buat sepanjang minggu ni ialah...ermm....apa aku buat ek? mcm xde pape pon. hehehe....

tapi aku bukan nak citer pasal kemalasan aku. tapi kehebatan aku sbb berjaya buat ramai ckgu sekolah aku tersenyum arini...semuanya gara2 kawan internet aku...huhuhu

well, mamat ni dah biasa jumpa cikgu kat sekolah...so, dia no objection bila aku kata klu nk mkn, gi la kantin. dia on je..

masalahnya ialah pada aku. aku sangat kece..laruan. especially bila nak jumpa laki.1st time jumpa L, aku bawa 9 org teman aku. masa jumpa S, ada 3 org escort n berkesudahan S berborak dgn kwn aku..aku senyap je. masa jumpa H kat pasar malam, aku lari bila dia nak belanja. masa jumpa I, aku xpandang muka langsung.

hahaha...nampak mcm ramai je list laki yg aku jumpa ye?mmg ramai pon..n jarang ada perjumpaan yg aku benar2 selesa..yg aku leh borak dgn org tu tanpa rasa segan..jgn tanya nape aku segan. aku jez segan.

berbalik kepada mamat td..panggil E la...mula2 aku mintak yana n shida teman. tapi E x sampai2. so, dorang makan dulu. aku tunggu gak..sampai la si E tu sampai. tapi pastu, shida bukannya nak teman. dia jez gi tgk pastu kata "hensem kak, hensem.." ye la tu shida...siap gi buat announcement dalam kantin cikgu..cit! aku dah risau..kalau leh nak nyorok je waktu tu.huhuhu

pastu, bermula la episod cikgu2 sekolah yg tgh mkn dok tengok aku jumpa dengan E. malas la aku nak citer baper kali aku masuk tempat cikgu cari teman. semua xnak. aku dah gelabah..tapi aku buat muka toya..gi gak.

E ni dalam sms sangat kurang bercakap. kdg2 aku hantar sms 5-6 baris, dia balas sepatah je. risau gak aku kalau jumpa kami senyap je...tapi dia kata dia peramah...

sambil mengadap makanan, kami bercerita tentang...ternakan lintah. tahukan anda, lintah dewasa boleh mencapai saiz optimum hampir sebesar henset n-gage? ha..xtau kan? aku dah gitau..tu la yg aku tau masa jumpa E td. pastu kami citer pasal ternak cacing tanah...

habis citer tu, E buka citer pasal koop. camne nak pastikan koop dpt income besar...pergh..byk pengetahuan baru ttg koop aku dapat arini. E ni mmg hebat orgnye. dia jaga koop dlm daerah hulu langat n gombak..kalau koop kwsn tu berjaya, dia adalah slh sorang penyumbangnya...

sambil kami berborak tu, sempat gak la aku usha cikgu2 yg tersengih tgk aku jumpa E..habih la aku...

tapi, mmg betul..kami xsunyi. mmg E ni pandai bercakap..hehe tapi bukan cerita tentang kami la. cerita bisnes..honestly, aku suka berkawan dgn org gitu..aku xsampai lagi level tu tapi aku suka kawan org beria begitu. err...beria cari duit maksud aku

seperti yg aku jangka, bila aku masuk je bilik guru, org yg tau, semua bertanya. yg xtau, kalau rajin mendengar, akan tahu.. zafni, banyak betul yg dia nk tanya. salma, in ke out? in ke out? hahahah...semua sengih ke telinga...

seklai lagi, tahniah rumaizah kerana telah menceriakan hari kawan2 ko hari ini....rasanya ramai yg nak tau bila lagi aku nak jumpa laki..hehehe...ada....tapi xtau sape

Isnin, 12 Januari 2009

boikot je habis-habisan

xnak la cerita betapa ganasnye yahudi ni.. kalau cerita pon, bukan dia insaf. kita yang jadi sakit hati. mmg dari dulu adalah bangsa yg sangat sombong dan menganggap diri mereka la yg terhebat. sebabt u dia buat sesuka hati.

Ini adalah sebahagian dari senarai barangan yahudi jahanam. Mari kita boikot!

Syarikat Tasty Foods
Produk: Makanan Ringan
Jenama: Samba, Fun, Lays... dan sebagainya.

Syarikat Heinz
Produk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato... dan sebagainya.

Syarikat Lambert
Produk: Gula-gula
Jenama: Chiclets, Adams , Clorets, Snack, Halls... dan sebagainya.

Syarikat Hosstess
Produk: Makanan Ringan & Kek
Jenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake... dan sebagainya.

Syarikat Cadbury
Produk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan... dan sebagainya.

Syarikat Coca-cola
Produk: Minuman bergas
Jenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, Mountain Dew, Miranda... dan sebagainya.

Syarikat Hadaiq California

Syarikat Rocky
Produk: Basbuosah, Jeli Om-Ali... dan sebagainya.

Syarikat Perrier-Vittel
Produk: Air Galian Barakah... dan sebagainya

Syarikat Nestle
Produk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran Masakan
Jenama: Kit-kat, Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips... dan sebagainya.

Syarikat Americana
Produk: Burger, Sausage, Ayam... dan sebagainya.

Minyak Sayuran Rawabi, Fern, Makaroni Columbus, Hayo, Chipsy, Delta

Super Market
Sainsburry
Heiz
Edge
Tesco

Kedai Makan/Restoran
McDonalds
Tikka
Kentucky Fried Chicken (KFC)
Kantis
Arby's
Pizza Hut
Chicken Tikka
Paradise
McBurger
starbucks

Syarikat Procter & Gamble
Produk: Kesihatan, Syampu, Sabun
Jenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean... dan sebagainya.

Syarikat Palmolive
Produk: Pencuci dan Sabun
Jenama: Ajax, colgate, Palmolive, Tahiti , Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy... dan sebagainya.

Syarikat Johnson & Johnson
Produk: Kesihatan dan Penjagaan Diri

Syarikat Johnson
Produk: Pewangi dan Ubat Nyah Serangga
Jenama: Raid, Glade... dan sebaginya.

Syarikat Revlon Make-up

Syarikat East In Sambel

Syarikat Beverly Hills

Syarikat Sitreen

Bateri Kenderaan Milestone
Bateri Kenderaan Powder
Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Eveready... dan sebagainya.

alatan sukan
Nike
Universal
Power
Paramount
Youngers

Pakaian
Jean's Basic
Kelvin Klein
Levi's
Basic
Ralph Lauren

Alatan Pejabat
Syarikat Delta Egypt
Parker Schiffer
Pen Schiffer
Higher

Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat
Mac
IBM
Intel
Uracel
Nokia
Motorola
Digital

Ahad, 11 Januari 2009

aku dah tua?arghh!!!!

hurmm....

siyes aku ingat aku nampak muda selama ni.. sbb lecturer aku pernah kata dia ingat aku baru lepas spm (masa tu umur 24). pastu, thn lepas, kawan aku kata, dia ingatkan aku baru 23 (masa umur 26)..

disebabkan keperasanan aku ni, selalu la aku menjalinkan hubungan (persahabatan) dgn budak yg lebih muda dr aku. biasanya hubungan ni berjalan dgn lancar. maklumlah, aku ni mmg berjiwa muda orgnye...tul x? tul x?

sehingga la pagi td..salah sorang sugar baby aku bagitau yg dia dah tgk gambar aku kat myspace. komen dia tentang gambar aku ialah, "matangnye muka awak.."

terus, aku terbangun dr lena..tersedar dari mimpi...arghh...muka aku nampak tua!!! yg lg x bestnye, gmbr kat myspace tu bukan gambar latest. gambar 2 thn dulu gak klu x silap.

arghh!!!! siyes..muka aku nampak tua.. daripada saya-awak dgn dia, terus tukar panggilan akak-awak..huhuhu...

tobat, pasni nak kurangkan jalinan hubungan dgn budak2 muda..kena cari org yg lebih matang supaya aku tetap nampak muda..hehehe

wish me luck!

p/s: sally, aku jeles sangat dia kata dia ingat ko baru lepas SPM..x aci!!

Ahad, 4 Januari 2009

proton, perodua...? hurm...

tadi aku gi ke paultan.org. kat situ artikel pasal kereta la..hurm..ada gak la aku tgk kereta yg dijangka menjadi mpv perodua tahun depan. ada gak tunjuk mpv proton yang sedang diuji di jalan..

apa yang bestnye, kat bawah tu ada komen. kat komen tu la kita leh tgk sape yang suka kutuk proton n kereta2 lain yg diceritakan..well..biasanya proton la yang dikutuk.

hurmm...kawan aku yg pernah dok kejap kat perodua bagitau, kilang perodua tu, 51% saham milik daihatsu. 49% milik perodua. aku mungkin silap la. main poin aku ialah perodua bukan pemilik saham terbesar. bila aku tanya, habis tu, apa yg malaysia punya? jawapan dia ialah marketing dia. that's why, kancil adalah mengikut ciri2 mira.that's why, kereta perodua yg lain semua bagus. dia adalah model kereta jepon yg dipasang di sini..

daihatsu tu plak macam anak syarikat toyota. sebab tu, toyota avanza boleh dipasang di kilang perodua.. kalau aku tersilap, sori sangat2.aku pon bukan tau sangat. since, kita hanya pindahkan design dari jepon ke sini, so, pelanggan2 perodua xyah risau bab kualiti la..

kita cerita lak proton. dulu kita ada kerjasama dgn mitsubishi tapi lepas tu stop. aku xtau nape.. aku xamik engineering pon utk komen. pastu, aku tau proton sangat jatuh. walaupon aku xtau apa puncanya. ye..kualiti, servis bla..bla..tapi aku x berapa clear.

dan sekarang, proton bangun balik. tapi, proton kena bayar gak kesilapan dia dulu. xramai dah yg sokong dia. tambah lagi dah ada perodua.

dalam komen2 yg aku baca tadi, ada org mmg kutuk habis2 la proton ni. semuanya xkena..harga mahal, tiru design org, tiru enjin org..bla..bla..bla..

well, tang harga mahal tu, aku pon frust gak. aku pon nak gak kereta yg murah. dan aku rasa proton sedang berusaha ke arah tu. tentang design lak. pada aku saga dan pesona sangat cun.

aku pernah belajar product development. kalau x silap aku, lecturer pernah suruh hasilkan product baru..kitorang kata, apa lagi yg nak dibarukan? semua dah ada..dia kata, ubah la rasanya. cuba selidik produk yg ada. kaji kelemahan produk tu. cuba baiki kelemahannya.itu la product development.

then, kalau betul la proton ada cedok ide sana sini, aku rasa x salah kan? asalkan mereka ubah utk jadikannya lebih baik. malah, aku rasa, mengubah seusatu yg baik utk jadi lebih baik, lagi besar cabaran dia. sama besar macam ko nak kalahkan juara dalam sukan or dalam kelas. ye la..benda dah perfect dan ko nak lagi baik. ingat senang ke?

hurmm..aku pakai kenari..n aku sayang kenari aku..walaupon sayap dia dah robek sikit, ekor dia senget sikit, aku tetap sayang dia. ayah aku lak, dulu pakai saga, sekarang pakai wira n konon2 cadang nak tgk mpv proton..tgk la..antara 2 tu.. yg mana sesuai dengan ekonomi dan jimat minyaknye..

aku sangat sayang proton. mungkin sbb aku tau, proton mmg dihasilkan oleh org kita.. kawan2 aku yg gi belajar sampai german tu..(kalau kita belom berkawan, marila kita berkawan..aku nak bangga menjadi kawan engineer proton). aku xpaham nape org nak proton ditutup. sbb politik? tu masalah org atas.. ada x pikir org2 bawah tu? dorang x terlibat. jgn la politikkan proton..

kalau benci sangat pon dengan kerajaan, ingat 1 benda. kita dah jadi orang berilmu, dapat belajar tinggi2, sbb kerajaan bina sekolah, gajikan cikgu utk ajar kita.

aku idak la pro mana2 pihak.. pada aku, politik is politik. org2 bawah ni, xyah la dipolitikkan sekali. kalau nak seranah, gi seranah org yg salah guna kuasa. jangan salahkan proton yg mungkin baru belajar, mungkin banyak buat silap, tapi menjadi medan untuk kita hasilkan lebih ramai engineer kereta..

hurmm...bila aku tengok org yg asik marah n xbagi peluang pada proton ni, aku rasa sedih. aku paham perasaanya bila kita baru masuk, org nak kita perform..kita try tapi x semestinya berjaya. dan org kondem kita giler2..sangat sedih rasanya.. tolong la bagi can.. kemampuan tiap org berbeza..kalau dia silap, bagi dia peluang untuk belajar. bayi pon, lepas keluar dari perut ibu dia, xterus boleh berlari kan?

p/s: teringat kawan aku kata, nape ko beli perodua? sbb kereta negara? dulu aku pon pikir gitu.. tapi sekarang ni aku pikir prestasi n jimat minyaknye.. aku puas hati dengan avanza.. (aku harap pakar2 kereta di proton leh jadikan ini sebagai cabaran. kepuasan+ keselesaan+ penjimatan= proton)

p/s/s: kawan aku pernah kata, ada kawan dia pernah komen.. "rakyat malaysia ni ada 1 masalah. nak kereta selesa n hebat tapi x sanggup nak keluarkan duit banyak." betul gak tu. aku salah sorang daripadanya..hehehe

hanya dalam filem dan buku

tadi tengok Gila-gila Remaja.. faizal husein hero..aku minat dia...hehe... aku xnak la citer pasal ke tak logikan cerita tu..standard la.. xdtg sebulan leh amik exam..pakai pakaian gitu gi sekolah..ke kolej tu? hurm...

nak citer tentang ayat2 jiwang dalam filem tu..dan filem2 cinta yang lain..juga buku2 cerita. ayat yang berbunyi lebih kurang camni la.. "aku sayangkan engkau..kalau boleh setiap detik aku ingin bersama engkau.. melihat matamu...mendengar suaramu..bla..bla..bla".

well, aku dah lama baca buku cerita. dari sekolah rendah lagi. buku cinta start baca masa darjah 5 kot..yang ahadiat akashah punya tu..ye, dalam bahasa pasar buku tu, ada gak ayat jiwang. in fact, masa sekolah dulu, masa tingkatan 2, ramai antara pelajar perempuan yang buat cerita jiwang masing2 termasuk aku..ye..aku jiwang!! dah! stop kutuk!

masa aku sekolah menengah, aku x paham nape org boleh mengeluarkan ayat2 jiwang mcm tu. x malu ke? pastu aku terpikir, mungkin aku terlalu muda utk paham.. mungkin aku xtau perasaan yg dorang rasa. sebab tu aku xterpikir nak guna ayat2 jiwang tu. bukan xterpikir..geli nak guna. aku terpikir, mungkin masa aku umur 20 thn ke atas, aku leh terima or leh la nak luah perasaan mcm watak2 dalam buku.

masa aku umur 20, aku masih terasa yg aku terlalu muda. walaupon waktu tu ramai dah org yg aku kenal ada pakwe. aku ada gak tanya, cakap apa ek masa dating? ala..citer la pasal kawan ke pape ke..tu jawapannya..tah, aku muda lagi kot..mungkin aku boleh paham bila aku berusia 24 tahun sebab biasanya, heroin dalam buku umur 24-25...

tadi (4/1/09, pukul 4.40 ptg), aku tgk gile2 remaja. mendengar ayat2 jiwang tu..still, aku rasa aku x mampu nak keluarkan ayat camtu. xde maknanya aku akan kata, " aku perlukan kau. kau lah sumber inspirasi ku. kau amat bermakna bagiku. tanpa kau, idup ku x bermakna.." uh uh...no way..

sape yg kenal aku akan tau, aku pernah suka org. xtau la takat mana. aku rasa dah sangat suka dengan dia. ya! sangat suka!! (punya la tanda seru utk buktikan aku suka..ekekek..) walaupun dia xsuka aku, sebagai tanda aku sangat suka dia, aku ada di sisi dia sampai sekarang (walaupon dia dah jadi laki org).

err...sori mengarut sikit..poin aku ialah, aku suka orang. tapi aku xpernha pon meluahkan ayat2 jiwang kat dia. paling dasat aku pernah kata " u tau kan i suka u? nape u nak i ada masa hari u kawin? u tau x betapa sakitnya hati i? ye la..dah la xdapat. kena tengok la tu u dengan org lain.." (ayat telah ditokok tambah bagi menambah kesadisan artikel..keh3..)...

maksud aku di sini, aku yg akan memasuki umur 27 tahun ni, masih lagi x menggunakan ayat jiwang dalam buku cerita or filem 80an dulu (sib baik x bagi cth dialog filem azura. kalau x, lagi haru). x sanggup kot.. xtapi aku xtau la..mungkin sbb aku xpernah betul2 jatuh cinta? or sbb aku xde real partner utk kuarkan ayat tangkap leleh tu..

so, korang kat luar sana.. sape yg pernah la..try gitau sikit aya2 tgkp leleh korang. aku nak gak tau. wujud ke ayat tgkp leleh tu di dunia realiti ni? ke dalam buku cerita n filem je?

Sabtu, 3 Januari 2009

hidup ni x seperti drama atau buku cerita

tengok cerita drama korea-wanted: son in law..

dalam citer ni, hero dah ada makwe tapi kena jadi menantu org kaya sbb nak duit. heroin (anak org kaya) pon dah ada bf tapi cinta dihalang oleh ayahnya..standard la..mula2 heroin xsuka hero..hero hanya buat ikut arahan org kaya...sambil tu, dua2 try nak catch up dgn awek dan balak masing2..

seperti biasa..akhirnya, heroin & hero jatuh cinta walaupon masa tu heroin dah x kaya..ex-balak heroin (2nd hero) membawa diri ke amerika dan berjumpa dgn cinta baru. ex-gf hero (2nd heroin) hidup single...

well, kesudahan pada heroin ke2 tu yg aku nak ulas..adik aku sangat x puas hati.. dia asik merungut. "nape org lain semua ada pasangan kecuali dia? kesian dia.. dia baik.. kenapa dia xde boifren.. x aci la..."

aku jawab, "mmg tu la lumrah alam. xsemuanya happy ending."
yup, tu hakikat. kalau kita baca buku cerita or tengok tv, x kira la betapa malangnye hero n heroin, kita tau, biasanya, kesudahannya mesti gembira. tapi, itu buku atau drama. bukan realiti.

realitinya, kita bukan hero atau heroin dalam cerita kat dunia. kita xleh nak harap akan sentiasa dapat happy ending. kalau dalam buku, kita mungkin watak sampingan yg disebut dalam 1 bab je. watak yang sangat x penting.

kalau kita jadi hero pon, hanya utk kisah kita. tapi, kalau dah kita jadi hero atau heroin, kita kena la plak jadi mcm hero/heroin buku-sangat kuat, tabah, sabar..humm....aku ada ke ciri-ciri tu? senang citer, bab ketabahan je aku dah fail. kena marah, aku nangis. sesat, aku nangis. kene rejek aku nangis... tu belum kira bab lain..heheh..

tapi, kalau dipikir2 balik, kesudahan sesuatu drama atau buku pon, hanya sampai 1 peringkat je kan? mereka bercinta. tapi kita xtau la lepas tu dorang jadi kawin ke x? dia happy ke? anak dia xde penyakit ke? mana tau, dia mati kemalangan masa honeymoon ke? urmm...tah2, hidup dorang pon sama dgn kita. malah lagi kesian dari kita.

nape xbuat cerita dorang sampai ke akhir hayat? senang..xde sape suka nak tahu seluruh hayat seseorang. kita minat nak tau bahagian yang menarik je..1 hari ke, 1 tahun ke, 1 abad ke....yg pasti bukan sehingga akhir hayat.

hidup korang camne? menarik macam buku? hidup aku sangat bosan..tapi, xpe la..aku rasa aku x cukup tenaga untuk menjalani kehidupan yg sangat menarik mcm buku. cukup la baca je. malah, kalau leh, aku nak duduk je kat rumah. xnak melalui apa2 masalah di luar. xnak kena marah dgn bos. xnak buat silap. xnak bergaduh dgn org..ye..aku akui..aku sangat x adventurous...tapi itu aku..korang camne?

Jumaat, 2 Januari 2009

kadang2 kelemahan boleh jadi kekuatan

berapakah takat beku air? 0 celcius

berapa pula takat lebur ais? 0 celcius

apa yg aku nak sampaikan nih? tah la.. aku nk gitau yg kadang2 kekurangan kita leh jadi kelebihan..

cth paling hampeh... kelemahan aku ialah aku gemuk..xde org ngorat.. kelebihannya ialah, kalau aku jalan2, org xkacau. aku xyah nak risau org bunuh aku sbb cinta. sbb aku mmg xkan terlibat dlm cinta 3 segi..

ada org, terlalu cepat simpati dgn org. sikit2 kesian, sikit kesian. sampai kadang2 org pijak kepala dia. tapi tu juga kelebihan dia..mesti ramai nak kawan dgn org yg baik hati kan?

hurmm...ada org kata, aku pesimis..aku x pikir postif..benda ni kadang2 akan membuat org sekeliling nyampah dgn aku lalu blah tinggalkan aku. kelebihannya? humm..org yg pesimis dah jangka dia akan ditinggalkan. jadi dia boleh terima.. boleh dikatakan, sikap pesimis tu la yg membantu dia teruskan hidup..

arghh!!! apa aku bebel ni? tah la. aku sendiri xpaham dgn diri aku skrg ni

sangat x bersemangat

hurmm..dah lama x menulis....dari hati aku.

aku skrg tgh x bersemangat. hurmm..bukan langkah yang baik utk menghadapi tahun baru..kalau la tiap tahun tu mcm buku. 1 tahun, 1 buku. habis tahun tu, tutup, simpan dalam kotak..kan mudah?

hakikatnya, tahun2 lepas sebenarnye bagi kesan terhadap kita. menjadikan kita hari ini. contohnye, pergaulan aku masa sekolah menengah sangat mempengaruhi aku..mempengaruhi cara aku bergaul di matrik, sampai la sekarang. mempengaruhi self esteem aku.

beban keje thn lepas, masih lagi akan menghantui aku tahun ni. haha..sape suruh x siapkan? salah aku gak tu.. and honestly, aku xde mood nak buat.

tahun ni gak menyaksikan aku dah jadi 27 thn. hurmm..ramai kawan aku nak kawin thn ni. aku lak bercadang nak lari, sebaik saje aku rasa suka kat org. aku akan kawan dgn laki. tapi, kalau aku suka, aku akan lari jauh2. aku xnak dah suka laki. sbb aku tu kesudahannya aku akan direjek n akan bersedih lagi. penat la nak melalui semua tu lagi. aku dah tua utk ulang babak tu.

tah..yg aku suka dgn thn baru thn ni ialah, aku dapat tgk org bakar mercun kat dgn umah. tu je..sangat x berkobar2 kan?

harap2 minggu ni je la..masih lagi konfius kot..