KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Jumaat, 31 Julai 2009

cane nak betul2 keep in touch?

hurm...

bila terkenangkan aku terlalu lewat mengetahui tentang ise, aku tertanya2..cane plak dgn kwn2 yg lain? adakah aku akan tertinggal tren lagi? cane aku nk tau kalau berlaku sesuatu kat dorang? kalau kwn seangkatan masa belajar, mungkin no problem.. cane lak dengan kwn2 online aku?

soalan yg sama..agak2nye, kawan2 aku akan tau ke bila ajal aku dah tiba? cane dorang nak tau?

ada gak terpikir td utk tegur seseorang yg aku berminat sgt nk tau tentang dia.. tapi, bila aku dah sampai kat fb dia, aku hanya mampu melihat. aku masih lagi x mampu nak menyapa dia. sedikit di hati aku, masih lagi ada rasa yg mengatakan, klu org lain dia boleh kwn, nape aku x jadi kwn dia? kenapa aku yg kena invite dia?

last2, aku pulang balik ke page aku.. hajat nk tegur dia aku batalkan..

so, kwn2 ym, wm, fb, fs, ms,ringo hi5 dll... agak2nye, cane kita nk maklumkan pada satu sama lain, in case kita dah tiada di dunia ni? siyesly, aku harapkan doa or al fatihah dari korang bila tiba masanya...

Allahyarham Fairus Hisham bin Zainuddin..(Ise)


hurm... sheila..tanx sbb inform kat aku pasal ise.. aku sedih.. tapi xpe la.. sekurang2 nye aku tau tentang dia...

aku xkan lupa 1st time aku nampak dia..muka dia mmg baik..mmg 1st time tgk terus aku suka..sampaikan tandatangan dia yg aku kena amik tu pon, kalau leh, aku nak simpan..pada pendapat aku, tanda tangan dia lawa.. masa tu aku form 1 dan dia form 4.. jujur, aku meminati dia dulu masa zaman sekolah adalah kerana aku sangat kagum dengan dirinya. dan rasa kagum membawa kepada rasa hormat.. dan aku bangga menjadi d only admirer..sbb semua x kenal dia.

dia pengerusi BPPI.. sangat rendah diri.. xramai yg kenal dia kecuali kami AJK BPPI n kenalan tingkatan dia.. hinggalah bulan puasa tahun 1996, dia dikenali sbb tiap hari dia akan mengetuai nasyid dan selawat sepanjang bulan puasa. masa tu, ramai la pula yg minat dia.. aku mula rasa tenggelam. tapi aku tetap minat dia..

hujung tahun 1996, aku nak sangat bagi dia kad 'good luck' sempena peperiksaan SPM yg bakal dia hadapi. for the 1st time, aku pilih sendiri kad utk dia.. pada aku, tu la kad yg paling cantik yg pernah aku pilih.. tapi, kad tu x pernah sampai ke tangan dia. aku terlalu takut.. ye la.. aku form 2.. dia form 5.. aku xnk la dipanggil gatal..kalau xsilap aku, kad tu masih aku simpan hingga aku matrik.

masa aku form 3, result SPM keluar, dia dapat pelajar terbaik agama.. aku tertunggu2 bila masa dia nak amik result dia.. aku nak sangat tengok muka dia.. tapi xdapat..

masa dia amik hadiah utk pencapaian dia pon, aku x sempat tgk...

masa aku form 5, dia ada dtg lagi ke semsas.. masa tu ramai yg berpeluang selisih jalan dgn dia.. tapi bukan aku.. masa aku dapat tgk dia, masa tu dia dah naik motor meuju ke pagar sekolah. aku xkan lupa dia pakai baju kuning...

hahaha...gile ko rumaizah.. camtu sekali ko minat dia.. tapi takat tu je kegilaan aku. aku langsung x amik tau tentang dia pas sekolah. walaupon ada gak aku try cari kat fs...

dia mmg harus diminati ramai.. sangat la baik.. dia mmg x hensem tapi bila pandang muka dia, rasa tenang sangat. malah kalau korang nk tau betapa baiknye dia ni, korang leh baca komen dari kawan2 dia kat http://iium2000.multiply.com/video/item/28 dan http://kinhashim.blogspot.com/2007/07/sebuah-kisah-pilu.html.

takziah aku ucapkan kepada keluarga Allahyarham Fairus Hisham bin Zainuddin.. aku harap mereka semua dapat meneruskan hidup dengan tabah.. maaf post ni terlewat 2 tahun.. aku baru tahu siang tadi..

aku tetap berharap, masih ada lelaki seperti beliau di masa akan datang.. dan kalau la aku ditakdirkan bersuami, biar la dia baik seperti Allahyarham..


apa2 pon, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Fairus Hisham Zainuddin dan semua roh umat islam.... Al-Fatihah...

Rabu, 29 Julai 2009

aku, facebook n mereka...(wakaka)

aku adalah antara manusia yg ada / join segala social network kat internet ni... ckp je.. fs, ms, fb, ringo, hi5, tagged, flixster... namakan je.. rasanye korang mesti jumpa aku kat semua tu.. tp aku x pernah kisah sgt.

dulu, masa muda2, gila jap fs.. pastu try balance dgn ms... ada lak tagged... kat situ aku jumpa dia yg comel..aiyok...

tp aku dulu plg xkisah dgn facebook..byk sgt application..buat aku pening..tp aku tgk kwn2 kat sekolah, sgt beria dgn facebook ni.. sheila pon kata dia suka facebook.. tp aku ttp xkisah sbb aku pening.

hinggalah baru2 ni, aku asik dpt mesej dari diyana (kwn matrik)..so, aku balas mesej dia n tulis la sikit2 kat wall aku..n aku try jwb kuiz n main application yg mudah..

pastu ada kwn citer dia menjejak kasih ex nye 15 thn lalu..aku jadi mcm kagum...so, td aku try.. aku taip la nama org yg aku nk sgt tgk muka dia... dengan nama yg betul, aku berjaya jumpa 3/4 org yg aku nk..dapat gak aku lepas rindu...cuma sorang aku x jumpa...ise...

pekabo dia ek? saje nk tau update terkini dia....kalau la dia ada facebook..

Sabtu, 25 Julai 2009

terapi air

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh..

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

meredakan ketegangan
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit :
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas itu, basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

bersangka baik terhadap semua

Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

bersangka baiklah kita terhadap semua. kita sendiri xtau kat mane duduknye kita di sisi Allah..

Isnin, 20 Julai 2009

trip to china...day 2..(8/6/09)

isnin (8/6/09)

kul 8 kami bangun.. bersiap2..kul 9 turun.. vivian xde lagi tapi driver (kami panggil uncle je) dah ada.. tunggu jap.. vivian pon sampai.. traffic jam katanya...

kami bersarapan kat satu2nye kedai mknn halal yg dah buka..dgn butanya, kami minta bubur 2 mangkuk..cakoi 2 (cakoi itu sgt besar ye), dumpling n taufu fa.. terkejut gak bila tgk bubur yg diberi ialah bubur pulut hitam kosong. siyes kosong..x manis, xmasin.. bau wangi je.. last2 aku letak sambal dia (kali ni dikisar) 1 sudu ke dalam mangkuk.. aku xsedar.. rupa2nya semua org dlm kedai tu tgk aku mkn dgn kagumnye.. kak dila try taufu fa tu..bukan dgn gula tapi dengan sos tiram kot..mcm kicap je rupanya..adoii..xleh gi..aku letak sedikit jeruk lobak dlm bubur aku utk rasa masin. vivian lak mkn cakoi dgn jeruk.. pastu dia minum soya dalam mangkuk.. tertanya2 gak.. xde air ke..? nampak gayanya xde sbb pas mkn terus vivian tu ajak naik van.alahai..

hujan dr pagi x gak reda.. x la lebat tapi boleh basahkan kami gak la..kami gi ke tian-an-men square.. sebelum tu, kami singgah jap kat bank of china..bank tu mcm muzium sikit..nampak antik..since dorang xtukar duit malaysia, k. dila n k. syida kena la gunakan kad kredit masing2..xtau la baper rate dia kira..


kat tian an men square..berlatar belakangkan monumen sempena hari...hari apa ek?


uncle pinjamkan payung..so aku kongsi dgn k.dila.. kami menuju ke tian-an-men square meredah hujan..vivian yg pki kasut sukan, terpaksa beli selipar sbb kasut dia lencun. huhu..sgt byk pagar kami lalu, baru la sampai kat dalam..vivian kata, askar kat tian-an-men square adalah askar2 china yg plg hensem..ada pada pagar 1, terdapat 5 pintu masuk ke istana larangan. pintu yg tgh2 n plg besar utk maharaja, pintu di kiri kanannye utk kaum keluarga dia n pintu di kedua2 belah hujung adalah utk menteri2 dia..n arini kami jadi menteri pada pagar 1..tapi upgred jadi maharaja kat pagar 2..(hehehe)

kat luar istana larangan..

xyah citer la..byk tul gambr amik..pastu vivian citer la ttg tiap bangunan dlm tu..x ingat r..byk sgt..yg aku ingat:
1-bilik maharaja kat depan..
2-bilik pengantin belakang bilik raja..
3-kat tgh2 tu ada bilik utk celebrate apa2 event antara dorang berdua.
4-lepas kawin, raja akan tidur dgn permaisuri selama 3 mlm kat bilik pengantin. pastu dia balik balik kat bilik dia
5-pastu ada tah baper ribu bilik tah kat belakang tu utk famili, permisuri n gundik, aku x ingat..
yg aku ingat, vivian kata, "kalau anda adalah bayi dan tidur di setiap bilik 1 malam, pada masa anda habiskan giliran setiap bilik, umur anda ialah 27 thn..pergh....dasat tuh...

pas dah tgkp gmbr, kami gi makan.. vivian pomot la kedai 1 ni.. dia kata ayam pedas kat kedai tu sedap.. kami gi la try kedai tu.. ok..semua lauk sedap tapi mana nasinye ek? bila vivian dtg tanya kat kami, kami bagitau la x dapat nasi. bukan apa, rugi la dia byr..tapi lain hal yg jadi.. vivian minta jumpa manager.. uncle terkejut bila dpt tau kami xdpt nasi.. uncle marah pekerja restoran tu.. lg terperanjat, staf tu melawan.. adoi.. ngeri.. berlaku la sesi tengking menengking, hentak menghentak kerusi..pekerja restoran tutup pintu supaya emosi kitorang x terganggu. akhirnya nasi sampai tapi masa tu kami dah xde selera. tapi mcm biasa, aku leh gak habiskan nasi aku.. k. dila n k.syida setakat jamah je.. lagi dasat, ada lak polis yg dtg..adoi.. apa la nasib kami ni...

sementara tunggu nasi, bedal la apa yg ada...

pas semuanya setel, kami gi ke masjid di jln nujie..hurmm.. toilet asing.. ruang solat x berapa besor.. tapi mmg cantik..dorang ada sediakan kerusi n meja utk ahli jemaah duduk tunggu waktu solat..

sempat bergambar jap..ni nk ke ruang solat lelaki..

pas solat, kami ke kilang sutera. ada demonstrasi mcm mana sutera diproses n cara buat selimut sutera..x beli selimut sutera tu tapi kitorang bali la kain ela utk buat baju..dasat tul budak2 ni attack kami..huhu..hasilnya aku beli la sepasang kain utk mak..


uji kekuatan sutera..tgn yg comel belah kanan tu, tgn aku

pas kilang sutera, kami pergi ke tea ceremony.. org tu ajar ttg jenis2 teh, fungsi serta cara minum.. kitorang try teh laici (bau wangi), teh puer (utk slimming n nmpk cantik) dan teh oolong (masa minum kena cicip sikit, terasa after test yg manis). k.dila n k.syida (adik beradik ye) beli teh puer kot..dapat la 1 'pee pee boy'..


tea ceremony....


pas tea ceremony, uncle bawa kami ke masjid..dia ingatkan kami nk solat lagi.. kami kata x perlu..terus kami ke muslim supermarket...x paham apa vivian ckp, kami gi la bahagian atas..fudkot rupanya..bila nk turun, kami tersesat, terus terkeluar..kami turun ke tingkat bwh..beli mknn ringan.. ada yogurt (yogurt kurma merah sangat sedap..tolong beli byk sikit), susu kcg tnh (pelik sikit) n pelbagai jenis biskut..aku amik kesempatan ni utk beli gayung..huhu..tapi kami diberi masa 1 jam je.. sgt la kejap..huhuhu...mmg nk gi lagi kalau dapat...

pas shopping, gi dinner..kami gi ke restoren mongolia yg namanya bermaksud 'teratai atas air' order la mi..huhu..mi aku mcm spagetti..aku habiskan gak la walaupon bukan tekak aku punya taste..huhu...n mcm biasa, aku je la yg berjaya habiskan kesemua makanan aku...

di 'Teratai Atas Air'

pas dinner, kami balik ke hotel..excited buka semua mknn yg beli kat muslim supermarket..yogurt2nye mmg sedap.. dah la bekas besar...x abis, kitorang simpan esok pon tahan lagi. pas solat, kami tido...kali ni kol 9 mlm kot..ada try tgk tv...vivian kata cctv9 international..tp boring la..semuanye talk show or rencana..tido lg best...

jumpa lagi utk hari ketiga....daa...

Ahad, 19 Julai 2009

trip to china..day 1

tarikh : 7/6/09
hari : ahad

aku bangun kul 3.. kemas lagi barang2 mana yg patut bawa.. jap lagi ayah hantar gi kl central..

kul 3.30..bertolak ke kl central.. xde kereta..cepat je sampai..terus cari bas ke lcct. kebetulan ada bas nak gerak. bas aerobas... tambang rm8...bertolak kul 4.05am.. bas tu guna lebuhraya MEX (maju expressway) aku pernah gak guna hiway ni masa gi cyberjaya dulu.. tapi x la tgk kiri kanan.. kali ni aku ada peluang la nk tgk kiri kanan.. dalam kegelapan, aku nampak mangkuk satelit measat.. la.. kat sini rupanya..kagum jap..sib baik naik bas..

sampai lcct lebih kurang kul 5 pg..jumpa kak dila n kak syida (akak kak dila). tunggu subuh, gi solat.. flight kami kul 8.30 pg..kiranya patut check in 6.30 pg.. kami gi mkn dulu b4 check in...mkn kul 6.30 pg, rasa mcm sahur lak.. tapi aku peduli apa, aku sebat gak nasi lemak 1.

bergambar kat parking kapal terbang..ni la flight kami...aku n kak dila...
check in kul 7.45pg..tmpt duduk aku 37g..dekat toilet.. huhu...nk mkn, mahal, nk tgk movie, kena byr...last2 aku chatting dgn penumpang lain...menambah kenalan..huhu..

kul 2.30 flight jejak tanah.. kena stay dulu..staf TBIA (tianjin binhai international airport) nk check suhu dulu.. sempat la staf airasia spray flight... dah turun, kena check suhu lg.. pastu amik beg...

sementara tunggu ujian suhu kali ke2


aku berangan, nama kami ditampal atas board mcm dlm filem...rupanya atas kertas A4 je...terus kami dapatkan tourist guide tu..rupa2nya dia hanya pengganti je...tourist guide yg sebenar ada hal..

tianjin-beijing lebih kurang 169km..perjalanan amik masa lebih kurang 2 jam lebih klu x jem.. kami singgah kat R&R. ingat nk buang air tp bila tgk toilet, terus xjd...xde air...

sampai je beijing, kami terus ke restoran..kita makan dulu...aku suka salad dia...sedap..tu je yg sedap..yg lain semua xkena dgn tekak...minta sos pedas pon, xpedas gak..aiyo...dah la dorang ni xleh cakap sepatah pon selain bahasa mandarin..nk xnk, klu nk pape, kena minta tourist guide tolong mintakkan..

khusyuk mkn...lapar beb..mknn dlm flight mahal... aku n kak shida

1 perkara..org cina ni mkn laju..kami baru la nk mkn dgn sopannye, berborak sakan, tiba guide dtg kata, "kami tunggu kat luar.." sentap!

pas mkn, gi hotel. sekali lg perlu khidmat guide...org hotel pon xleh ckp BI...bahasa cina sahaja...huhu..byr deposit rmb200, kami terus ke bilik..2028..tu biliknye..

bilik hotel ok...tv pon best..besar skrinnye.. tapi...toilet transparent la....adoi...nampak segala apa yg berlaku di dalam..tv lak, semua bahasa cina tanpa subtitle..setelah puas tekan remote, kami amik keputusan utk tido.. ,asa tu jam menujukkan jam 8.30 mlm...

sambung hari kedua ye....daa....

arini n semalam

semalam..

aku drive ke d 'ark kat janda baik..ada hari keluarga bahagian adik aku..punya la tunggu cabutan bertuah dia, natijahnya, aku x hadir kenduri kahwin maizura..sorry...

hurmm..dunno..aku rasa biasa je tempat tu.. tapi mmg byk la makanan..aku mkn 2 bungkus nasi lemak..yg bestnye, aku masuk acara tarik bola ping pong dgn gelung, dapat no 3... saingan aku? hurmm...budak2 bawah 20 rasanya...

malam aku tgk youtube. citer i'm not single... ok gak.. lisa surihani mmg comel..awal lak mmg..adeh...tapi watak dia klakar..hopeless romantic..hero dia farid kamil..x hensem tapi klu tul la ada laki mcm dia, aku harap aku dapat berkenalan n kawin dgn dia..hurmm....


arini..
xde pe..hidup aku mmg xde apa pon.. tapi aku gembira bila terbaca ulasan prof ungku aziz tentang pemansuhan PPSMI dan juga tentang sekolah jenis kebangsaan. nape? mungkin sbb aliran pemikiran aku sama dgn dia...

sori la...boleh la dikatakan aku suka PPSMI dimansuhkan sbb aku paham keadaan mereka yg tak tere BI ni..

aku xnak la ulang lagi kisah aku masa ngajar sekolah rendah.. cukup rasanya kalau aku suruh org yg bijak2 ni, sekali2 lupakan diri sendiri yg dah mmg bijak tu dan pikirkan tentang separuh lagi populasi pelajar yg struggle nk paham math n sains semata2 kerana subjek tu diajar dlm BI.

aku sedih bila ada yang berpendapat yg kalau nk maju, kita kena kuasai math n sains in english..baru la global. yeke?bila aku amik jepon n rusia sbg cth, mereka kata jgn..negara tu mmg dah maju..abis tu, cane lak citer sebelum dia maju? dia guna bahasa apa ek? aku bagi lak cth, bahasa menyatukan kaum di indon.. sekali lagi, xleh samakan...hurm..habis tu, nak bandingkan dgn negara mana ek?

mcm aku kata.. ko dah pandai.. ko cakap la bahasa apa ko nk.. cuma bila dah kat atas tu, sekali2, pandang la bawah.. tgk org lain k..jgn la pikir tentang org yg bijak tu je..buka mata sikit..tengok keliling..paham masalah org..

sorry..aku tau x semua setuju dgn apa yg aku kata..tp mmg dr dulu aku x berapa setuju dgn PPSMI ni.. aku lega la bila dah mansuh..

p/s: boleh nampak sape yg bengang PPSMI ni mansuh.biasanya dorang ni terdiri daripada:
1- org yg tere BI
2- org yg kena belajar math n science in english n mereka mampu...
3- org yg mmg masa mudanya, mak n ayah sgt tekankan english..kena baca paper english n so on..

tapi x la semua....tambah 1 lagi faktor..org tu x rasa kita leh capai lebih dgn bahasa kita..x semua org yg dalam 3 kategori td yg berpendapat camtu..ada je kwn aku yg keje dgn syarikat antarabangsa tp masih ingat akar umbi dirinya..

ni pendapat aku...x setuju, lantak le..

Ahad, 12 Julai 2009

Absolute Boyfriend

korang tgk x citer ni? hensem oo hero dia...pada aku, hero dia adalah robot tu la..tenjo knight.. bukan asamoto soushi..

kalau korang xpernah tgk, meh aku pomot sikit..
tajuk : Absolute Boyfriend
masa : 3.00 ptg
hari : ahad
saluran : tv8

citer dia ttg sebuah syarikat nak hasilkan sebuah robot yang boleh menjadi kekasih mengikut kehendak pelanggan. jadi, mereka ada la 1 prototype..panggil model 1.

untuk tgk program dorang berjaya atau x, dorang dah minta seorang pompuan (heroin @ riko) untuk letakkan la syarat apa yg dia nk pada robot tu.. kiranya apa saja ciri bf yg dia nk, dia ckp je. dorang akan programkan ikut kehendak riko ni...

so, riko pon kata nk bf yg sgt cintakan dia.. pandai masak, sentiasa nk bahagiakan dia, romantik, pandai mengurut..ada sedikit cemburu.. kiranya semua ciri2 ideal la...lepas dah siap programkan, bagi la nama tenjo knight kat robot tu..bermula dr tu, si riko ni dah ada la bf yg sgt setia...romantik tiap masa. dah la hensem.. tapi robot..

riko ni plak, mcm ada sikit minat la kat bos dia si soushi ni..kira mcm adik kpd bos besar la.. tapi mcm kurang disenangi sbb dia punya idea mcm kurang sesuai utk syarikat...xtau nape, riko suka la nk spend masa dgn bos kecik ni (suka la tu. apa lagi?) hingga sampai 1 tahap, dia mmg dah nyampah dah dgn si tenjo (robot) tu.. padahal, tenjo tu hanya ikut n buat apa yg terbaik utk dia.. robot kn?

lama2, tenjo menjadi semakin manusia.. dia boleh berfikir sendiri.. dia ada perasaan lain dah.. dah pandai jeles lebih sikit..suka berkorban asalkan riko tu hepi..cuba satukan riko dgn ayah dia.. tapi masih riko suka lagi kat bos dia.. ye la... hubungan dgn robot..x ke mana..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cukup.. kalau nk tau lebih lanjut, join aku tgk citer tu minggu depan.. muka tenjo tu mmg la kegemaran aku.. n caye atau x, bila tgk citer tu, aku mmg rasa nak nangis.. aku sedih bila tenjo cuba mcm2 carank hepikan riko tapi riko ttp nk kat bos dia. seakan2 apa yg tenjo buat tu xde makna. x dihargai langsung. aku marah sgt kat riko..nape wat camtu? kan dia tu apa yg ko nk? ko yg buat syarat gitu.

pastu aku terfikir.. sbb riko tu manusia.. xpernah leh dipuaskan hatinye.. walaupun itu yg dia nk, lom tentu dia puas hati bila dapat. ada je silap.. kiranya, klu org tanya la pasni, apa ciri2 lelaki yg aku nk, kalau aku dapat pon laki mcm tu, lom tentu aku puas hati.. kesempurnaan yg aku nk tu akn jadi kecacatan pd dia...

aku gak sedar, x adil kita try ubah org ikut acuan yg kita nk.. sbb, belom tentu lepas dia berubah ikut kehendak kita, akhirnya kita akn memilih dia.. waktu tu, dia la yg plg kesian.. yup, mmg kita kena guide org tu utk jd lebih baik.. tp biarla ikut acuan dia sendiri. bukan acuan yg kita tetapkan. x adil utk dia..

aku xtau apa aku cuba ckp ni.. tapi, tenjou..klu riko xnk ko, amik tiket air asia, dtg la sini..aku nk kat ko..

sibuk dengan...youtube

hurm..nape aku dah lama x post kat blog ni tapi tiba2 aku post bagai nk rak mlm ni? bukannye aku x online tiap mlm...

punca sebenarnye ialah, aku sibuk tgk youtube... mula2 tgk conan the movie.. pastu tgk conan OVA..

siang td lak bercerita dgn akak2 kat sekolah pasal romantic comedy zaman 90 an mcm while u were sleeping, sleepless in seattle, dll....

apa lagi, sebelah mlm tu, terus aku tengok while you were sleeping.. ada gak aku try tgk syg u can dance tp x larat la plak... dalam aku berpusing2 tgk citer tu ini.. aku teringat nak tengok citer favourite aku.."my best friend wedding" n aku gi terus ke part favourite aku..masa rupert averett nyanyi lagu 'say a little prayer for you'....

hurmm..lagu tu mmg favourite aku dari dulu..lirik, melodi..mmg aku suka..tambah lak citer dia yg sweet tu... hurmm...

kepada semua kwn2 n mereka yg sudi baca blog aku ni, aku tujukan lagu tu utk korang k...

selamat menjiwai..


say a little prayer for you - diana king
The moment I wake up,
before I put on my make up
I say a little prayer for you
While combing my hair now
And wonderin' what dress to wear now
I say a little prayer for you
chorus
Forever, forever
you'll stay in my heart
And I will love you
forever and ever
We never will part and I will love you
Together, together that's how it must be
To live without you
could only mean heartbreak for me
I run for the bus dear,
while riding I think of us, dear
And say a little prayer for you
At work I just take time,
and all through my coffee break time
I say a little prayer for you
Chorus
Darlin' believe me,
for me there is no one but you
Say you love me too

Sabtu, 11 Julai 2009

belajar buat kuih melayu

mula2, aku marah gak aku kena gi kursus ni..ye la..terang2 kursus tu bukan utk aku... patut utk cikgu kh or ert. tapi sbb PK 1 silap forward surat... pastu datin lak xnak dengar excuse aku.. alasan dia, "xpe... form 4 kita boleh tinggal.. awak leh cover lain kali..buat kelas masa cuti ke..." indah tul statement tu..mcm la anak murid aku tu nak datang masa cuti...apa la...

tapi aku gi gak.. meninggalkan keje aku yg patut call org dbkl berkaitan gotong royong (keje bawah PK 2) dan program teen cash (keje bawah PK koko)..hurmm...halal la.. lagi pon, dapat gak aku jumpa lecturer aku....

hari 1,
aku sampai paling awal..pas hantar mak terus gi maktab..kul 7.30 dah sampai.. tengok2 aku kena tunggu lama.. kelas mula kul 8.30 rupanya..jumpa pn. nora.. bila semua dah ada, pn. nora tunjukkan sedikit ttg peranggu meja.. ada table dot, ada simple american style, cara orang melayu, cina dan india...

bagi org yg xreti apa2 n xready kertas 1 apa pon, hahaha...mmg aku mampu nganga je la... pas minum pagi, kelas kuih tempatan kami bermula...

aku berpasangan dgn zais (kwn kat upm) d only guy yg hadir..mula2 kami buat karipap putar.. pastu kami buat puteri 2 sebilik.. hurmm... aku yg x reti masak, serahkan segala pada zais..aku amik bahan je... zais lak, dgn lazatnye masukkan semua garam dalam inti karipap..ye..karipap kami masin..tapi kulitnya mmg rangup...puteri 2 sebilik kami best.... (tapi zais tertinggal kulit karipap n inti karipap kami kat dalam peti sejuk bengkel..huhuhu...)


hari 2,
harini pn. rahmah ajar kami buat ban, muffin dan donat...hurmm...mmg bidang aku la.. tapi kami xde proofer arini..hari lak redup semacam macam xnak tolong kami proof roti ban kami..kami lak mmg sengal..nampak je lectuer masukkan ban dalam oven, semua berebut nak masukkan gak.. hasilnya, ban kami x cukup proof dan hasilnya roti yang keras...huhuhu...

aku dah tau dah cane nak buat muffin naik..leh r try pasni dgn budak... donat...sampai skrg aku xtau nk buat damne supaya cantik..huhu..halal...

before balik, kami bergambar ramai2 (peserta n lecturer). ptg tu, aku borak la sikit2 dgn pn. rahmah...


hari 3,
hari last..huhuhu...hari ni kami buat kuih keladi cina, keria dan pau

kuih keladi cina ok gak la...walaupon aku lupa letak lada sulah..ok kot rasanye...habis merah lab coat aku sbb tumbuk lada...haha..

kuih keria...mmg comel kitorang buat...tiba masa utk sira...kami dah gunakan segala skil yg pn. nora tunjuk tapi nape x jadi gak? last2 zais kuarkan je keria tu..kami tgk je la keria tu sambil sibuk mengerjakan pau..

zais hulur keria kat aku. aku rasa...erk? masin! aiyo... kami try rasa sira tu...kami tersira pakai garam ke?huhu....aiyo....

bantai la..ada pau lagi...tapi kami ketinggalan, org lain semua dah gi mkn..dah siap..kami kena kejar masa. aku menguli terlalu lama td..mana x nye, selama ni guna mixer tiba aritu kna pki tgn...naya aku..

nk cepat punya pasal, kami kukus je pau tu..cukup 7 minit, kami buka..erk? nape berkedut?pn. nora kata mungkin kami dah terlebih masa...huhu..kami try 2nd batch..timing baik punya..buka sikit cun..buka lagi, terus pancit pau tu..tanya puan nora, dia kata mungkin sbb proofing..

aku dgn zais pndg 1 sama lain..huhuhu..kami x proof pon... kami amik keputusan utk gi mkn sambil proof pau... hasilnya, selpeas diproof selama 2 jam n kukus 7 minit.. aiyo..comelnye pau kami...


petang tu, ada penyampaian sijil.. selepas itu, kami pulang dgn kuih2 xberapa menjadi.. hehe.. halal la... boleh makan tu... x cantik je..hehehe


kepada lecturer2ku sekalian, tanx a lot ye... aku harap, ada can, kita jumpa lagi.

ada sape2 nk belajar dgn aku cara buat kuih? meh la belaja dgn aku.. aku akn ajr korang cara buat pau kedut n keria garam..huhu..

gunung datuk

tarikh : 4/7/09
hari : Sabtu
Tempat : Gunung Datok, Rembau, Negeri Sembilan

setelah dipujuk (ditipu) oleh wong yang mengatakan. "gunung ini mmg utk beginner..budak 4 tahun pon boleh panjat." aku akhirnya join la rombongan kaki panjat ni..
kami naik bas dalam kul 8.15 pagi..bertolak dalam kul 8.30..tu pon gerak beberapa langkah je..singgah jap kat shell beli barang...


bergambar before naik bas..muka semua fresh..
setelah 2 jam perjalanan, kitorang sampai ke gunung datuk..(ada banyak gambar dalam perjalanan tapi x sesuai diapaparkan sebab semuanya aksi tgh tido). turun je bas, terus aku buka bekalan mak aku..kita makan dulu..huhuhu... wong juga dah order minum pagi..bihun goreng.. atas nasihat salma dan wong, agar tidak membazir, aku telah makan 2 round...

makan bekal yang mak bagi (dari kiri: kak hajar, aku n salma)

makan lagi (ni yg 2nd round)
sebelum panjat gunung, kami bergambar sat kat sungai yang ada...bertenaga lagi mmg la..oh..aku mmg letak gamabr aku je tau.. jgn la berharap sgt tgk gmbr org lain .. gambar aku je aku letak..(with my extra baggage)
kata atas empangan kecik..(dari kiri: kaka hajar, aku, salma, aniza (form 5) n ami (form 5 ) ) saja gitau sbb saiz semua sama..
pendakian bermula jam 11.30pg.. dari awal aku mmg dok belakang.. alasan konon jaga budak.. tapi mula2 x la belakang sekali.. atas sikit dr fotgrafer (Wong)... sadly, ni je la gmbar aku yg ada semasa mendaki sbb lepas tu Wong potong aku.. Salma pon tinggalkan aku. tinggal kak hajar je yg tunggu..
saje posing sana sini (aku je x pandai pose)
xleh salahkan Salma dia laju je..sia nk sampai atas cepat.. well, semua org cepat. aku je yg slow.. ye la..naik tangga pon jarang.. tiba gi naik gunung..ha ko..rasakan...tiap kali jumpa org, soalan yang wjib aku tanya ialah," jauh lagi ke?" macam2 la jawapan dapat... mula2.. jauh lagi..xsampai separuh perjalanan pon lagi.. hah!!!??? jauhnye..
sampai tahap, mmg tinggal aku n kak hajar je..tanx kak hajar
sbb sanggup teman.. masa tu, semua org yg naik atas pagi td (group org lain) dah mula turun..sangat ramai yg turun..mula la aku bertanya.."jauh lagi ke?" dorang jawab "30 minit je lagi"..selepas 20 minit berjalan, jumpa lagi group.."jauh lagi ke?" "30 minit je lagi.." tu la jawapan yang aku dapat.. tapi aku x jemu..tanya gak group seterusnye.."jauh lagi ke?" kali ni lain sikit jawapannya.." ada la 1 jam lagi.." hah!!???...
sampai 1 tahap, aku n kak hajar akan rehat kat mana je kami boleh landing..mmg xde motivasi tul nak naik gunung ni..xde sungai..aku nak air..argh...tensen..apa sangat la sijil naik gunung tu.. aku dah penat...yg kagumnye, aku nampak ada la 5-6 org budak (darjah 3-6) dgn famili masing2 turun gunung..mmg xde keje lain r dorang tuh...klu aku, baik gi pantai..huhu...tu lom citer lagi pasal sekumpulan warga perak (dalam 40-50 lebih)...adoi...siksa badan r dorang nih..
jumpa kayu balak melintang jalan, aku n kak hajar dok lagi..aku siap pegang pokok..ada suara memerli " tunggu bas ke dik?" aku pon jawab la.."xde la..tertinggal tren tadi..tgh tunggu next tren"..huhu...
dah nak sampai atas dah ni.. (setelah 5x 30 minit, 3x 1 jam n 15x 15minit), jumpa la sekumpulan lagi..budak sekolah n cikgu dorang kot...org tu tanya "r u teachers from titiwangsa?" kami kata ya.."oh...miss wong said, they all r waiting for you.." aiyok wong....perlu ke..?
sampai atas, dorang nk daki puncak batu pulak.. aku dok lepak dulu.. ambil jga barang... punya la lama budak2 ni naik..padahal batu je... kena hambat dgn pn. zaiton, baru la nk turun...bila dorang dah turun, giliran aku n salma la plak beraksi...
dengan salma kat ground floor puncak batu...
sadly, aku xdpt paksa salma naik setingkat lagi..naik la aku dgn wong...eksklusif..kami je (budak lain dah turun)
aku kat puncak
kononnya tapak kaki hang tuah la... yg peliknye ada 1 je..dah la sama saiz dgn kaki aku..percaya je la..
puas bergambar, turun balik.. kemas barang, bergambar, kami turun balik.. hurm..planning utk pertandingan memasak terpaksa cancel sbb xsempat (aku punya pasal la tu...). perjalanan turun ke bawah ambil masa separuh dari naik.. budak2 ni mmg la tere.. stamina mmg power.. laju je.. sampai ada yg tapak kasut tertanggal.. tapi paling respek dgn wong la..dia maintain je walaupon kena bersusah payah menjaga kamera mahal dia tu..
bergambar sebelum turun..wong yang xpakai tudung, baju t shirt biru lengan merah.
kami bertolak balik jam 5.30 ptg.. singgah solat n makan kat r&r seremban.. sampai sekolah kul 8.30 malam...
sengal kaki xyah cerita la.. aku punya lenguh hilang pada hari rabu (8/7/09)..huhu... tobat..pasni, apa je wong ckp, aku xkan caye..walaupon dia kata 1+1=2 pon aku xnak caye...xde la senang..penat weih... tapi x pe la..ada gak pengalaman aku sekali...cukup la tu...xnak lagi dah..kalau gi pantai aku nak....ada sape2 nk ajak?

Rabu, 1 Julai 2009

Adakah anda berdua pasangan serasi

"Jika anda inginkan perkahwinan yg bhgia,carilah pasangan yg berbeza posisi dgn anda.Semakin jauh, semakin baik,” bgtlah pdpt yg diberikan oleh Kevin Leman.
Pasangan yg urutan lahirnya btolak blkg,biasanya saling menarik antara satu sama lain.Sehingga sgt baik dlm khidupan pkahwinan.
Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sbg anak dlm keluarga serta saranan penting sbg panduan.

SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
Anak sulung Dan anak tunggal memiliki karekter yang sama.Masalah yg dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar drpd sifat mrk sendiri yg inginkan ksempurnaan Dan sentiasa memikirkan siapa yg lbh bkuasa dlm apa juga perkara.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Bhenti drpd terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yg bahagia.Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal.
Jgn suka mbuat andaian yg berlebihan tentang sesuatu perkara.Contohnya perkara yg belum berlaku,tetapi anda sudah menentukan IA pasti berlaku.Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yg keras,bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan.Ini adalah sikap yg sgt tdk baik krn setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.
Definisikan peranan masing2 dgn jelas.ini dpt mengelakkan drpd pdebatan atau pertengkaran tentang siapa yg berhak melakukan ini atau itu.Berbincang Dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2.
Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.Tdak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati.
Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik drpd cara anda.Belajarlah untuk berkata “Cara kamu juga baik.Apa kata Kita Cuba dulu cara yg kamu sarankan ini.”



SULUNG + TENGAH = PARADOKS
Anak sulung harus menerima kenyataan bhw anak tengah mempunyai karakter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan.fakta penting bagi anak tengah,anak sulung adalah ‘paradoks’(kelihatan bercanggah tetapi benar)yg membosankan.Sbg anak yg memiliki kakak/abang Dan adik,anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang Dan gemar memendam perasaan drpd meluahkan isi hati yg sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Selalu-selalulah berbincang.Jgn biarkan pasangan anda berkata,”semuanya ok”’tanpa mengetahui hal yg sebenarnya.Berusahalah utk berkongsi perasaan antar satu sama lain.
Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa.Khususnya bg anak sulung,beri pasangan anda hadiah atau kejutan2 kecil krn kebiasaan anak tengah kurang mendpt perhatian keluarga.
Jika Ada masalah,selesaikan segera.Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama



SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
Pasangan yg ideal Dan saling tertarik antara satu sama lain.Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dgn prinsip hidup Dan rancangan masa depn.Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lbh santai dlm menghadapi hidup.sebaiknya ialah,isteri sulung sementara suami bongsu.Wanita yg lahir sbg anak sulung,sifat keibuannya sgt tinggi.sementara lelaki yg lahir sbg anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorg ibu.dlm hal ini,mrk saling lengkap melengkapi.namun perlu diingat,kebahagian dlm perkahhwinan bkn ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda.Terutamanya jika pasangan anda lelaki.Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah,bkn hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.
Jgn terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda.Krn setiap org mempunyai kelemahan,tetapi IA harus,diperbaiki dgn cara sebaik mungkin.Jgn terlalu drastic,tetapi pasti.
Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
Komunikasi perlu sentiasa dijaga.Pastikan bahwa peranan anda Dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.


TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi.tidak gemar berbincang krn takut berlaku perdebatan Dan sering takut jika idea mrk tdk diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jika sukar utk bercakap Cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan.Spt surat ,kad atau pun sms.
Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian,ciuman,dakapan Dan sbgnya.
Luaskan pergaulan.Bergaullah dgn rakan2, baik di pejabat atau pun tetangga.Tetapi elakkan drpd kecurangan atau perkara2 yg negative.
Sentiasa menghormati pasangan.Cth mudah ialah jgn lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.



TENGAH + BONGSU + AMAN
Seorang pasif Dan seorang lagi sosial.Satu kombinasi yg baik dlm sgl aspek.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn sesekali meperlekehkan pasangan anda,walaupun mungkin idea yg dikemukan kedengaran pelik Dan lucu.Dengar Dan fikirkan.
Sesekali cubalah idea2 baru.Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan Dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda.
Berusaha utk berkongsi dlm sgl hal.Jgn menangis atau ketawa sendirian.


BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT
Kombinasi ini sering terjebak dgn masalh kewangan serta beberapa masalah berat lainnya..Kerana itu sejak drp awal lg, mrk hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak Dan kewajiban masing2.Juga kesepakatan utk menerapkan disiplin dlm rumah tangga.Jika ianya diabaikan,sdh pasti sglnya mjd kelam kabut.Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan org lain.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn suka bertikam lidah,sebaliknya jdlah pendengar setia utk pasangan.Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk myelesaikan sgl masalah.
Sentiasa berkomunikasi dgn baik dan saling ingat mengingatkan,agar tdk berlaku sesuatu yg tdk diingini.
Jgn memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari.
Hadapi sgl apa yg mebdatang dgn tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dgn keceriaan.



Namun catatan ini tdk lbh drpd suatu kebiasaan yg sering dilihat.Jadi, bgmn pun posisi anda,hendaklah sentiasa berusaha yg terbaik.Juga jgn lupa bersyukur walau di mana posisi anda dlm keluarga agar tdk mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda.Dgn kata lain,apa yg dicatatkan hanyalah sbuah petunjuk,bukannya anak panah.