KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 29 Februari 2012

Pemantau nak datang pukul 8.30 pagi!

Hurmm.. aku tak tau la nak kata hubungan jenis apakah yang aku miliki dengan pemantau dr JPN aku ni..

1st time dia datang sekolah aku, memang ok. Siap dia puji aku lagi. Walaupun hakikatnya aku banyak buat silap la.. huk3..

Walaupun dah beberapa kali dia datang pantau bengkel, aku tetap cuak tiap kali dia beritahu yang dia nak datang.

Tahun lepas, dia datang bengkel aku lagi. Dia telefon kata nak datang pukul 9. Aku gembira sangat sebab masa tu aku ada bengkel di luar.. Aku ingatkan dia takkan datang la memandangkan aku tiada di sekolah. Rupa-rupanya, dia sampai juga di bengkel aku pagi tu. Jadi, dia pun melawat la ke bengkel bersama-sama GK aku..

Petang tadi, aku dapat panggilantelefon dari nombor yang tak dikenali. Aku dail balik nombor tu. tak berjawab. Aku siap SMS " Siapa ni ek? Ada apa?". Lepas maghrib, aku tengok dapat panggilan dari nombor yang sama. Lagi sekali aku call semula nombor tu.

Tiba-tiba aku terfikir untuk semak nombor tersebut dengan senarai dalam telefon urusan rasmi aku.. 'Pemantau'! Alamak, terus aku letak telefon!

Ya, dia call aku balik lepas tu. Dan keputusannya ialah, dia akan datang memantau pagi esok pada pukul 8.30 pagi. Dia nak tengok fail tingkatan 5. Hu5... Apa lagi aku boleh kata? Tak boleh? Dah cuba dah.. Dia tetap nak datang.. Habis la.. fail budak agak disaster.. Fail aku? Langsung tak mula apa-apa lagi.. huk3...

Doakan aku berjaya melalui hari esok dengan jayanya ye... huk3... (dah la buku rekod tak buat lagi. Habis la aku!!!)

p/s: Takde gambar yang sesuai dengan cerita. Ye la.. secara logiknya, siapa yang ada mood nak tangkap gambar masa dipantau?

Bila aku jatuh cinta.. (haha.. macam lagu akashah la pulak)

kredit 9gag

Kalau betul la.. Maknanya aku sedang dilamun cinta la ni.. Ha5.... Tapi yang aku suka semuanya lagu sedih. Adakah ini bermakna aku sedang putus cinta?

Selasa, 28 Februari 2012

Ahad, 26 Februari 2012

Kisah Sang Cicak

Aku jumpa benda ni dlam FB.. di forwardkan oleh Busuk.org dan artikel disedut dari Productive Muslim. Malas nak edit sebab aku rasa perenggan dia dah cun dah... selamat membaca

==================================

This is a STORY that happened in Japan .

Japanese houses normally have a hollow space between the wooden walls.

In order to renovate the house, someone in Japan breaks open the wall. When tearing down the walls, he found that there was a lizard stuck there because a nail from outside hammered into one of its feet.

He sees this, feels pity, and at the same time curious, as when he checked the nail, it was nailed 10 years ago when the house was first built.

What happened?...............................!!! The lizard has survived in such position for 10 years ! In a dark wall partition for 10 years without moving, it is impossible and mind-boggling.

Then he wondered how this lizard survived for 10 years!!! Without moving a single step - since its foot was nailed !

So he stopped his work and observed the lizard, what it has been doing, and what and how it has been eating.

Later, not knowing from where it came appears another lizard, with food in its mouth.

Ah! He was stunned and touched deeply.

For the lizard That was stuck by nail, another lizard has been feeding it for the past 10 years...

Imagine ! it has been doing that untiringly for 10 long years, without giving up hope on its partner.

Think. Would you do that for Your PARTNER ?
Think. Would you do it for Your MOTHER who brought you after a big struggle of nine long months ?
Or for Your FATHER, FRIENDS, BROTHERS and SISTERS ?

Imagine what a small creature can do that a creature blessed with a brilliant mind can't.

As information and communication technology advances, our access to information becomes faster and faster. But the Distance between human beings . . . is it getting closer as well ?

"Please NEVER ABANDON your LOVED ONES
Never Say YOU Are Busy When They Really Need You" ....:)

"You May Have The Entire World At Your Feet.....
But You Might Be The Only World To Them"....:)

A Moment of Negligence might break the very Heart which loves you through all odds..

Before you say something just remember -
" IT TAKES A MOMENT TO BREAK.BUT AN ENTIRE TIME TO MAKE"

"TO SURVIVE USE YOUR BRAINS, BUT TO LIVE ,USE YOUR HEART".

====================================================

p/s: Bunuh cicak dapat pahala... Hehehe

Rabu, 22 Februari 2012

Update Aku, Adik Toshi, Ram dan External HD

Akhirnya, adik toshi pulih.. Takde la aku sentap dan cuak lagi nk on komputer..

Wahai encik kedai, saya nak pulangkan ram awak. Dia tak berfungsi kalau dok sorang. Nape la awak tak check betul-betul masa jual? RM110 tau! sekarang, saya ada ram 2gb tak tau nak buat apa.

Encik kedai juga.. betul ke casing external HD saya tu rosak? Ke kabel dia je? Kawan saya pakai tadi ok je? (tapi kabel lain la..) Saya tak la ralat nak bagi casing tu pada kawan saya. Yang saya ralat adalah sebab saya kena beli casing harga RM50 (kedai lain RM40) sedangkan kalau kabel je mungkin murah..

Boleh jugak berlaku ram tak compatible antara 1 sama lain ye?

Isnin, 20 Februari 2012

Kesal dan Keliru

Berbual dengan mak. Mak serius berjaya buat aku menyesal sebab tak pilih untuk bersara pada umur 60. Katanya, kalau pilih untuk bersara umur 60 ni, banyak kelebihan berbanding mereka yang pencen umur 56/58.

Aku agak nyesal sebab sekarang ni, perkhidmatan aku 31 tahun 3 bulan. Kalau aku ambil cuti tanpa gaji, boleh ambil kurang dari 1 tahun je la. Kalau terlebih karang, tak cukup 30 tahun perkhidmatan, tak dapat pencen 60% dari gaji mati..

Tapi, seriously, aku larat ke kerja lebih dari umur 56 tahun? Hurmmm... kalau la aku dah tak layak nak dapat pencen penuh, apa kata, aku minta je cuti tanpa gaji banyak-banyak, sekadar cukup untuk syarat minimum dapat pencen 50% gaji? Ok tak? Tapi 50% dengan 60% tu banyak bezanya woo... Kalau gaji mati 5000, tak ke 500 beza pencen tu? Banyak tu....

Huhuhu.. Aku benci bila aku sangat materialistik. Tapi aku memang materialistik pun. Hahaha..

Dalam hal lain yang tak berkaitan... Aku masih tak tau nak sambung belajar dalam bidang apa.. Tolong bagi idea kat aku boleh tak? Aku sangat teringin untuk sambung belajar. Nope. Tak nak ambil pedagogi.. atau kemahiran berfikir. Aku tak minat subjek gitu..

Bagi idea please??? Aku ingat nak ambil geografi. tapi dengar cerita, ada di USM je. Kalau nak dekat dengan rumah, UPM atau UKM la.. Tapi orang kata, UPSI, lecturer dia boleh lebih kurang.. hurmm..

Bagi pendapat ok? Kalau boleh nak apply tahun ni. Lagi lama tangguh, lagi tua aku. Makin kurang kebolehan nak serap ilmu

Khamis, 16 Februari 2012

Asyik orang kutuk kakitangan awam. Aku pulak nak kutuk kakitangn swasta

Orang selalu komplen kata kaki tangan awam buat kerja lembab. Paling best, siap tadi aku baca, ada yang kata rubbish! Sentap? Mesti la aku sentap. Sebab aku juga penjawat awam.

Boleh tak aku pun nak komplen benda yang sama terhadap kaki tangan swasta? Aku ada juga berurusan dengan pihak swasta and sorry to say, mereka juga takde la tip top seperti yang dibangga-banggakan oleh mereka. Mereka juga kadangkala buat kerja slow. Padahal, biasanya setiap kerja mereka dapat payment. Lagi cepat buat kerja, lagi masyuk la payment. Ke, sebab untuk benda tu, payment tak hebat (atau tak dapat payment langsung), maka dorang buat kerja tu ala kadar je?

Contoh la.. Mak dengan ayah aku beli rumah. Bila bayaran dah setel, nak tukar nama, lawyer (yang dilantik oleh bank) malas nak uruskan hal tu. Jahat aku kan, guna perkataan malas? Tapi cuba la fikir, kalau 4 tahun pun tak setel gak tukar nama, tak ke malas namanya?

Ok, aku tak patut terlalu cepat menilai orang (walaupun aku rasa 4 tahun tu dah cukup lama). Mana tau, syarikat peguam tu ada masalah ke kan? Mungkin juga ada masalah lain dalam urusan penukaran hak rumah tu. Tapi macam tu jugak tanggapan orang pada kaki tangan awam tiap kali mereka dilayan lambat. Takdenye orang nak heran kalau ada masalah sebab pada mereka, kakitangan awam memang lembab!

Sama gak sebuah bank ni aku nak buat loan rumah. Korang tahu la, loan rumah kena la buat cepat supaya tak kena penalty. Tapi sampai ke sudah, dia tak uruskan pun pinjaman aku. Mujur ada kawan aku kat bank lain. Last-last aku buat permohonan pinjaman dengan dia. Boleh la aku buat muka tak malu call tiap hari tanya apa cerita loan aku tu. Jadi, nak tak nak, kawan aku kena la buat cepat. Tu pun agak lambat gak.

Lepas tu, ada pula yang komplen tentang CUEPACS yang konon hanya berdegar-degar masa minta bonus. Come on la... CUEPACS dah tau, kalau minta 2 bulan, mesti dapat sebulan. Kalau minta sebulan, silap-silap dapat setengah bulan atau tak dapat langsung. Apa salah kalau sekali-sekala kaki tangan kerajaan tu dapat bonus sebulan tu? Kalau kena berdegar-degar baru dapat, biar la mereka berdegar-degar. Bukan banyak pun minta. Lain la kaki tangan swasta yang kadangkala boleh dapat bonus sampai 6 bulan.

Entah la. Bosan dengan orang yang asyik nak kondem orang lain. Slow? Mungkin. Tapi rubbish? Ko memang jahat!

Oh, yang aku cerita ni, bukan semua, sesetengah je.. (huh, ayat cliche. Dah terlambat. Orang dah sentap dengan statement kutukan tu). Aku tahu aku akan menyesal tulis benda ni sebab bukan la hobi aku untuk kutuk kerja orang. Tapi aku jez nak bagitau orang lain yang suka kutuk orang, bahawa apa yang dorang buat tu, buat orang terasa.

Ye, aku memang cepat sentap!

Rabu, 15 Februari 2012

'Perkembangan" terkini aku.. huk3..

Semalam, Kak Anita panggil aku dan cuba bercakap dengan nada serius (sesuatu yang sangat susah untuk dia lakukan bila dia cuba berlawak). Aku try la juga mendengar apa yang dia nak cakap. Mana tau ada benda yang aku buat silap (memang kepakaran aku la since aku memang seorang yang panas baran)

Bila aku dah cuba dengar dia dengan serius, tiba-tiba dia keluarkan sekeping kertas yang bertulis "YOU HAVE TO LOSE SOME WEIGHT!"

Huk3... Yup, aku dah masuk kategori obes dah. Bukan tak cuba diet, tapi agak susah. Aku memang makan sekali je (sarapan) di sekolah. Balik rumah, petang baru la aku makan. Kalau lapar gila, aku makan 2 round. Kalau biasa-biasa je, aku makan la 1 round je. Malam aku jarang makan.

Masih, berat aku naik macam harga hartanah di kawasan Lembah Klang. Serius aku juga kecewa dengan 'perkembangan' aku kerana berat yang naik dengan hebat bermakna:
1- Makin banyak la baju-baju aku yang tak boleh dipakai. Dengan kata lain, aku kena beli baju baru. Bukan murah tau baju kurung sepasang. lAgipun, apa aku nak buat dengan baju-baju dan seluar-seluar yang aku dah beli dulu?
2- Kalau nak apply insurans/ takaful, aku kena buat medical check up. Dorang takut aku ada penyakit.
3- Aku nampak semakin rendang. Aku dah la memang pendek. Serius aku tak suka.
4- Kemungkinan untuk dapat penyakit mungkin agak tinggi.
5- Aku nampak lebih tua dari yang sepatutnya. Dan aku sangat tak suka itu. Aku nak nampak muda!!!!

Disebabkan dah banyak kali cuba untuk diet dan gagal, aku agak give up la.. Oh, jangan tak bagi aku makan nasi. Agak kurang berkesan di situ. Aku takkan puas selagi tak dapat nasi. Macam ada yang kurang. Dan aku tak boleh lewat makan. Lambat sikit je, mula la aku angin teruk. Dan angin tu serang kepala. Serius aku tak suka

Bagi idea macam mana aku nak kurus? Jangan bagi benda yang susah nak buat. Yang senang-senang sudah..

Kucing adalah sangat untung! Gemuk macam mana pun, nampak comel jugak. Dan tak perlu risau baju tak muat. Huhuhu...

Selasa, 14 Februari 2012

Dah- dah la dengan cerita hantu...

Masa zaman sekolah dulu, aku duduk asrama. So, antara hobi utama kitorang adalah berkumpul tengah-tengah dorm dan bertukar-tukar cerita hantu. Macam-macam la cerita hantu kami ceritakan. Lepas tu, mula la malam tu takut nak pergi tandas. Sampai kejutkan kawan la untuk minta teman.. 

Tapi, pernah juga la seorang cikgu aku (kalau tak silap aku la cikgu. Kalau silap, sorry sangat-sangat) pernah beritahu yang " Sekali kita bercerita pasal hantu ni, 1000 langkah dia datang kepada kita (aku sengaja guna nombor. Nampak kesan khas sikit. Haha). Aku rasa, sejak dari tu la aku tak nak cerita pasal hantu ni.

Tapi, rupa-rupanya perangai suka cerita pasal hantu ni, bukan la tabiat kami je rupanya. Dekat TV ada pulak rancangan Seekers yang dok kecoh nak tengok hantu. Serius aku tak faham motif diorang tu. Apa kes? Bukan kat Malaysia je ada team Seekers ni. Kat luar pun banyak. Adakah hubungan mereka dengan manusia sangat membosankan sampai mereka nak tengok makhluk yang tak perlu ditengok tu?

Tak cukup dengan tu, berlambak la pula cerita-cerita hantu ditayangkan di wayang dan TV. Nak jadikan cerita tu lebih gempak, mereka gunakan pula mentera-mentera sebenar untuk panggil hantu tu. Ok, ustaz pernah kata, hantu tak wujud. Yang wujud hanya jin dan syaitan. So, pembetulan di situ ialah mereka gunakan mentera untuk panggil syaitan. Bukan ke berdosa namanya? Tak kisahla kau berlakon ke apa, tapi kalau ko dah baca mentera memuja dan panggil syaitan tu, bukan maknanya ko berdosa ke? kan? kan?

Dan, sekali lagi aku ulang ayat cikgu aku tu "Hantu kalau kita bercerita pasal dia, 1000 langkah dia hampir kepada kita" tu baru cerita. Kalau ko seru?

So, no wonder la kalau sekarang ni, kes-kes gangguan syaitan menjadi-jadi balik. Rasuk sana, ganggu sini. Saka sana, santau sini. Ada je.

Ye.. ye.. Syaitan memang ada di mana-mana tapi kalau dah korang asyik cerita, seru, puja dia. Tak ke dia makin kuat? Serupa la macam ahli sihir masa zaman nabi Musa dulu.

So, boleh tak, tolong la hentikan segala drama, filem dan dokumentari cari hantu ni? Aku dah muak la.. Walaupun aku tak tengok (ye, aku takut tengok cerita hantu) tapi kalau dah buka semua saluran iklan cerita hantu je, aku serius boleh muak tahap cipan.

Daripada korang buat cerita pasal hantu, baik buat cerita pasal makan. Tak pun, buat cerita kartun. Konfem aku tengok!
Satu-satunya cerita hantu yang aku suka.  Tak seram dan comel

p/s: Allah dah jadikan manusia sebagai makhluk paling sempurna. Entah macam mana rupa syaitan aku tak tahu tapi mesti ada sebab Allah letak hijab antara kita dengan syaitan tu. Yang korang gatal gak nak tengok syaitan tu buat apa? Ko ingat mereka tu comel macam kucing?

Khamis, 9 Februari 2012

Buat aku tersenyum

Aku tersenyum bila baca benda ni.. Ye la.. Biasanya, orang gambarkan kucing sebagai haiwan yang degil, suka buat ikut suka hati dia dan tak fikir tentang orang lain (ke Garfield je gitu?)

Tapi gambar ni buktikan sebaliknya.. Aku ambil gambar ni dari SINI

Isnin, 6 Februari 2012

Rakyat Malaysia Yang Defisit (belanja lebih dari pendapatan)

Huhu.. Sebenarnya, masih menjadi 1 misteri pada aku, macam mana orang yang bergaji bawah RM1000 hidup di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur. Serius aku pelik. 

Paling kagum dengan mereka yang berkeluarga. Yang tak berkeluarga pun aku kagum gak. Ye la.. takkan la dia tak bagi duit kat mak ayah dia kot?

Gaji aku sekarang sebenarnya dah agak ok la untuk orang yang hidup sederhana (tak demand nak benda branded. But hey, I'm a human! Aku ada kehendak jugak! Kadang-kadang nak gak benda yang obviously aku tak perlu! Haha!!), cuma bila tahun ni aku nak buat pinjaman rumah, separuh gaji aku dah lesap dok bayar hutang. Tu belum cerita hutang yang aku buat dulu (ye, aku juga pernah buat silap bodoh)

Bila gaji dah tinggal separuh dari kebiasaan, maka aku pun sedikit kaget. Gilo! Selama ni gaji dapat penuh pun, duit tak berapa berbaki dalam bank. Apakah kesudahannya jika separuh gaji tu memang dah bukan milik aku? Maka aku pun mula la membuat kira-kira...

Huhu.. tak nak tunjuk kira-kira tu. Agak memalukan.. haha.. Cuma, aku patut bersyukur sebab aku masih tinggal dengan mak ayah. Dan yang paling buat orang cemburu ialah, MAK AKU MASIH BEKALKAN MAKANAN UNTUK AKU!!! Amacam, jeles tak? Hahahaha... (huhu.. okay, aku kena bagi duit dekat mak lebih la start bulan ni)

Tapi, cuba korang lihat pula dari sudut mereka yang berkeluarga, Yang anak masih kecil lagi. Macam mana mereka survive? Tak pelik ke? Tak pelik? Cuba korang tengok contoh anggaran perbelanjaan di bawah (tapi serius kebanyakn bajet tu perlukan pembetulan contohnya untuk harga sewa rumah di KL dan juga harga susu untuk budak. Sewa rumah kat KL paling murah pun RM500.. Pampers dan susu mahal woo.. gi check kalau tak caye)


Maka, aku mewakili mereka yang bergaji kecil (gaji aku ok, tapi aku cakap bagi pihak mereka), ingin meminta kepada para majikan sekalian untuk memberi gaji yang sewajarnya kepada mereka. Kalau revise gaji tu, bagi kenaikan yang logik untuk mereka yang bergaji agak rendah. Memang mereka orang bawah je.. Tapi, pokok, kalau takde akar, tak boleh hidup kan?

Yup, takkan ada sistem yang betul-betul sempurna.. Tapi kita boleh cuba untuk ambil jalan tengah yang dapat puaskan hati ramai pihak kan? Well, dalam kes ni, ringankan beban banyak pihak

Jumaat, 3 Februari 2012

Khamis, 2 Februari 2012